Header Ads

Kongsi Cerita Travel & Menang RM500. Macam Mana Tu?


Kongsi kisah kembara anda dalam dan luar negara dan peluang untuk memenangi RM500 serta cerita anda terpampang di dinding-dinding pada acara Meet & Greet BackPackerz.
Kami mencari 3 orang pengembara yang ingin berkongsi kisah pengembaraan mereka dalam dan luar negara untuk dipamerkan pada acara ‘Meet & Greet’ BackPackerz di Oasis Village, 9 Disember 2017 nanti.
Syarat penyertaan mudah.
1) Pemilik cerita hendaklah salah seorang peserta yang hadir untuk menyertai acara Meet & Greet BackPackerz.
2) Hantarkan cerita anda sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (tidak kurang 100 patah perkataan dan tidak melebihi 200 patah perkataan) berserta 10 keping gambar resolusi tinggi di emel syahir.backpackerz@gmail.com.
3) 3 penyertaan terpilih akan memenangi wang tunai sebanyak RM500 setiap seorang.
4) 3 cerita yang terpilih akan terpampang di dinding panel Traveller Story sewaktu acara 'Meet & Greet BackPackerz.
5) Kepada penyertaan yang tidak terpilih, gambar anda akan diabadikan dalam dinding gergasi pada hari acara nanti.
6) Hanya satu penyertaan sahaja dibuka untuk seorang individu.
7) Penyertaan ditutup pada hari Jumaat jam 8 malam, 1 Disember 2017.
Sertakan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon & E-Mel dalam penyertaan anda.
Sebarkan kepada rakan-rakan!


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.