Header Ads

Jom ke Event 'Meet & Greet BackPackerz' Oasis Village Damansara


#EVENT - Meet & Greet BackPackerz, Oasis Village, Damansara (SABTU, 9 Disember 2017, 2PM)
Sukacita dimaklumkan BackPackerz akan mengadakan Gathering 'Meet & Greet' BackPackerz untuk mengumpulkan seluruh keluarga pengembara di Malaysia buat pertama kalinya.
Sehubungan dengan itu, kami team BackPackerz dengan berbesar hati ingin menjemput saudara/saudari/tuan/puan/datuk/datin untuk turut sama memeriahkan acara yang bakal berlangsung dalam jangka masa tidak kurang dari dua minggu sahaja lagi.
Pihak BackPackerz turut menyediakan T-Shirt Ekslusif BackPackerz, goodie bag & makanan secara PERCUMA untuk 200 orang pertama yang meng'e-mel'kan & meng'confirm'kan kehadiran anda pada majlis ini. E-mel butiran diri anda di magazine.backpackerz@gmail.com.
Nyatakan butiran kehadiran anda dalam E-mel seperti berikut:
Nama:
No I/C:
Alamat:
No Telefon:
E-Mel:
Saiz T-Shirt:
Maklumat lanjut akan admin war-warkan dari masa ke masa. InsyaAllah banyak aktiviti menarik menanti anda. Kita ada 'Launching BackPackerz Magazine', cabutan bertuah pun ada, pameran barangan pengembara, booth jualan dan kehadiran selebriti istimewa.


Sebarkan acara ini kepada pengembara yang lain. Jangan lupa tag kawan ye. Yang tak ada kawan jangan risau, datang je! Mana tau boleh bertemu jodoh kat sini.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.