Header Ads

Hokkaido : The Winter Wonderland!


Lokasi paling popular bagi Malaysian bila ke Jepun adalah Tokyo & Osaka. Tapi, Hokkaido yang terletak di utara Jepun ni pun tak kurang menariknya. Setiap musim pun cantik & ada tarikan tersendiri, tapi paling best mestilah waktu musim sejuk! Sebab, salji kat Hokkaido ni tebal gilaaa dan sangat powdery, sesuai kalau sesiapa nak buat aktiviti winter e.g skiing, snowshoeing, dan snowboarding. Bulan Februari pula biasanya akan ada Snow Festival kat Odori Park, yang mana waktu festival ni nanti ada banyak ukiran ais gergasi kat situ.


Kami ke Hokkaido ni pada bulan Januari. Waktu ni snow memang tengah tebal dan lebat. Rasa eksaited sangat bila sekeliling semua salji tebal yang memutih, sampai kena snowblind! Ramai yang ke Hokkaido akan ke Sapporo & Otaru, tapi ada banyak lagi sebenarnya lokasi kat Hokkaido ni yang boleh kita explore. Contohnya Furano, Asahikawa, Toya, Noboribetsu, Hakodate, Wakkanai, dan banyak lagi. So, kali ni nak fokuskan ke Noboribetsu, Furano, Toya, dan Hakodate. Mana tahu lepas ni kalau korang ke Hokkaido, boleh lajak ke tempat ni pulak.

Noboribetsu Jigokudani (Hell Valley) Noboribetsu Onsen Oyunuma Bear Park Toya Lake Toya Hakodate Mount Hakodate Hakodate City Tropical Botanical Garden (Snow Monkey) Goryokaku Tower & Park Hakodate Magistrate's Office Red Brick Warehouse Onuma National Park






Tips : 1. Gunakan Hokkaido Rail Pass yang boleh digunakan untuk naik turun tren/bas JR tanpa had, reserve seat pun free je. Harga pass ni mengikut hari contohnya 3, 5, dan 7 hari. Kelebihan guna pass ni, kalau berpindah randah ke merata daerah dalam Hokkaido ni, jimat sikit, terlepas tren pun tak jadi masalah. 2. Taknak naik tren/bas JR? Drive pun boleh, tapi make sure driving skill tu baik, ok? Tak senang nak drive kat atas salji lagi-lagi yang dah jadi ais. 3. Kat Sapporo, boleh guna Day Pass untuk unlimited ride (subway). Jadi, jimat sikit kalau naik turun subway banyak kali & jauh-jauh. Harga Day Pass ni 830 Yen untuk weekday dan 520 Yen untuk weekend. Tram pulak 170 yen per ride.



4. Kat Hakodate, boleh beli Day Pass untuk unlimited ride (tram). Harga cuma 600 Yen je. Hakodate tak ada subway, so naik tram la nak ke mana-mana. 5. Kalau ke Furano, jangan lupa pergi ke Ningle Terrace. Dekat je dengan New Prince Hotel Furano yang selalu orang pegi main ski. Kedai-kedai kat Ningle Terrace ni jual cenderamata yang unik. Setiap kedai jual barang yang berlainan. Kedai pun cantik & ala-ala fairytale! Siang cantik, malam pun cantik! 6. Kat Furano, nak rasa kelainan, bermalam la kat sana sebab Furano ni small town tak macam Sapporo. Ada satu tempat yang best iaitu Log Yukari. Konsep ala-ala cottage kayu & tempat tidur pun guna tatami/futon. Serius best kat sini, dah la cantik menarik tertarik! 1 cottage tu boleh masuk dalam 3-6 orang, ikut cottage. 7. Waktu winter ni siang lebih pendek berbanding malam. So, maximize-kan masa sebaik mungkin. Jam 8am baru terang, jam 4pm pulak dah mula gelap. 8. Kena ingat, tak semua attraction dibuka sepanjang musim winter. Tak macam season lain, winter ni ada certain attraction yang ditutup atau dihentikan operasi disebabkan faktor cuaca dan sebagainya. So, please check before you go to any places. 9. Nak tengok Snow Monkey yang comel tu macam kat Nagano? Kat Hakodate ada! Tapi, tak la semeriah kat Nagano. Kat Hakodate ni, snow monkey ada kat Botanical Garden, agak jauh sikit dari bandar Hakodate. Kat situ attraction utama rasanya snow monkey je. Lain-lain tu, kat Malaysia pun ada. Nama pun Botanical Garden. Hehe! 10. Kalau nak cuba aktiviti winter, kat Sapporo boleh pergi ke Takino Suzuran. Waktu winter, masuk sini percuma je. Aktiviti & pakaian winter sport pun percuma je kecuali untuk skiing, kasut, dan pole. Boleh laa cuba snowshoeing & tube sledding. Best!

Artikel ini ditulis oleh Nur Masyita Atiqah.










Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.