Header Ads

Pasangan Ini Dibayar $200,000 Setahun Hanya Untuk TRAVEL



Bergelar sebagai seorang penggiat Instagram (social influences) pastinya menguntungkan bila berpeluang mengembara ke sana sini tanpa henti.

Namun ia tidak semudah seperti yang korang lihat menerusi paparan gambar mahupun vlog yang dikongsikan di media sosial. Sebenarnya, komuniti ini sedang menyara hidup mereka dalam suasana kerja yang berbeza, iaitu "Lets Travel Around The World".

Instagram Influences
- Collete dan Scott Stohler sedang menikmati sebuah perjalanan kerjaya yang diimpikan semua orang iaitu mengembara, dan berjalan sahaja! 


Wadi Rum, Jordan - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Pasangan ini telah mengembara ke lebih daripada 70 buah negara, mengelilingi dunia selama enam bulan setahun dan dibayar untuk menyiarkan foto, video, newsletters, update blog di laman web serta saluran media sosial mereka. 


"Kami berhenti kerja, menjual kereta-kereta kami, dan menyewakan rumah demi merealisasikan impian kami - mengembara ke dunia. Sertai pengembaraan kami kerana inilah idaman orang Amerika".

Kalau korang nak tahu, sebelum ini Collette bekerja sebagai penulis dan producer, Scott pula sebagai jurutera kimia. Wow! 


Petra, Jordan - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Travel Couple ini telah berhenti kerja pada tahun 2015 untuk mencari destinasi-destinasi romantis terbaik di seluruh dunia,  termasuk pengalaman yang membawa pasangan menjadi lebih rapat dan intim. So sweet!

Kini, mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang pengembaraan melalui website - Roamaroo serta Instagram (@Roamaroo). Pasangan ini telah mengenakan bayaran $2,000 bagi setiap posting dan mampu meraih kira-kira $ 200,000 setahun.


Namun Scott berpesan, "Ia tidak semudah seperti yang dijangkakan. Anda perlu bersusah payah demi hasil yang memuaskan. Anda perlu mempunyai semangat dan 'keghairahan' dalam setiap pengembaraan".


Collete pula berkata, "Di sebalik tabir, ia bukan terlalu glamour seperti yang ada lihat dalam paparan skrin. Kadangkala, kami berada di pantai hanya untuk seketika demi sekeping gambar".


Blog dan Instagram mereka telah diiktiraf sebagai Award-Wining Couples Travel BlogTop Couples Travel Instagram (Huffington Post), Top Inspirational Instagrammers (Matador Network).
 

So, you bila nak jadi pasangan Travel I pula? :P

Haha, jom layan foto-foto pengembaran pasangan Travel, Collette dan Scott Stohle.



Andaman Sea - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Burano, Italy - Photo credit (Facebook Roamaroo)


Wadi Rum, Jordan - Photo credit (Facebook Roamaroo)
 
Bodrum, Turkey - Photo credit (Facebook Roamaroo)


Machu Picchu, Peru - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Canggu, Bali, Indonesia - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Koh Pha Ngan, Thailand - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Jamaica - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Savannah, Georgia - Photo credit (Facebook Roamaroo)

Kredit - https://www.roamaroo.com/
Teks - MM

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.