Header Ads

Larangan Merokok di Pantai sekitar Thailand bermula November ini!

Sawadikap! Kap Kun Kap



Penghisap rokok tegar, dengan berat hati dimaklumkan bahawa akan wujud larangan menyeluruh terhadap merokok di 20 pantai popular sekitar Thailand berkuatkuasa dari November 2017. 

Bukan sahaja larangan, penalti untuk perokok akan dikenakan sama ada satu tahun penjara atau denda sehingga 100,000 Baht (RM12,693) ataupun kedua-duanya sekali. 

Dua puluh pantai yang dimaksudkan termasuk di Pattaya, Bangsaen, Cha-am, Hua Hin, Phuket, Samui, Phang Nga dan Songkhla. Jika kempen tersebut berjaya, lebih banyak pantai akan 'diwartakan' ke dalam zon larangan merokok. OMG!



Perintah larangan merokok berlaku disebabkan oleh sikap orang awam yang membuang puntung rokok di pantai. Semasa usaha pembersihan pantai baru-baru ini, dianggarkan terdapat 63, 237 hingga 138, 879 puntung rokok setiap 2.5 km sekitar pantai. 

Berikut senarai pantai-pantai di Thailand yang bakal dikenakan "Non-Smoking Area" bermula November 2017, 

  • Rayong - Pantai Mae Pim
  • Chanthaburi -Pantai Laem Singh
  • Choburi - Bangsaen, Pattaya & Pantai Jomtien
  • Phetchaburi - Pantai Khiri Khan & Khao Takiab
  • Surat Thai - Pantai Bo Phut di Samui
  • Chumphon - Pantai Sai Ree
  • Phuket - Pantai Patong
  • Phang Nga - Pantai Koh Khai Nok & Koh Khai Nai
  • Songkhla - Pantai Simila
  • Krabi - Pantai Phre Ae, Klong Dao & Klong Kwang





Sumber - Thai Travel News










Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.