Header Ads

Ketakutan Kembali Menghantui Sunway Lagoon


Festival tahunan yang dianjurkan oleh Sunway Lagoon Malaysia kini kembali! Korang yang nak cabar keberanian tu, bolehlah ke Sunway Lagoon Malaysia. Bermula 7 Oktober sehingga 31 Oktober, Festival Of Fear ini akan menghantui korang dengan 8 rumah hantu, 5 zone yang menakutkan, 11 thrill rides dan 4 persembahan pentas!

Pastinya korang pernah dengar cerita tentang Pulau Anak Patung yang menggerunkan di Mexico tu kan? Perbezaan yang dibawa pada Night Of Fright 5  (NOF5) ini adalah, korang semua berpeluang untuk merasai pengalaman seperti ini di The Island Of The Dolls dibawa khas dalam NOF5!


Nights of the Undead Run
Pada 7 Oktober lalu, telah berlangsungnya majlis perasmian dan pembukaan NOF5, yang turut dihadiri oleh beberapa orang artis tempatan seperti Amber Chia, Sasha Saidin, Che Puan Juliana Evans, media tempatan, blogger, dan pengamal media sosial yang lain.

Majlis pembukaan untuk NOF5 turut dijayakan dengan flag off , Nights of the Undead Run pada jam 7.45 malam, yang turut disertai lebih daripada 1,300 peserta larian. Larian ini bukan hanya sekadar larian biasa. Peserta harus menyelesaikan beberapa halangan seperti Outbreak, Spider Web dan Survivor, di stesen yang ada.



Kemeriahan NOF5
Jam 8.30 malam, semua pengunjung sudah mula memenuhi pintu masuk Sunway Lagoon. Kemeriahan NOF5 tidak dapat disangkal, apabila melihat pengunjung yang sudah mula membanjiri kawasan dalam Sunway Lagoon. Pelbagai jenis 'hantu' berkeliaran mencari 'mangsa', dan jeritan yang kedengaran, benar-benar membangkitkan mood seram! Korang yang nak rasa pengalaman seram dengan bertemu dengan hantu-hantu yang menggerunkan, dapatkan tiket NOF5 sekarang sebelum festival of fear ini berakhir!




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.