Header Ads

Senarai Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Ranau & Kundasang Yang Boleh Akses Guna Kereta Sewa


Bila anda sampai di Kota Kinabalu, anda wajib untuk sampai tempat-tempat menarik ni dulu. Sebelum tu, cepat booking kereta sewa dengan kami, anda hanya perlu wassap di www.wasap.my/60148540063 atau terus call je kami di 0148540063 dan jom teroka semua tempat menarik.
📌Pasar Filipina – destinasi untuk membeli kraftangan atau cenderahati sepeti mutiara, keychain, aksesori wanita dan juga tempat untuk membeli makanan laut atau barangan produk kering seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Waktu malam pula kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah!
📌Pantai Tg Aru – Hanya terletak sejauh 6 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu. Di sini anda akan dapat melihat keindahan sunset pada waktu senja dan melihat dengan jelas kapal terbang yang mendarat di Kota Kinabalu International Airport.
📌Bukit Kokol atau Kokol Hill – Anda akan dapat melihat keindahan gunung Kinabalu dan panaroma sunset yang sangat best! Anda juga akan dapat melihat pemandangan bandar raya Kota Kinabalu dan pulau-pulau di sekitarnya. Memang best!
📌Tambunan Raflesia Reserve – Nak tengok bunga yang terbesar di dunia? Jom ke sini. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Pasti berbaloi.
📌Monsopiad Cultural Village – Untuk anda yang ingin mempelajari budaya dan adat resam serta kesenian di Sabah, bolehlah ke sini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk anda. Pasti tak bosan.
📌North Borneo Railway – Anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api steam! Seperti zaman dahulu kala gitu.
📌Signal Hill Observatory Platform – Bolehlah kesini pada waktu awal pagi ataupun lewat petang. Barulah suasana terasa nyaman ya amat. Di sini anda dapat melihat panaroma yang menarik di sekitar bandar Kota Kinabalu dan pulau-pulau yang berhampiran. Lokasinya hanya di pinggiran bandar raya Kota Kinabalu.
📌Tanjung Aru Perdana Park – Taman ini mempunyai air pancut berwarna warni diiringi muzik. Sangat menarik bukan? Bolehlah datang ke sini pada waktu malam untuk melihat air pancut tersebut ataupun anda boleh beriadah seperti jogging di taman ini pada waktu petang. Sangat meriah tau!
📌Gaya Street Sunday Market – Hanya pada waktu pagi hari Ahad, anda boleh mencari pelbagai jenis produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan sebagainya.
📌Kota Kinabalu Wetland Centre – Khusus kepada mereka yang sukakan burung dan keindahan hutan paya bakau, bolehlah ke sini. Terdapat boardwalk yang memudahkan anda untuk melihat keindahan semula jadi di sini.
📌Kota Kinabalu City Mosque – Terkenal dengan panggilan masjid terapung, masjid ini amat cantik terutama ketika air pasang. Salah satu tarikan pelancong luar Negara yang datang melawat ke negeri Sabah.


Seterusnya, bila anda teruskan perjalanan anda ke Kundasang dan Ranau, jom lawat ke sini pula:
📌Desa Cattle Dairy Farm – Tempat yang sangat popular dalam kalangan pelancong. Anda akan terasa seperti di New Zealand dengan lembu dan udaranya yang sangat nyaman! Anda boleh merasai sendiri pengalaman berada di ladang lembu dan melakukan pelbagai aktiviti di sana. Best gila! Anda juga dapat merasai produk tenusu yang segar dari ladang!
📌Taman Kinabalu – lebih dikenali dengan nama Kinabalu Park, di sini adalah kaki gunung Kinabalu dan tempat bagi mereka yang ingin memulakan pendakian. Suasana di sini pastinya sejuk dan sangat cantik!
📌Kundasang Memorial War Park – tempat bersejarah bagi memperingati jasa-jasa tentera British dan Australia yang terkorban ketika zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.
📌Kolam Air Panas atau Hotspring – Air panasnya yang semulajadi dari kaki gunung Kinabalu pasti membuat anda seronok untuk bermandi manda. Pelbagai kelengkapan disediakan untuk anda beriadah bersama keluarga tercinta.
📌Spa ikan di Tagal Luanti – Kalau teringin diurut oleh ikan-ikan di sungai, datanglah ke sini. Pasti akan memberikan anda kenangan yang sukar dilupakan.
📌Ladang Teh Sabah – Di Sabah pun ada ladang teh tau. Anda bolehlah datang kesini. Hanya bersebelahan Spa ikan di Tagal Luanti sahaja.
📌Ranau Paragliding Park – Bagi mereka yang inginkan aktiviti mencabar, bolehlah mencuba untuk merasai aktiviti sukan ini. Jangan risau, semuanya akan dipantau oleh mereka yang sangat bertauliah.
📌Rumah Terbalik Tamparuli – Lokasinya terletak di antara bandar raya Kota Kinabalu dan Kundasang. Pastikan anda singgah di sini bagi merasai keunikan rumah yang terbalik!
📌Miki Survival Camp – Jika anda meminati aktiviti bermalam, jungle tracking dan sebagainya, boleh cuba datang ke sini.
📌Arnab Village – Salah satu tarikan terbaru di Ranau. Anda dapat bermain dan memberi makan sendiri dengan arnab-arnab yang sangat jinak.


Jadi apa tunggu lagi, cepat tempah kereta sewa anda dengan kami. Barulah anda dapat sampai ke semua tempat-tempat ni. Hanya hubungi 0148540063 atau tekan link:
www.wasap.my/60148540063 untuk terus wassap kami.
Kami ada pelbagai jenis kenderaan untuk anda sewa, seperti :
📍Proton Saga RM130/day
📍Perodua Myvi RM130/day
📍Perodua Viva RM100/day
📍Peridua Axia RM110/day
📍Perodua Alza RM170/day
📍Proton Exora RM180/day
📍Toyota Avanza RM180/day
.
📌 Dah tu, jangan lupa like page kami dihttps://web.facebook.com/keretasewakotakinabalu4u/
📌Hubungi kami segera untuk tempahan di 0148540063
📌Atau wassap kami di www.wasap.my/60148540063
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.