Header Ads

Perjalanan Lengkap 9 Hari 8 Malam LOMBOK ke BALI



LOMBOK TO BALI: Artikel ini dikongsikan Mathilda Chung. Itinerari : 5 hari di Pulau 1000 Masjid (Lombok) 4 hari di Island of Hinduism (Bali) HARI PERTAMA : ARRIVAL (LOP INTERNATIONAL AIRPORT) Flight dari JB - KL - Lombok. Sampai Lombok pada waktu malam, beli simkad lokal (XL), IDR45000 untuk 4.5GB, ada free call. Bermalam di rumah supir (Thanks Bang Jalal kerana tumpangkan rumah dan masakan yang amat enak) di area Lombok Tengah. HARI KEDUA : BEACH TOUR Bukit Teletubies : Sebelum tiba ke pantai-pantai yang hendak dituju, kami melalui Bukit Teletubies. Dari bukit ini boleh kelihatan Pantai Selong Belanak. Pemandangan dari sini cantik sebab selain daripada dapat melihat pantai dari jauh, juga dapat lihat tasik dan keadaan bukit yang menarik. Selong Belanak Beach : Beach ni terkenal di kalangan surfers sebab ombak yang kuat. Jadi pantai ini amat sesuai jika mahu belajar surfing, banyak pilihan surf school di sini. Pantai ni agak padat sebab pantai di sini menjadi pilihan untuk para pelancong untuk surfing. Jangan lupa untuk tawar menawar semasa mencari 'Surf school' anda.


Mawun Beach : Pantai di sini lebih sunyi. Tidak ramai orang, tetapi air dia lebih biru dan putih berbanding Selong Belanak Beach. Sangat sesuai untuk orang nak privasi. Pantai ini sesuai untuk bermandi manda. Peringatan Mesra, di sini akan ada orang pujuk anda untuk membeli Tshirt, kain batik etc, jangan sesekali pegang atau layan. Kalau dah pegang, takut kena marah kalau tak beli. Kuta Beach : Pantai untuk kami singgah lunch. Pantai ini juga cantik, tenang dan masih kurang dikenali ramai berbanding Kuta Beach di Bali. Namun pantai ini bersih dan kurang terusik kerana masih baru dikenali. Di sini terdapat banyak pilihan untuk menginap dan makan. Jadi pantai ini boleh dijadikan sebagai salah satu pantai untuk menginap. Pantai ini juga merupakan satu satunya pantai yang mengasingkan pelancong lelaki dan pelancong wanita, sesuai dengan gelaran pulau ini iaitu pulau 1000 masjid, dan mungkin ini salah satu cara negeri Lombok untuk mengetengahkan agama Islam.

Tanjung Aan Beach & Bukit Merese : Untuk ke Bukit Merese, akan melalui Pantai Tanjung Aan. Untuk melihat pantai Tanjung Aan, boleh daki Bukit Mrese untuk menikmati view yang lebih menarik. Naik bukit jangan sampai puncak sahaja, teruskan daki sampai ke hujung sekali sebab confirm view lebih lawa dan dapat lihat pantai di kedua dua belah bukit. Semasa kami pergi adalah musim panas, dan oleh itu, rumput-rumput kering dan menguning. Nak view dengan rumput hijau, datang sebelum bulan Ogos ye. Di bukit ini banyak point terbaik untuk selfie, jangan penat mendaki. Untuk photographer, di sinilah peluang anda untuk shoot view terbaik and unik. Dari atas bukit ini juga anda masih dapat melihat terumbu karang di laut sebab air yang sangat jernih dan biru. Tak payah pakai kasut trekking pun tak pa, selipar Jepun dah cukup hebat untuk sampai ke puncak bukit ini. Oh ya, dari sini juga anda boleh melihat Batu Payung. Jadi, tidak perlu naik bot untuk melihat Batu Payung, dengan trekking juga dapat. Pantai Senggigi : Terletak di sebelah barat Pulau Lombok. Sebelum tiba di pantai ini, snggah dulu di kedai makan terkenal di sini iaitu Ayam Taliwang (Tempat kegemaran artis Indonesia jika datang ke Lombok). Di pantai ini juga kami menginap (Indah Homestay). Pantai ini juga cantik dan boleh buat aktiviti snorkelling di sini.





HARI KETIGA : WATERFALL TOUR Dari Pantai Senggigi ke Senaru (Kaki Rinjani) mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi adalah lebih baik jika bertolak lebih awal. Anda akan melihat view Pantai Senggigi semasa perjalanan (sebab naik bukit), dan semasa berada dekat dengan Senaru, akan dapat kelihatan Gunung Rinjani (3726M). View memang superb! Gunung Rinjani ini lebih tinggi daripada Gunung Agung (3031M) di Bali. Kalau anda nak hiking ke Gunung Rinjani, boleh pilih sama ada hendak bermula dari Senaru atau Sembalun. Beware of the guide di entance untuk ke Waterfall, anda boleh sampai ke waterfall tanpa guide. Tapi sekiranya anda ada niat untuk membantu, IDR20000 adalah normal untuk anda upah guide. Sendang Gile Waterfall : 200 anak tangga dalam masa lebih kurang 30 minit, anda akan sampai di sendang Gile Waterfall. Ketinggian air terjun ini adalah 32 Meter. Air terjun dipercayai boleh menyembuhkan penyakit pnggang sekiranya mandi di bawah air terjun tersebut. Tiu Kelep Waterfall : Lebih kurang sejam dari Sendang Gile Waterfall, ternyata perjalanan tidak sia-sia setelah melihat dari jauh Tiu Kelep Waterfall. One word, Amazing! Dari jarak 50 meter daripada waterfall tersebut, sudah dapat merasai percikan air, menunjukkan betapa kuatnya percikan air dan besarnya waterfall ini. Ketinggian waterfall ini adalah sekitar 45 Meter. Semasa perjalanan pulang dari Waterfall, kami menggunakan terowong sepanjang 100 meter bermula dari area Sendang Gile Waterfall. Terowong yang gelap dan melawan arus sungai. Ternyata memberi pengalaman yang baru. Jangan lupa torch light ! Bukit Selong : Turun dari kaki Rinjani, akan lalu daerah Sembalun. Daerah Sembalun merupakan daerah untuk para hikers turun dari Gunung Rinjani sekiranya naik dari Senaru. Di daerah Sembalun, adalah WAJIB untuk singgah di Bukit Selong. Tempat terbaik untuk mengambil gambar berlatarkan Gunung dan Sawah Padi. Terdapat juga model Rumah Kaum Sasak, iaitu kaum asli orang Lombok di Bukit Selong ini.




HARI KEEMPAT : GILI TRAWANGAN Gili yang paling besar di antara Gili Meno dan Gili Air dan terletak di hujung selepas kedua pulau tersebut. Juga merupakan Gili yang amat padat. Nightlife yang meriah kerana ada banyak sangat Mat Salleh. Banyak pilihan penginapan. Terlalu banyak! Jadi, tak book penginapan terlebih dahulu pun tidak jadi masalah. Tetapi sebaik-baiknya book dulu especially bulan Ogos sebab Ogos adalah peak season. Aktiviti snorkeling atau diving juga boleh book di Gili ini.


HARI KELIMA : LEMBAR Dari Terminal Feri Lembar menuju ke Padang Bai, Bali. Harga tiket sekitar IDR43000 (RM14). Perjalanan feri mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Orang yang mabuk laut sangat tak digalakkan naik feri ini. Perjalanan feri ke Lembar adalah selang setiap satu jam. Tak payah early book, boleh beli on the spot. Selain feri, terdapat juga alternatif lain iaitu menggunakan speed boat dari Gili Trawangan. Harga sekitar IDR500000 (RM150++). Tetapi perjalanan hanya mengambil masa antara sejam hingga 2 jam. Disebabkan nak jimat bajet, kami memilih untuk menaiki feri sahaja. Sesampai di Padang Bai, kami dieekori oleh beberapa driver yang agak rude dan memaksa kami untuk mengguna perkhidmatan dengan kadar bayaran IDR55000. Nasib baik terdapat dua orang backpackers (Warga Indonesia dari Jakarta) yang membantu kami. Selepas sesi tawar menawar yang bagi aku seperti sedang bergaduh, 2 orang jejaka tersebut membuat keputusan untuk menggunakan Go Car (Apps seperti Grab/Uber) kerana harga yang ditawwarkan kurang relevan. Namun, driver Go Car tersebut meminta kami untuk berjalan jauh ke hadapan kerana khuatir akan bergaduh dengan driver di Padang Bai. Sepanjang perjalanan kami untuk ke depan, 2 orang driver mengekori kami (seorang jalan kaki dan seorang lagi menggunakan kereta) sepanjang jalan sambil memaksa kami untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Setelah penat diekori dan mereka menawarkan harga IDR40000, maka kami pun menaiki kereta tersebut dan terpaksa cancel perkhidmatan Go Car. So guys! Be careful! BALI Di Bali, menginap di resort berdekatan dengan area Pantai Kuta. Bali Sandy Resort. RM60/Pax untuk 1 malam. Booking melalui Booking.Com. HARI KEENAM : VOLCANO TOUR Barong and Kris Dance : Persembahan tradisional mengenai pertarungan antara semangat roh baik dan jahat. Entrance Fee IDR100000/Pax. Tegalalang : Rice terrace yang popular. IDR10000 untuk entrance fee. Bali Volcano : 1000 above sea levels. Referred to as Kintamani Batur Volcano. Dari puncak, boleh melihat Gunung Batur, Tasik Batur iaitu tasik terbesar di Bali, dan Gunung Agong. Lunch di salah sebuah restoran di sini berdepan dengan pemandangan gunung. Luwak Coffee Plantation : Melihat proses membuat kopi Luwak dan mencuba 14 jenis teh dan kopi secara percuma. Paling wajib, try Luwak Coffee (IDR50000/Cup). Sangat Umpph.


HARI KETUJUH : TEMPLE TOUR & WATERFALL Taman Ayun Temple : Kuil di dalam Taman. Wanita yang period dilarang untuk memasuki temple ini. Entrance Fee IDR15000. Ulun Danu Beratan Temple : Dikenali juga sebagai Floating temple. Entrance fee IDR10000. Temple ini terletak di seblah tasik Belatan. Angin agak sejuk di sini. Git Git Waterfall : Terdapat dua git git waterfall. Kami pergi yang atas dahulu kemudian baru ke bawa. Trek sangat tidak mencabar. Jalan simen dan tangga sahaja. Waterfall biasa-biasa sahaja tetapi sesuai untuk orang mandi setelah lama berjemur di pantai.


HARI KELAPAN : BEACH TOUR Nusa Dua Beach : Visiting Turtle Island. Sangat tak digalakkan untuk orang yang ada perasaan keprihatinan. You know what I mean if you are one of those. Tapi untuk anda yang hendak dengan bergambar dengan turtle (sangat besar), burung Enggang, Ular sawa, boleh la datang ke sini. island ni umpama zoo. Zoo yang kecil. Dreamland Beach : Dreamland Beach adalah salah sebuah pantai yang termasuk dalam projek pembangunan yang gagal oleh Pecatu Graha development yang dirancang oleh Tommy Suharto, anak bongsu kepada bekar presiden Suharto. Namun, di sebalik kegagalan itu, pantai ini tetap indah dan ramai orang kunjungi. Untuk tiba ke pantai ini, harus melalui satu terowong dan naik tangga untuk sampai ke beach ini. Entrance fee IDR15000/Car. Pandawa Beach : One of the top beaches in the world. Pantai yang sangat cantik, bersih, dan air yang sangat tenang. Pantai ini sepanjang 1KM (Panjang giler). Digalakkan untuk main kayak di sini sebab ombak tidak kuat. Keadaan geografi pantai ini sangat unik sebab keadaan ombak yang tidak sampai ke persisiran pantai. Susah nak explain. Better youtube it. Perjalanan untuk ke Pandawa beach juga menarik sebab pantai ini tersembunyi di belakang sebuah bukit.Bukit batu ini juga ditebuk menjadi seakan akan gua yang mengandungi ornament of white stone yang diukir cantik. Terdapat 5 statue iaitu Yudistira, Bima, Arjuna, Sahadewa dan Nakula. Dari beach sini juga boleh kelihatan ramai orang paragliding. Confirm best sebab dapat melihat Pantai Pandawa dari tinggi. Untuk mencuba aktiviti paragliding, harus ke Timbis Hills yang terletak beberapa KM dari pantai Pandawa. Blue Point : Hi tea di sini. Untuk Hi Tea ke sini, harus membeli kupon terlebih dahulu bernilai IDR100000/Pax. Sambil makan sambil menikmati sunset.




HARI KESEMBILAN : DEPARTURE (DPS INTERNATIONAL AIRPORT) Berjalan sekitar bandar Kuta sambil membeli. Krisna Agung Bali : Port terbaik untuk membeli cenderamata. Lengkap dengan bahagian makanan & minuman asli bali, alat muzik, keychain, barangan spa, aromaterapi, baju, kain dan lukisan. Peringatan : Alert dengan email, bukan email yang baru masuk tetapi email yang ada itinerari Air Asia, sebab email akan update flight lebih terkini berbanding Papan di Airport. Aware juga dengan pengumumuna sebab sering berlaku pertukaran Gate. Terdapat banyak tempat yang hendak dituju tetapi tidak sempat. Antara Tempat Yang Miss Di Lombok : 1. Pink Beach 2. Semeti Beach 3. Mangku Sakti 4. Air Terjun Benang Kelambu 5. Sasak Village 6. Tanjung Ringgit Antara Tempat Yang Miss Di Bali : 1. Tirta Empul 2. Air Terjun Kuning 3. Lovina Beach (Dolphin) 4. Uluwatu 5. Besakih Temple (Largest Balinese Temple) 6. Jatiluwih Rice Terraces 7. Goa Gajah




















Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.