Header Ads

Jom Tengok 'Hands On' iPhone X Yang Berharga $999



12 September 2017 menyaksikan Apple Inc memperkenalkan telefon mudah alih terbaru iPhone X.Ketua Eksekutif Tim Cook yang menyifatkan peranti ini sebagai 'lonjakan terbesar ke hadapan sejak iPhone pertama'.IPhone X diperbuat daripada kaca dan keluli tahan karat dengan skrin pemapar 'edge-to-edge'



Pun begitu, dengan harga AS$999 seunit, harga iPhone X dilihat sebagai tinggi dan 'terlalu mahal'. Pelancaran itu juga hanya membuat kejutan kecil sahaja tatkala perincian model itu sudah pun dibocorkan di internet dengan spesifikasi yang dikatakan begitu tepat sekali.

Menerusi iPhone X, pengguna boleh membuat panggilan dan mengakses internet pada Apple Watch baharu tanpa perlu membawa bersama iPhone.Peranti ini juga boleh dicaj tanpa perlu penyambungan sumber elektrik, serta ciri-ciri keselamatan kamera inframerah yang menggunakan muka sebagai pengecaman.

Pelancaran iPhone X pada ulang tahun ke-10 iPhone sebagai peluang bagi Apple menyegarkan kembali barisan telefon pintar yang kini dikatakan  terkebelakang dalam persaingan. Pendapatan Apple Inc tahun lalu susut apabila ramai pelanggan  dan pelabur menolak iPhone 7 kerana disifatkan sebagai terlalu serupa dengan iPhone 6. Namun, pasaran saham tidak memberikan reaksi memberangsangkan kepada pelancaran peranti Iphone X dimana saham Apple turun 0.4 peratus. - Reuter









Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.