Header Ads

Halloween Horror Nights, Tarikan Terbaharu & Permainan Yang Korang Mesti Cuba Di Universal Studios Japan

Oleh: Admin Backpackerz
Foto: Universal Studio Japan

Kalau tak sanggup travel jauh ke Amerika untuk melawat Universal Studios, korang boleh ke Osaka, Jepun sahaja untuk menikmati tarikan terbaru sempena Halloween Horror Nights bermula 9 September 2017 di Universal Studios Japan. Team Backpackerz sempat ke sana minggu lepas dan mencuba sendiri tarikan yang ada di sana.


DEADMAN’S FOREST –ESCAPE FROM THE FOREST OF DEATH
Buat peminat drama atau filem bertemakan zombie, inilah masanya korang uji keberanian korang berhadapan dengan gerombolan zombie pemakan manusia! Korang akan dikejar sekumpulan zombie sehingga ke dalam kawasan hutan yang kelam dan gelap – dipenuhi dengan pelbagai jerangkap samar. Pasti ada jalan keluar dan korang mesti cari jalan keluar tersebut.
Akses : Pelajar sekolah rendah tidak dibenarkan masuk. Hanya sekolah menengah dan ke atas.



CULT OF CHUCKY CHUCKY (HOSPITAL WARD OF MADNESS)
Mengimbau kenangan waktu kecil! Siapa yang tidak kenal dengan Chucky? Hantu kecil yang cukup brutal tatkala menyerang pesakit-pesakit dalam hospital. Segala perilaku Chucky di Hospital Ward of Madness nampak realistik habis. Memang tak boleh tidur malam dibuatnya.



FESTA de PARADE
Buat ibu-bapa yang datang bersama anak-anak kecil yang mungkin tidak sesuai untuk dibawa tengok hantu, korang masih boleh bergembira dengan menyertai perarakan Festa de Parade. Korang dapat melihat pelbagai karakter watak-watak dan juga kartun dengan kostum masing-masing di samping pertunjukan hebat yang digabungkan dengan susunan muzik rancak dan memukau. Jangan lepaskan: pertunjukan Happy Trick/Treat Candy serta “trick or treating” bersama Minion di Minion Park.




DESPICABLE ME MINION MAYHEM
Tarikan terbaharu ini membawa korang menyertai ride bersama kumpulan ‘kenit’ Minion dalam skrin berbentuk dome beserta sistem projection yang realistik. Sambil itu, panjat kenderaan ‘Gru’ untuk naik ke udara dan bumi, berpusing-pusing, sebelum masuk ke dalam makmal khas di untuk menjalan proses di mana anda sendiri boleh bertukar menjadi Minion!
Tempoh ride: Kira-kira 18 minit.



HARRY POTTER (EXPECTO PATRONUM NIGHT SHOW)
Harry Potter di depan mata! Itu yang admin rasa bila berada di sini. Paparan imej berkualiti tinggi yang digunakan seolah membawa Istana Hogwarts dalam The Wizarding World of Harry Potter berada betul-betul di hadapan korang. Persembahan berskala besar ini melibatkan Dementors, pelajar-pelajar ahli sihir yang berani serta karekter dalam filem Harry Potter yang memukau. Part bila si Harry dan pelakon-pelakon menggunakan tongkat sakti tu memang epik!



STREET ZOMBIE
Kalau korang nak tahu bagaimana rasanya dikejar oleh zombie, maka Universal Studios Japan adalah tempatnya. Bermula jam 6.00 petang, lampu-lampu akan dimalapkan, siren mula berbunyi dan beberapa letupan akan kedengaran di sekeliling anda. Tidak lama kemudian, sekumpulan zombie akan muncul dan mula mengejar pengunjung. Paling best, jika korang beli rantai jantung khas yang dijual di sini dan memakainya, lagi ramailah zombie yang akan kejar korang. Memang kecut perut dibuatnya.











Untuk menempah tempat, korang klik saja kat sini https://www.kkday.com/en/product/2247?cid=4522 untuk tiket Universal Studios Japan  dan https://www.kkday.com/en/product/7781?cid=4522 untuk Studio Pass dan Universal Express Pass.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.