Header Ads

Call Dari London Ke Malaysia Serendah 9 Sen Seminit, Jom Ikuti Review Pengembara Tegar Ini

Review aplikasi telefon 'BUAL' - Zainuddin Omar
Saya membuat booking hotel secara online di Booking.com semasa hari pertama tiba di Cyprus pada Mach 2017. Apabila sampai di Constantiana Beach hotel di Larnaca Cyprus, receptionist meminta saya membuat pembayaran sebanyak €77.40 untuk semalam walhal Booking.Com telah menolak jumlah tersebut dari kredit kad Citibank saya.
Saya menunjukkan kepada receptionist resit pembayaran yang telah dibuat tetapi beliau tetap berdegil memaksa saya membayar kerana hotel tiada mendapat bayaran 'back to back' dari Booking.Com.
Oleh kerana waktu telah lewat malam dan keletihan, saya bayar juga jumlah tersebut dengan menggunakan kredit kad yang sama. Apabila dibilik dan ada talian wifi saya menalifon isteri di Malaysia menggunakan Whatsapp call. Saya meminta isteri menalifon Citibank tentang double charging di akaun kredit kad saya.
Receptionist Citibank pada awalnya tidak mahu membantu kerana mereka memerlukan saya menalifon terus kepada mereka dan tidak melayan third party call atas nama orang lain.
Kos talipon dari Cyprus ke Malaysia menggunakan land line tentunya mahal kerana Citibank tidak membenarkan reverse charge.

Apa yang saya buat ialah call isteri dengan handphone beliau dan isteri saya pula call Citibank menggunakan telefon rumah. Handphone dan telefon rumah didekatkan dan saya dapat bercakap dengan receptionist Citibank. Nasib baik pada masa itu beliau melayan selepas saya merayu kerana sistem security citibank menggunakan T-PIN dan Voice Recognition. Alhamdulillah masalah double charging dapat diselesaikan.
Apa yang saya nak sampaikan ialah masalah bertalipon dengan pihak bank atau insuran di Malaysia menggunakan telefon land line dari luar negeri. Kos nya sangat tinggi dan tidak berbaloi jika masalah nya kecil yang nak diselesaikan.
Sebelum trip ke Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan pada Ogos lepas, sahabat saya Adnan Hassan telah mengesyorkan satu aplikasi telefon yang dinamakan 'Bual'. Ianya adalah hasil ciptaan saorang jurutera telekom bumiputra Malaysia.
Dengan aplikasi ini saya boleh telefon land line mana mana tempat di Malaysia dari luar negara. Misalnya, saya boleh call telefon rumah 03-7873xxxx menggunakan hp dari luar negara dengan hanya memerlukan connection wifi. Ada caj minima yang dikenakan, contohnya call dari London ke Malaysia hanya 9 sen seminit.
Saya call land line Malaysia dari Dushanbe Tajikistan dan perbualan sangat jelas tetapi kualiti agak kurang apabila saya memanggil dari Tashkent Uzbekistan.
Sahabat saya Adnan berkata kualiti call dari Osaka Jepun ke land line Malaysia juga sangat jelas dengan kos 6 sen seminit sahaja.
InsyaAllah saya akan cuba memanggil menggunakan aplikasi BUAL dari Iran, Georgia, Azerbaijan, Kyrgyztan, Kazakhstan, China dan review semasa trip saya minggu depan.
Pada pendapat saya aplikasi ini sangat berguna sebagai backup apabila terpaksa memanggil land line di Malaysia apabila di perantauan.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.