Header Ads

"Travel, Travel Juga, Solat Tetap Kena Jaga." Pesanan Kepada Anak Muda Yang Mengembara

A post shared by Izzat Anuar (@izzat_anuar) on

99 days away from home, 37 countries (39 including USA & Ukraine), 40514 km distance covered, 1420 km distance walked by foot, new cultures learnt, new traditions digested, new languages known, new people met, new friends made, new experiences gained and it's indeed a once in a lifetime journey 💕.
.
"Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman."
.
Yes. I would love to thank Allah for this opportunity. Alhamdulillah syukran ya Allah. It was epic! A journey that I've never expected that I would complete it. With the vision of "60 countries before 25" had always been in my mind since a few years ago, I always tried to find ways to accomplish that vision. People always asked me during this trip, "banyaknya duit kau?!" "Untunglah untunglah" "tak penat ke?" etc etc, I would love to say to all of you, when you're eager to do something that you love or to travel, just be confident and work hard to make it happen, never listen to others saying "takyah travel, membazir je" "Poyo ah travel" etc etc, just trust yourself and pray to Allah to ease everything in terms of money, health and safety and insyaAllah you'll make it. 👍🏼.

A post shared by Izzat Anuar (@izzat_anuar) on

.
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
.
Orang kata travel ini mudah tapi sebenarnya tidak. Nak travel mestilah berilmu. Ilmu bagaimana nak plan perjalanan, spend duit, solat ketika perjalanan, berjimat utk makan, mencari kiblat, menjaga barang peribadi, baca peta, stay alert dengan persekitaran dan hatta ilmu utk naik escalator pun perlu dipelajari dan digunakan. Tanpa ilmu traveling, semuanya akan menjadi tidak teratur dan serabut. Serius.
.
Travel, travel juga, solat tetap kena jaga. Solatlah walau di mana anda berada. Ya, kadang-kadang kita rasa amat susah untuk solat ketika mengembara. Tapi solatlah, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Jika terlepas waktu atau terlelap akibat keletihan, gantilah solat itu dan jangan biarkan solat itu tidak disempurnakan dan tidak berganti. Lagi satu, ketika traveling, jati diri kita mesti kuat, apa yang ku maksudkan ialah, jadilah diri kita sendiri di mana kita berada. Jagalah halal haram semuanya. Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. Mengembara di negara luar sangat mencabar dengan dugaan duniawi dan sebagainya, jadi kita mestilah kena yakin dengan diri dan janganlah menjadi longlai dengan perkara yang tak sepatutnya kita buat. Halal tetap halal, haram tetap haram. Simple as that.
.
Alhamdulillah perjalanan 99 hariku dipermudahkan oleh Allah. Tiada demam, tiada sakit, tiada kekurangan duit, tiada penipuan, tiada perkara-perkara yang buruk berlaku etc etc. Yes, traveling mengajar kita erti berdikari, bertanggungjawab, keberanian dan sebagainya.
.
Wahai anak muda di luar sana, mengembaralah! Percayalah. Akan kau dapat apa yang orang lain tak dapat. Betul. Biarlah kulit terbakar dek sinaran matahari, asalkan pengalaman itu yang kekal selamanya dan menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Mengembaralah dan belajarlah daripada pengembaraanmu!
.
99 hari pengembaraan di Eropah mengajarku banyak perkara dan insyaAllah akanku pelajari daripanya dan menjadikanku lebih matang dan lebih baik daripada sebelum ini. Aaamin. Beribu pengalaman yang tidak pernah ku dapat sebelum ini dan akanku ingat sampai bila-bila. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dengan pengembaraanku ini. Terima kasih! Assalamualaikum.
.
I'm looking forward to more adventures, cheers!


From facebook Izzat Anuar

Boleh follow Izzat di Instagram: http://instagram.com/izzat_anuar


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.