Header Ads

Itinerari Bali 2017 Yang Korang Boleh Follow

Itinerari Bali 2017 Yang Korang Boleh Follow
First Day
• Klia-Denpasar
• Uber dari airport ke Sanur 100k via toll
• Upah Rasyid guy show us to get cheap ferry ticket 20k
• Boat ke nusa lembongan IDR 125k
• Loan Motor IDR 320k 2 Days for 2 bike (80k each)
• Hotel la casa janu IDR 458 best for 3 guys
• Makan Sendiri beli mi sedap n nasi IDR 6k
Tempat first day
• Mushroom beach
• Devil tears
Total Hari pertama IDR 1.023M
2nd Day
• Blue lagoon
• Infinity pool
• Bukit panorama
Sepanjang aktiviti ni tidak melibatkan duit. Hanya makan sahaja.
Note: nusa lembongan dan ceningan tak berapa besar jadi tak banyak tempat. Boleh habis dalam 2 hari. Ada 1 kedai halal kedai orang jawa takde hidang babi. Nama kedai lupa but kedai makan sekali dengan kedai handphone. Nightlife sini kureng jugak tapi masih ada sikit-sikit daripada penida.
Untuk yang nakkan adrenaline boleh cuba dkt blue lagoon dan mahana point.
Tengok la korang berani tak berani tapi dekat mahana point.
You pay for your own death. Hahaha
Kena bayar 50k utk 14m lompat
25k untuk 5m lompat
3rd Day
• Boat from lembongan to penida IDR 50K/Person
• Hotel Jasmine inn IDR 350K 2 nights
• Ticket rumah pohon IDR 20k for 3 person
• Petrol IDR 26k for 2 Bikes
• Pohon Pondok IDR 25k For 3 people
• Guyangan IDR 20k for 2 Bikes
Total Habis IDR 591
Note: Penida ada timur dan barat. Rancang sebaiknya nak pergi mana 1 dulu. Kalau ikutkan yg barat lagi dekat. Jalan memang rosak teruk. Kematu bontot langgar batu2 nak ke sana. Make sure bawak moto tu elok-elok takut rosak. Banyak dah problem tayar rosak. Kita decide pergi ke arah timur dulu. Tempat-tempat dia
• Rumah pohon
• Atuh beach
• Pulau seribu
• Teletubies hill
• Guyangan
Guyangan dekat arah utara penida jadi take time kalau nak ke sana. Utk view mmg terbaik.kalau rajin cuba turun tangga beribu tu..hahahaha
Kalau dari perkampungan toyapakeh ambik masa 1 jam setengah ke timur dan 1 jam ke barat. Toyapakeh tu perkampungan islam jadi makanan memang senang nak dapat. Untuk nightlife hambar. Pkul 10 kedai banyak tutup dah. Toyapakeh tu dekat je dari pelabuhan penida. Kalau naik boat akan turun sana and nak ke sanur pun ikut sana. Make sure cari hotel dkt toyapakeh utk senang cari tempat makan.
4th Day
• Parking angel bilabong IDR 20k/2bikes
• Parking kelingking IDR 10k/2 Bikes
Total habis IDR 30k
Note: angel bilabong dengan broken beach dekat. So pergi je dua dua tempat tu. Tempat keempat kita pergi
• Kelingking beach
• Pasir andus
• Angel bilabong
• Broken beach
• Crystal beach
Cuma itu pengeluaran yang kita buat. Makan tak termasuk ye.
Untuk tempat kelingking beach highly recommended tempat terbaik yang ada dekat nusa penida. Kalau rajin nak turun bawah boleh cuba. Kena lalu beratus anak tangga jugak la n kalau trek dia mmg curam habis. Tapi pantai dekat bawah dia mmg best of the best. Pasir dia lembut, air biru habis n ombak dia boleh tahan besar
Day 5th
• Boat ke sanur IDR 225k/3person
• Uber sanur ke kuta IDR 100k
• Sewa motor IDR 300k/ 1 bikes for 3 Days
• Waterfall IDR30k/3person
• Tambunan waterfall IDR30k/3 person
• Blansinga Watwrfall IDR30k/3 person
• Motor di sanur IDR 50k/ 1 day
• Hotel nuriani restaurant IDR 600k/2night
• Petrol IDR30K/3bikes
• Duit masuk IDR 30
Total habis untuk hari kelima IDR 1.425M

Note: Dari sanur ke kuta kami naik uber. Then kami cuma sewa 1 motor untuk ke ubud sebab ada sorang member local ada moto. So jimat kos di sana. Dekat ubud member sorang tu ada member minah salleh yg nak join sekali so terpaksa keluar duit 50k untuk sehari. Untuk first day dekat ubud dari satu tempat ke tempat yang lain agak dekat. Dalam sejam macam tu n tempat2 dia pun tak jauh mana dari ubud. Waterfall korang boleh check sendiri dekat maps n boleh pilih mana 1 yang baek.
Day 6th
• Petrol IDR 46k/2bikes
• Sekumpul waterfall IDR30k/3 person
• Makan IDR135K/4person
• Aling aling activity IDR300k
Total habis hari keenam : IDR511k

Untuk hari ke enam agak sedikit mencabar. Kami plan ke aling aling waterfall. Dari ubud kita ke satu pura lupa tempat tu tapi dia dkt tempat golf.untuk gambar mmg lawa. Dari ubud ke sana ambik masa dalam sejam. Teruskan perjalanan ke sekumpul waterfall. Dari pura ke sekumpul dalam 2 jam.sekumpul waterfall mmg tempat paling ngam tempat recommended. 3 waterfall dekat 1 tempat.airnya mmg sejuk luar biasa.dari simpang jalan nak ke sekumpul tu dalam 8-16km mmg jauh. Minyak ready awal2 takut kiot sebab jalan naik turun gunung. Habis tu teruskan ke aling aling. Dari simpang sekumpul tu ke aling aling dalam 46KM. Kematu bontot naik motor boss. And make sure pakai jaket eh takut2 balik malam lalu area tu mmg sejuk. Bgitahu awal2 suhu dkt atas sana 13-15c°. So jalan nak balik tu mmg sejuk. Aling aling salah 1 tempat yg awesome. Aktiviti air dia mmg ngam dkt sana kau nak gelongsor nak lompat semua ada. Ketinggian lompat 5m-15m. Dekat sana kau try adrenaline kau.hahaha. kalau rajin boleh pergi blue lagoon. Kita tak pergi sbb penat sgt dah. Kalau masuk just utk jalan2 bayar IdR10k je tapi tak boleh nak mandi apa semua. Balik tu agak maghrib dan disitulah menggigil sebab sejuk sangat. Dari aling aling ke ubud tu dalam 3-4 jam. So mmg awesome la. Kita berhenti makan dkt area atas gunung sana mmg area islam. Jadi makanan banyak.
Day 7th
• Hotel A residence kuta IDr 417k
Note: Day 7th pagi tu plan nak pergi toya devasha. Antara tempat terbaik dekat area ubud. Tapi memandangkan agak penat kes semalam terus tak jadi. Jadi kita spent time pergi ke tegalalang rice field. Habis photoshoot dkt sana terus ke kuta. Ambik masa dalam sejam and check in hotel dkt A residence. Hotel mmg besar ingatkan utk 3 org je tapi bilik ni boleh muat 6-8 orang sbb dia ada bilik and ruang tamu. Agak pembaziran di sana.hahaha
Day 8th and 9th
Note: tiada pengeluaran berlaku. Kami hanya bersantai di pantai kuta and sekelilingnya. Ikutkan banyak tempat boleh visit. Tapi ni 2nd time dkt bali so area kuta tak visit dah. Antara tempat korg boleh pergi
• Pandawa beach
• Padang-padang beach
• Tanah lot
• Uluwatu
• Tanjung benoa utk diving
Total habis untuk bertiga: 4.267M
Sebenarnya masih ada lagi 1.5M lagi tapi tak dicatat.
termasuk bayaran rasyid guide. Rasyid tu member terbaik yg ada. Dia terima je bayaran kita bagi apa adanya. Paling bagus dia ni jenis straight and mmg takkan makan kau. Apa2 komisen dia dapat bila masuk air terjun semua dia akan bagi balik dekat kita. Dia senang faham apa tujuan sebenarnya kita ke bali and paling penting dia tahu kita ni backpacker.
Kalau kau makan,makan laa dgn dia skali. Payung dia makan. Dia jenis tak ajak makan cafe mahal2 tepi jalan je ayam penyet semua tu. Oh bayaran untuk rasyid kita bagi dalam 1M utk 5 hari kami di area denpasar sebab 2 hari lembongan n 2 hari penida tak ajak dia. 1M tu ikutkan okay la sbb jasa dia mmg banyak. Siap tidur hotel kita lagi sebab kepenatan sangat dia tu. Kalau baik offer la dia tidur skali dgn korang. Dia okay je takkan buat macam2 dkt korang. And kalau korg nak stay dkt rumah dia pun boleh. Kita tk sempat ke rumah dia sbb masa tak banyak. Dia pun ada offer sbb dia ckp save bajet. Rupanya masih ada lagi insan yg berhwti mulia. Kalau tgok dia mmg nk tergelak. Tiap kali kelakar. Hahahah... seriusly dia mmg takkan makan duit korang. Dia terima seadanya tapi memadai la ye. Lagi 500k kami habiskan di sky garden jadi complete bajet kami sebanyak 6Juta untuk bertiga. Kalau ditukar kepada myr sorang dalam 600 something utk 9 hari 8 Malam. Kalau korang nak kurang mungkin boleh kurang 500k utk sky garden tu.hahaha.. kita masuk sbb time tu bass jacker spin..hahahahaha
Kalau siapa2 nak contact rasyid tu boleh DM saya.
Fb Alvien Asrul, Togo markuz, Fariezuan Salihim
Instagram Alvien_Asrul , Toggoo,Ewansalihim
Anyway boleh layan video bali kami dekat youtube.
https://youtu.be/ZpzANiR-dDI
Backpacker Bali Indonesia


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.