Header Ads

Cantiknya Four Seasons Di Pulau Jeju – Selain Seafood Yang ‘Padu’, 6 Tempat Yang Wajib Korang Kena Pergi


Lebih kurang sejam flight dari Seoul, Pulau Jeju sesuai untuk korang kunjungi bila-bila masa dalam empat musim sebab setiap daripadanya tawarkan keindahan berbeza sehingga ia dinobatkan sebagai “7 Wonders of Nature”.

Berfungsi sebagai Wilayah Pentadbiran Khas (Self-Governing Province), pulau Jeju dengan keluasan 1,846 km/persegi merupakan pulau yang terbesar di Korea Selatan dengan tarikan ikonik Gunung Berapi Hallasan.

Ia merupakan destinasi empat musim yang bukan sahaja popular dalam kalangan pelancong tempatan, malah turut menjadi tumpuan pelancong luar negara dek kerana keindahan yang ditawarkan. Keseronokan air terjun yang dingin di Hae-anjidae, hamparan landskap bungan-bungaan bewarna kuning yang indah sewaktu musim bunga, pemandangan indah sewaktu matahari terbenam di laut dan pantai sewaktu musim panas, dedaun Eulalia berterbangan lembut ditiup angin ketika musim luruh dan keindahan bunga yang dilitupi salji di Gunung Hallasan ketika musim sejuk menjelma. 

Musim Bunga Di Jeju
APA YANG BEST DI JEJU?

Gunung Berapi Hallasan – Sesuai untuk pengembara yang gemar mendaki sambil menatap pemandangan indah landskap sekeliling. Sewaktu Musim Sejuk, gunung ini dilitupi salji yang membuatkannya kelihatan seperti di alam fantasi.

Jusangjeoli Cliff – Deretan batu-batu yang terbentuk secara semula jadi daripada larva gunung berapi yang mengeras hingga menjadi batu yang seperti diukir dengan tangan!

Yongmeori Coast – Wajib pergi! Laluan jejambat tepi laut dengan tebing-tebing tinggi berhampiran Gunung Sanbangsan. Juga pemandangan cantik corak batu unik akibat hakisan dari air laut sejak berjuta tahun dahulu. Paling best, boleh tengok penyelam wanita (Haenyo) menyelam untuk menangkap hasil-hasil laut yang segar!

Pantai Gimnyeong & Woljeong – Melalui kawasan pantai Gimyeong memang mengasyikkan. Air laut yang membiru dan pasir memutih di samping batu-batu larva yang membeku. Deretan kincir angin melengkapkan pemandangan menakjubkan di sini. Pantai Woljeong pula jadi tumpuan ramai kerana terdapat banyak kedai-kedai serbaneka – sesuai untuk anda yang mahukan suasana ‘happening’.

Seongsang Ilchulbong – Digelar Sunrise Peak, sesuai untuk menyaksikan keindahan matahari terbit. Pengunjung perlu menaiki tangga setinggi 180 meter – pemandangan setelah tiba di puncak memang berbaloi!

Seopjikoji – Tanjung dengan rumah api ikonik yang menjadi lokasi penggambaran drama-drama Korea termasuk siri realiti Running Man. Berjalan merentasi rumah api sambil menyaksikan keindahan air laut di sebelah bawah tanjung. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Musim Luruh Di Jeju
NAK MAKAN PUN SENANG

Budaya makanan Jeju telah mencerminkan geografi serta persekitarannya yang cukup unik. Bermula dari hidangan India halal yang sinonim, kelazatan makanan laut yang cukup segar, hinggalah sajian masakan tempatan. Jom kita lihat apa yang boleh anda cuba di sini:

1) Bagdad
 Ia adalah restoran masakan halal India pertama yang dibuka di Pulau Jeju. Disahkan oleh Islamic Center of Jeju, Bagdad merupakan salah satu tempat makan paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pengemabra Muslim. Antara hidangan wajib cuba adalah Ayam Tandoori, Samosa, Kebab Ayam Tangri dan Aloo Gobi.

2) Bada Janchi
Restoran Bada Janchi khusus dalam penyediaan makanan laut, terutama ikan. Ia hanya menggunakan bahan dan ramuan semula jadi Korea untuk memastikan sajiannya sentiasa segar. Pengunjung Muslim boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan ikan seperti panggangan, bubur, rebus dan sebagainya. Di samping sajian halal, restoran ini turut menyediakan bilik solat.

3) Mulmegol (temple food)
Restoran ini menjadi sangat popular selepas disiarkan di TV tempatan sebagai restoran yang ‘jujur’. Mulmegol menyajikan variasi hidangan sampingan bagi penggemar vegetarian seperti lotus leaf rice yang dikenali sebagai Yeoipbap, dan Perilla Seed Sujebi. Selain itu, anda boleh cuba makanan vegetarian yang lain antaranya pancakes, tofu, rice wrapped cookies dan kimchi.

 JEJU

4) Tamrabadang
Restoran khusus bagi masakan tempatan Jeju yang sangat lazat. Anda boleh mencuba ikan mentah segar seperti Damselfish, Tilefish, Abalone, Cutlass fish dan sup ikan pedas yang dikenali sebagai Haemultang. Tamrabadang juga menyajikan pemandangan laut yang cantik dan menenangkan.

5) Seopji Haenyeouijip (Makanan Laut)
Restoran ini terkenal di Jeju untuk sajian bubur nasi dengan abalone dan merupakan salah satu hidangan kegemaran pelancong di sini. Selain itu, menu lazat lain adalah ‘Gengi Juk’ - bubur nasi yang dicampur dengan isi ketam yang dicincang.

Ada Juga Makanan Halal

TEMPAT SOLAT
Ada banyak hotel-hotel mesra Muslim di Jeju yang menyediakan arah kiblat dan sejadah buat tetamu Muslim. Anda hanya perlu request sahaja. Antara hotel-hotel tersebut adalah Hotel Jeju Palace, Seogwipo KAL, Jeju KAL dan Hyatt Residency Jeju. Selain itu, ada juga ruang solat disediakan di beberapa lokasi tertentu iaitu:

1. Jeju Autohouse, Lotte Rent-a-acar
Alamat: 855 Yongdam – 2dong, Jeju-si, Jeju-do, 92, Yonghae-ro, Jeju-si, Jeju-do, Korea (Tak perlu sewa kereta untuk solat di sini)

2. Play Kpop
Alamat: 15 Jungmun Gwangwang-ro, 110 beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do.

3. Bagdad Cafe & Restaurants
Alamat: 38 Seogwang-ro 32-gil, Idoi-dong, Cheju, Jeju-do

Musim Panas Di Jeju
Banyak lagi tarikan menarik yang ada di Pulau Jeju yang boleh dikunjungi tanpa mengira musim. Untuk informasi lanjut, korang boleh kunjungi pejabat Korea Tourism Organization (KTO) di Korea Plaza, Kuala Lumpur atau layari www.visitjeju.net

Musim Sejuk Di Jeju


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.