Header Ads

Terlupa Nak Bayar Zakat Fitrah? Bayar Secara Online Pun Boleh


Situasi ni pernah jadi pada saya. Waktu tu saya dalam perjalanan ke London untuk pulang berhari raya di sana bersama anak yang sedang menyambung pengajian di sana. 

Tengah tunggu ketibaan pesawat di depature hall, saya pun tanya beberapa perkara pada isteri, "Yang insurance travel dah beli kan? Dah jawab si isteri. 

Tiba-tiba ternampak seorang brader yang sedang belek surat khabar. Terpampang... Sudahkah anda membayar zakat fitrah? Allah sungguh saya lupa. Punya nak tunggu last minit. Last-last terlupa.



Nak cari amil kat London tentu jadi misi mustahil sebab saya sampai di pagi raya. So saya pun search bayar zakat secara online di phone. Alhamdulillah. PPZ MAIWP ada sediakan perkhidmatan bayaran zakat secara online. Fuhh..terus saya buat online transfer. 5 minit. Setel....

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah wajib dibayar. Tak mahal, hanya RM7 setahun untuk seorang bagi kebanyakan negeri di Malaysia.

Kos Zakat Fitrah: RM7


Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Buat kaki travel macam kita, wajib bayar zakat. Dengan erti kata lain, kalau dah mampu travel tu, takkan bayar zakat pun tak mampu?



Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.




Bayaran boleh dibuat melalui FPX atau Kad Kredit/Debit melalui link di sini: 

https://www.zakat2u.com.my/bayar-zakat



Sesuai dengan tagline PPZ MAIWP, "Memudahkan anda berzakat." Mudahkan? 



Selain zakat fitrah, para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan KWSP, saham dan emas. Nak bayar fidyah pun boleh. 

PPZ-MAIWP bertanggungjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala Baitulmal-MAIWP bertanggungjawab bagi pengagihan zakat.


Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.zakat.com, talian Zakat 1-300-88-5757 atau Facebook PPZ-MAIWP www.facebook/myzakat bagi mendapatkan maklumat berhubung zakat.





Buat kaki travel, tentu ia memudahkan kita untuk melaksanakan kewajipan zakat tidak kira di mana jua kita berada.





Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.