Header Ads

Itinerari 4 Hari 3 Malam Backpacking Copenhagen Denmark


Ini adalah itinerari dan bajet saya sendiri travel solo ke Copenhagen bulan lepas. Bagi penginapan,ia adalah percuma kerana saya menggunakan Couchsurfing. Saya cuma berkongsi cara travel saya. Banyak benda percuma anda boleh lakukan disini. Jika anda suka melancong ke bandar dan tenang disini lah tempatnya!

DAY 1
📌 From CPH Airport-Osterbro by train : 36DKK
📌Set Chicken Kebab+fries with soft drink : 74DKK
📌 Shop for food at mini market : 75DKK
📌Osterbro town self-tour
Total : 185DKK (RM120)
DAY 2
📌Rent bicycle with helmet (24hrs) : 80DKK
📌Soft drink : 25DKK
📌Makanan makan yang beli semalam dekat mini market
📌Hard Rock Cafe Copenhagen
📌Nyhavn Building
📌Christianborg Palace
📌Amalienborg Slot
📌Christiana Free Town
📌Vor Frelsers Kirke
📌Castle Island
Total : 105DKK (RM68)
DAY 3
📌Beef Kebab+fries with soft drink : 85DKK
📌Ole-ole Fridge magnet and postcard : 155DKK
📌Baju Denmark 3 pieces : 305DKK
📌FREE COPENHAGEN TOUR (best gila yang ni! Join group tourist setiap hari pukul 3 petang depan town hall)
📌FREE BICYCLE RENT (yang ni sesetengah kawasan sahaja dapat free bike)
📌The little Mermaid
📌Tivoli Garden
📌Opera House
📌The Citadel
📌Amalienborg
📌Copenhagen street food market
📌Magasin du Nord ( Shopping mall ni jangan lupa pi. Bawah ada free food tester. Kenyang gila semua sis cuba-vegetarian)
Total : 545DKK (RM353)
DAY 4
📌Taxi from Naestvedgade to CPH Airport : 252DKK
📌Large coke : 32DKK
📌 Taking flight from Copenhagen to Bangkok. (11hours)
Total :284DKK (RM184)
Jumlah keseluruhan : 1119DKK (RM725) ground tidak termasuk tiket penerbangan.
Info:
📍Jika anda merancang ke Copenhagen jangan lupa pergi Malmo,Sweden. Hanya 30minit sahaja by train dari CPH Airport. Rasa rugi tak sempat haritu! Kalau tidak boleh cover 2 negara.
📍Ole-ole disini sangatlah mahal. Jadi kalau kawan nak kirim pastikan bukan kirim air liur sahaja. Fridge magnet 1 piece pun dah RM35😭
📍Makanan di negara Scandic memang mahal berbanding di UK. So kalau jenis food hunting memang kena bawak duit banyak.
📍Lebih mudah sekiranya anda menggunakan kad kredit/debit sahaja untuk segala jenis bayaran. Kalau cash nanti pening nak convert currency. Saya ada cash £ tapi tak guna pun sebab bila convert,guna kad lebih berbaloi.
📍Rugilah sekiranya datang ke sini tak berbasikal. Majoriti rakyat Danish dan pelancong menggunakan basikal. Jimat pun jimat berbanding train dan bas.
📍Jika anda peminat muzium,di sini terdapat 79 buah muzium untuk dilawati! Beli Copenhagen Card dan anda akan dapat masuk ke semua muzium dan unlimited bus+train ride. 24hours card adalah RM260. Saya tak beli sebab nak jimat.
📍Hati-hati ketika melintas. Anda mungkin tidak dilanggar kereta tetapi basikal.
Aplikasi:
MAPS.ME sangat membantu anda untuk navigate route tanpa menggunakan internet!
HotelsCombined juga membantu anda untuk perbandingan harga hotel dari semua aplikasi seperti Booking.com dan Agoda. Jangan lupa download!
JUST EAT untuk makanan halal.
Okay itu sahaja perkongsian saya buat trip ke Copenhagen. Bandar yang paling tenang pernah saya lawati berbanding London. Harap bermanfaat dan sebarang persoalan boleh komen atau PM saya. 

Penulis: Effa Asyifa































😊

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.