Header Ads

Semua Orang Boleh ‘Terbang’ Seperti Burung Untuk Melihat Dunia


Seperti kisah sebelum ini, saya ada menceritakan yang saya sudah mula menggunakan dron bersiri Phantom 3 sebagai medium untuk saya melihat dunia dengan lebih luas lagi.
Sejak memiliki dron, saya gunakan backpack khas untuk menyimpan peralatan-peralatan dron seperti charger, Ipad, serta dron saya sendiri. Sementara backpack yang satu lagi saya gunakan untuk meletak pakaian dan toiletress sendiri. Apabila sudah mula menggunakan dua backpack, agak sukar juga untuk saya bergerak ke destinasi lagi-lagi apabila menggunakan pengangkutan awam.
Pada mulanya, susah juga saya untuk check peralatan jika berada di dalam bas. Jadi saya akan letak beg yang berisi Ddron di atas paha saya bagi mengelakkan ianya rosak atau pecah akibat terjatuh. Lagi-lagi bas yang memakan masa 10 jam ke sesuatu destinasi.
Ia juga adalah salah satu pengalaman yang sukar apabila seseorang pengguna itu juga harus teliti menjaga dron apabila tidak digunakan.
KETAHUI KAWASAN LARANGAN
Kini, penggunaan dron di beberapa negara semakin ketat. Ada sesetengah tempat yang menjadi tapak warisan dunia melarang keras dan mengharamkan penangkapan gambar ataupun Drone sekalipun. Jadi agak ‘leceh’ di situ. Kebanyakan negara sudah mula melarang urusan mengimport drone tanpa kebenaran. Tip saya di sini, jika pergi travel ke sesuatu tempat, pastikan dulu peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara.
Jika sesuatu tempat itu tidak menetapkan peraturan sebegitu, bermakna anda bebas untuk berkarya di dalam gambar serta drone anda. Kalau anda ingin menggunakan drone di bandar, pastikan anda beri perhatian yang lebih ketika mengawal ia agar tidak terlanggar dengan mana-mana tempat. Secara peribadi, saya suka menggunakan dron di kawasan yang lebih banyak flora dan fauna kerana ianya sangat tenang, luas dan tidak sesak – menjadikan saya lebih selesa untuk menggunakannya. Malah bila merakam alam semula jadi, pemandangan yang dirakam juga sangat cantik.

Selain itu, anda juga harus berhati-hati dengan pencuri serta scammers walau di mana sahaja anda berada. Perasaan curiga itu harus ada untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku. Perlu sentiasa berhati-hati dan jaga barang-barang berharga. Semasa menggunakan dron, memang saya banyak tumpukan perhatian terhadap alat kawalan serta dron itu sebabnya saya berseorangan ketika travel. Jadi, memang perlu lebih berhati-hati dan wajib menitikberatkan juga keselamatan diri daripada orang-orang yang cuba mengambil peluang.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.