Header Ads

Travel Yogyajakarta Bawa Aku Jejaki Punthuk Setumbu



4D3N Yogyajakarta Tour (1 - 4 March 2017) - Sofie Nur

Setelah hampir setahun tidak mengeluarkan diri dari Bumi Malaysia, serta agak mendukacitakan apabila melihat passport kosong je, tak macam dulu-dulu, Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya dan partner saya yang tidak mahu dikenali berkesempatan untuk meneroka bumi Yogyajakarta atau di kenali sebagai "Jogja" yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia selama 4 hari 3 malam (1 - 4 Mac 2017). 

Perancangan untuk ke Jogja hanyalah dibuat sebulan sebelumnya, pada asalnya, kami tidak pasti nak bercuti ke mana, pelbagai destinasi bermain dalam fikiran, tapi takdir telah membawa kami berdua ke Jogja. 

Disebabkan perancangan agak last minute, maka, harga tiket penerbangan pun agak mahal sedikit. Tempat penginapan pun hanyalah di booked dan di bayar beberapa hari sebelum berlepas ke Jogja via online di Booking.com. Kami menginap di Zest Hotel yang terletak di Jalan Gajah Mada.

Sebenarnya tiada proper plan untuk kemana dan kemana di Jogja tapi idea untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Jogja sudah ada di dalam fikiran setelah research di buat dalam masa sebulan sebelum ke sana. 

Untuk hari pertama dan hari ke-4, kami hanya berjalan dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Jogja sahaja, mode of transportation pula adalah dengan berjalan kaki dan menaiki beca bila dah tak mampu nak berjalan. 

Kami menyewa kereta bersama supir/driver dari syarikat Trip Javanesia untuk 2 hari (2nd & 3rd day), dan alhamdulillah, kami mendapat supir yang super duper awesome - Mas Jitho. Dengan menggunakan khidmat Trip Javanesia ni, kita hanya perlu memberitahu kita mahu kemana dan kemana, dan mereka akan merancang perjalanan untuk kita, mudah kan? Lagi satu, kebanyakan travel agency menawarkan pakej sewa kereta berserta driver untuk tempoh 12 jam sehari sahaja tapi tidak dengan Trip Javanesia ni, mereka menawarkan pakej sewaan untuk sehari suntuk, harga pakej pun lebih kurang sama je (IDR500,000/day), memang super berbaloi la kiranya sebab kita boleh melawat dan meneroka sesuatu tempat tu with our own sweet time. 

=================================
ITINERARY 4D3N YOGYAKARTA, INDONESIA
=================================

*Info-info lanjut ada pada setiap gambar

------
DAY 1
------
Arrived in Yogyakarta
Check-in hotel 
Malioboro Street
Museum Benteng Vredeburg
Taman Sari 

*terpaksa pulang awal ke hotel dek hujan yang tersangat lebat di hari pertama di Jogja*

------
DAY 2
------
Gunung Merapi
Hutan Pinus
Timang Beach/Island 
Bukit Bintang

------
DAY 3
------
Punthuk Setumbu
Gereja Ayam
Rumah Kamera Magelang/Borobudur
Candi Borobudur
Kalibiru
Pantai Parangtritis
Alun-alun Kidul

------
DAY 4
------
Malioboro Street
Tugu Jogja
Kraton (Sultan's Palace)
Check-out hotel 
Departed for Kuala Lumpur 

Itulah basic itinerary kami sepanjang berada di Yogyakarta yang dapat saya kongsikan. 

Powercat The Meow Fun Run 2017
Daftar di sini: https://www.ihevents.com/collections/powercat-the-meow-fun-run


=============
BUDGET & COST
=============

Currency exchange semasa trip ni, 
Indonesian Rupiah, IDR1,000,000
= Malaysian Ringgit, RM335.00

Car Rental & Driver : IDR500,000/pax 
Airport taxi : IDR65,000/pax
Transport in town (Beca) : IDR60,000
Merapi Jeep Lava Tour : IDR175,000/pax 
Hutan Pinus : IDR2,000/pax
Gondola rides at Timang Beach : IDR200,000/pax
Punthuk Setumbu : IDR30,000/pax
Gereja Ayam : IDR25,000/pax
Candi Borobudur : IDR260,000/pax
Kalibiru : IDR5,000/pax (entrance fee), IDR15,000/photo spot/pax 
Pantai Parangitis : IDR4,000/pax
Alun-alun Kidul : IDR20,000/pax
Sultan's Palace : IDR15,000/pax
Simcard : IDR35,000/pax
Tips : IDR150,000/pax
Souvenir : IDR150,000/pax
Makan/Minum/Snacks : IDR507,000/pax
Traditional Massage : IDR225,000/pax
Others : IDR57,000/pax
--------------------------------------------
TOTAL : IDR2,500,000 = RM837.50 per pax
--------------------------------------------

Return Flight Ticket (KUL-JOG-KUL) : RM420.00/pax
Accommodation : RM150.00/pax (for 3 nights)

========================
GRAND TOTAL : RM1407.50/pax
========================

Sebenarnya terlalu banyak tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Yogyakarta, tapi memang agak mustahil untuk pergi ke semuanya dalam masa 4 hari. Lagipun untuk ke satu-satu tempat, akan mengambil masa 1 - 2 jam perjalanan, bergantung kepada keadaan lalu lintas dan jarak antara tempat. 

Kalau ada yang merancang untuk ke Yogyakarta dan mahu menyewa kereta & driver, saya sarankan untuk menggunakan khidmat Trip Javanesia ni, dan kalau boleh, request sekali driver Mas Jitho, memang tak menghampakan. 
Contact info :
Facebook : https://www.facebook.com/javanesia.trip
Mobile No. : +62 821-3655-8855

Sebelum ini, kalau nak keluar dari Yogyakarta, akan dikenakan tax di airport, harganya dalam IDR100,000/pax tapi waktu saya travel ni, tax ini telah dimansuhkan, tak pasti untuk selamanya atau hanya untuk sementara sahaja. Walaubagaimanapun, saya ternampak notis banner di airport yang menyatakan bahawa mulai 1 Januari 2017, tax telah dinaikkan ke IDR150,000/pax tapi menurut staff di sana, ianya masih belum lagi dilaksanakan kerana masih dalam pemansuhan. Jadi, jika ada yang mahu ke Jogja di masa akan datang, bolehlah membuat research dulu berkenaan perlaksanaan tax di airport tersebut.

Apa-apa pun, trip ke Jogja kali ni memang memberi seribu satu pengalaman yang sangat berharga, apatah lagi dengan saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia 🇮🇩 yang memang terkenal dengan pelbagai etnik dan budaya serta pelbagai tempat yang menarik yang boleh di lawati dan di terokai. Terima kasih kepada partner saya yang super duper awesome and wonderful, love ya! 

More to come, InsyaAllah. 

Till then, 
KEEP CALM
and 
LET'S TRAVEL THE WORLD!

#Yogyakarta #Jogja #Indonesia #GunungMerapi #TimangBeach #HutanPinus #KaliBiru #PunthukSetumbu #CandiBorobudur #GerejaAyam #PantaiParangtritis #AlunAlunKidul #MalioboroStreet #TuguJogja #Kraton #TamanSari














Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.