Header Ads

Musim Bunga - Waktu Yang Ideal Untuk Pengembaraan Anda Bersama Apple Muslim Holiday!


Masa yang dianggap paling indah di negara 4 musim. Kombinasi warna yang pastinya membangkitkan keceriaan menjadi dambaian setiap pelancong yang inginkan suasana percutian yang dipenuhi bunga bungaan.

Cherry Blossom

Sakura Hanami

Sakura atau hanami sinomim dengan Jepun. Pesta bunga ceri ini berlangsung setiap tahun bermula dari hujung bulan March hingga awal bulan April. Bukan sahaja Jepun, negara 4 musim lain sebenarnya juga mempunyai bunga ceri. Namun oleh kerana ianya terkenal serta diperkenalkan sebagai satu pesta di Jepun maka inilah masa yang selalunya menjadi tarikan utama untuk melawat negara matahari terbit ini.

Tulip

Sebut sahaja tulip apa yang terlintas di fikiran kita sudah pasti negara Belanda menjadi padanan nya. Dengan jadual tahunan di Keukenhof setiap bulan April hingga awal May, Belanda menjadi pusat lawatan paling sibuk pada musim ini.

Tulip

Namun, tahukan anda, tulip sebenarnya berasal dari Turkey. Jadi selain Belanda, Turkey juga pasti menjanjikan keistimewaan nya tersendiri. Jika Keukenhof di Belanda menjadi tarikan utama, Gulhane Park di Istanbul juga tidak kurang hebatnya. Begitu juga pesta tulip di taman tema Everland Korea Selatan yang diraikan pada awal bulan April setiap tahun.

Lavender

Lavender, bunga purple dari keluarga mint ini pula terkemuka di Hokkaido Jepun. Penanaman secara besar besaran di ladang Tomita Furano ini amat popular pada hujung Jun hingga Julai setiap tahun.

Lavender

Pengalaman inilah yang ingin Apple Muslim Holiday kongsi bersama pelanggan disamping menawarkan pakej pelancongan berpatutan serta bersesuaian dengan musimnya.

Selain menikmati keindahan alam nya anda pasti berpeluang untuk mendalami sendiri masyarakat setempat yang tentunya berlainan dari segi budaya serta kehidupan harian mereka. Aturcara lawatan yang telah digarab sebaik mungkin pasti bersesuaian untuk pilihan anda.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.