Header Ads

Cebu 6 Hari Dengan Bajet Bawah RM1000


Cebu Philippines 🇵🇭
6Hari 3Org Rm910x3 Rm2,730

Day1
Flight Kl-Cebu 11.20am-3.30pm
Dari airport ke city 30min by white taxi Rm30, Checkin hotel 1night 150rm so satu kepala rm50, hotel notbad ah wifi laju apa semua. Dekat dgn mall n city..

Day2
Cebu city-oslob
Kitaorg checkout dari hotel 3AM, and terus ke soul bus 🚌 terminal. Hotel ke bus terminal jln kaki sbb dekat sgt. Ticket bus Rm18 sorg, dpt bus aircon. Perjalanan cebu city ke oslob 3jam.. First activity kat oslob is whale shark 🦈 (Wktu operasi 7Am-12Pm) so kena awal. And bayaran whale shark Rm90 utk 30min.. Selesai whale shark, kitaorg cari driver motor utk ke (aguinid falls,tumalog falls,hidden falls) 3tmpt ni free but msa nak masuk 3tmpt ni kena ada guide, so byar guide tu personal tk kesah brapa. and kena cari driver motor. Nasib la dpt murah ke mahal. Lucky nya kitaorg dpt 2 motor Rm130 je hehe. So setiap port driver drop, diaorg akan tunggu sampi la kau puas mandi, and go to the next trip. Settle tu semua, kitaorg checkin area whaleshark tu balik. Sbb ada pool, kedai makan n wifi laju so mmg port hotel tu sangat cool. 1night 3kepala Rm130...

Day3
Oslob-Moalboal
Kitaorg checkout Hotel 3AM, and tunggu bas dpan hotel. Bas cuma 1 setiap 1jam. Masa perjalanan 3jam jgk. Dari oslob ke moalboal and kena tukar bas ke Badian. Fare total rm16 satu kepala. Sampai je Badian first activity kitaorg Canyoneering 🌅 Pergh weh Canyoneering la paling syaduu weiii.. So Kitaorg ada mmber guide yg paling friendly and harga murah gile dia bagi huhu. RM136 satu kepala including (Helmt,life jacket, kasut, Makan and Transport) John Lucero satu Badian tu knl dia. Canyoneering ni kena hiking sikit mkn masa 20min jgk la. Settle hiking, nahhhhh!!! Air semua kaler biru. Aku nak cerita ko tgk la sendiri video mcm mne pergi die. So dari atas 📍smpi la ke kawasan falls dia guide. Before sampai ke kawasan fall kena stop kejap utk makan. Port dia mcm bar, tapi bar dalam hutan haha. Makanan totally tk halal, tapi aku jenis sental je, lagi 2org geng tk mkn pun haha. Kalau tknak makan better bgtau awl2 kt guide sbb nanti dah hidang tk makan kena mrah huhu. Sbb tu aku jaga hati aku makan je 😬 Settle makan, turun ke kawasanfalls. Pergh kawasan fall lagi la syaduuuu emmmm. Bayaran cuma Rm7 je naik bambooboat utk rasakan massage air terjun😌. "P/s korg kena cari guide betul2 punya, kalau dpt yg noob dorg akan bwk jln shortcut so tkdpt merasa semua tmpt".
Settle la Canyoneering, kitorg checkin hotel area moalboal. Harga 2night Rm215 3kepale, dekat dgn town, mall, mcd halal dan wifi laju. Checkin kul 3PM, so rehat kjp bangun pagi tadi letih emmm. Hehe mlm pusing town, pergh nightlife kt moalboal mmg kaw2, club dia semua mmg 💯 👌🏻 😌 so lelaki faham2 jelah en hahahah.

Day4
Pescador Island 🌴
Dari hotel ke pescador island dekat je, so boleh naik motor mcm tuktuk Harga Rm10. Activity kt pescador dive meet sardine and finding turtle 🐢 Bayaran utk sekepale Rm50 including boat semua. So selam la ko sampai puas. Settle tu kitaorg igt nak ke Osmena Peak 🏔⛰, tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan 😔 so tkpe kitorg tunggu nextday.. And malam mcm biasa nightlife kt cilibar santai jalan2 pusing town..


Day5

Checkout hotel 9Am, and nk pergi ke osmena peak, tapi ramai org sana and guide kitorg sendiri ckp better jgn pergi sbb cuaca tak berapa ok. And kitorg rasa hampa gila. Sebab osmena peak mmg cantik gila, rugi kalau tk pergi doo!! So endup ambik bas balik ke cebu city 😔 Sampai je cebucity checkin hotel, Rm140 3kepala. Hotel dkt dgn airport n ayala mall. Ayala mall sebjik mcm pavillion KL and town dia sebijik mcm Changkat KL So pusing2 jela town cari souvenir utk bwk balik. And lastday enjoy santai habis.

Lastday
Checkout hotel 4Am and terus ke airport naik taxi Rm10 1kepala.. Penting korg kena standby Rm75 utk airport tax.. Cebu-KL 7:20Am-11.10Am

Ini la Itinerary Cebu 🇵🇭 kitaorg 6Hari.
Sorry nama hotel klupa, and kalau nak no contact guide boleh la pm saya di facebook Togo Markuz. Thanks 🙏🏼



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.