Header Ads

4 Negara Ni Punya Hidupan Paling Unik di Dunia


Motif utama korang nak mengembara apa? Setiap orang mempunyai pandang yang berbeza dalam tujuan kembara masing-masing. Ada yang nak tengok negara orang. Ada yang nak tengok budaya dan cara hidup masyarakat di sesuatu tempat. Ada jugak yang nak tengok hidupan-hidupan lain yang tak pernah dilihat di Malaysia. Jadi, jom tengok negara-negara yang mempunyai haiwan-haiwan terunik di dunia.

Aye-aye
Haiwan ini adalah haiwan yang hanya dijumpai di pulau Madagascar. Aye-aye adalah haiwan yang dikaitkan dengan chipanzi, beruk dan manusia. Spesies ini mempunyai satu jari tengah yang runcing, panjang dan tajam. Jari ini berfungsi untuk membuka buah-buahan, memburu ulat-ulat di celah-celah kayu dan menjadi senjata mereka. Aye-aye lebih gemar menghabiskan masa di atas pokok dan kawasan yang rimbun dengan daun. Haiwan ini merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Jadi kalau korang nak lihat spesies ni, boleh la ke pulau Madagascar.

Aye-aye 
sumber - https-::www.youtube.com:watch?v=jHs5POy8-8Y.jpg


Maned Wolf
Sekali tengok macam musang biasa, sebab serigala maned ni kalau dilihat sama seperti musang merah. Tapi, cuba korang tengok bahagian kaki Maned Wolf yang pada awalnya dijumpai di Amerika Selatan ni.. Panjang daripada selalu. Kalau dilihat, spesies maned merupakan haiwan yang besar berbanding haiwan canid yang lain. Maned ni mempunyai bau tersendiri, kalau spesies ni dah mula tandakan kawasan jajahan mereka dengan menggunakan air kencing mereka.. Maned memburu bersendirian, biasanya antara matahari terbenam dan tengah malam. Waktu mengawan Maned adalah sekitar bulan November hingga April, dan waktu yang di ambil oleh Maned betina untuk melahirkan adalah sekitar 60 hingga 65 hari. Spesies ini makan semua jenis makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

manedwolf 
sumber - https-::nationalzoo.si.edu.jp


Jerboa
Kalau korang tengok, spesies ni seperti arnab dan tikus.. Cuma Jerboa ini lebih unik dan pelik dengan kaki yang panjang. Haiwan ini boleh dijumpai di Afrika Utara, utrara China dan Manchuria. Kebanyakan spesies Jerboa mempunyai pendengaran yang sangat baik, yang digunakan untuk mengelak diri mereka menjadi mangsa pemangsa, pada waktu malam. Jangka hayat Jerboa adalah sekitar enam tahun. Jerboa ni boleh bergerak pantas sehingga 24kilometer sejam.. Nampak kecik, tapi laju... Jerboa ni juga aktif pada waktu malam dan duduk bersembunyi dari panas di dalam lubang. Puteri lilin juga spesies ni kan..

jerboa 
sumber - https-::www.fromthegrapevine.com.jpg


Euspinolia militaris

Mesti berbelit lidah korang nak sebut nama semut ni kan... Spesies semut yang mula dijumpai Pantai Cile ini jika dilihat pada warnanya, boleh juga dipanggil sebagai semut panda. Untuk korang yang mempunyai minat dengan lensa micro, semuat panda ni boleh jadi subjek yang cantik untuk korang gambarkan. Tapi jangan pegang pula semut panda ni, gigitannya boleh membahayakan dan semut panda aktif selepas matahari tenggelam. 

semut panda 
sumber - https-::www.youtube.com:watch?v=ZKX_1YpBGTs.jpg

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.