Header Ads

Yogyakarta - 6 Spot Ini Wajib Untuk Korang Tahu!


Semestinya korang sudah kenal sangat dengan nama tempat ini. Mana tidaknya, Jogjakarta merupakan salah satu pilihan destinasi percutian, bagi semua pelancong dari luar. Untuk berjinak-jinak dalam dunia travel, destinasi ini merupakan satu tempat yang wajib korang kunjungi. Selain Candi Borobudur, Ratu Boko, Prambanan, Taman Sari, yang sememangnya terkenal dikalangan pelancong, jom tengok antara 6 istimewa lain di Yogyakarta yang akan buat korang datang ke sini lagi.




Pawai Budaya
Yogyakarta yang sememangnya kaya dengan seni kraf tradisional dan seni persembahan pasti akan membuatkan anda teruja dengan nilai-nilai estetika yang disampaikan dalam setiap karya seni mereka. Hari Pawai Budaya merupakan salah satu acara yang pasti membuatkan pencinta seni dan budaya jatuh cinta dengan acara ini. Pada hari ini, acara yang berlangsung akan mengikut tema yang telah ditetapkan dan akan di sertai oleh seluruh Indonesia. Pada acara yang berlangsung pada 7 October 2016, ianya telah bertemakan Wayang Jogja Night Carnivaldan telah disertai oleh 1200 orang peserta dari 14 daerah berhampiran. Acara yang bermula seawal 6.30 petang ini akan memulakan acara dari Jalan Jenderal Soedirman-Tugu dan berakhir di Jalan Margo Utomo atau Jalan Mangkubumi. Acara ini merupakan Hari Ulang Tahun Jogja yang ke-260 tahun. Sepanjang jalan Tugu ke jalan Mangkubumi, semua aktivis seni ini akan membuat persembahan yang pastinya akan memukau. Korang yang terlepas acara tahun ini, pastikan tahun hadapan, Pawai Budaya menjadi salah satu sebab utama korang ke Yogyakarta.





Off Road Lava Tour Merapi
Korang yang sukakan sesuatu yang mencabar, off road lava tour Merapi merupakan salah satu aktiviti yang kena cuba! Bayangkan korang akan dibawa ke kawasan gunung Merapi. Di sini korang akan dibawa menaiki jeep yang hanya muat untuk empat orang. Korang akan dibawa melawat ke kawasan-kawasan yang masih ada, hasil peristiwa letusan gunung Merapi ini. Untuk ke sini, korang pastikan perut kosong, bagi mengelakkan muntah. Laluan sepanjang tour ini adalah berbatu, 'senaman' satu badan pasti berlaku semasa perjalanan korang nanti. Semestinya! Perjalanan ini pasti menjadikan percutian korang lebih menarik dengan penerokaan kawasan ini.

Gondola Pantai Timang
Pantai Timang merupakan pantai yang bersempadan antara laut dan daratan, terletak di Gunungkidul. Pantai ini merupakan pantai yang terkenal di Jogjakarta kerana struktur pasir pantainya yang berwarna putih. Jangan tak tahu, di pantai ni bukan semata-mata hanya pantai dan aktiviti air semata, korang yang ke sini kena cari gondola! Gondola terletak di pulau Timang. Gondola adalah satu 'kenderaan' yang dibuat sendiri oleh masyarakat setempat yang menghubungkan daratan ke pulau kecil bebatu. Bahan utama membuat gondola adalah kayu dan tali. Sesiapa sahaja yang menaiki gondola akan ditarik untuk keseberang, dan suasana ketika perjalanan korang tu pastinya memukau, kerana deruan ombak deras dan air laut yang biru akan menemani perjalanan korang. Seronok weyh! Gondola di kendali secara tradisional dengan menggunakan tenaga manusia tanpa menggunakan mesin atau alat eletronik lain. Rare kan! Pastikan korang cabar diri untuk naik gondola ni. Bayaran untuk menaiki gondola sekitar RM50 sehingga RM90. Sangat berbaloi.





'Cahaya Syurga' Gua Jomblang
Pastinya kaki kamera akan memburu cahaya syurga ini. Tapi, untuk sampai ke cahaya syurga, korang mesti mematuhi beberapa arahan dan tunjuk ajar dari orang yang bertugas sebelum memulakan aktiviti caving ini. Korang akan dibawa meneruni kawasan yang berkedalaman 40 hingga 80 meter menggunakan single rope technique(SRT), sebelum berjumpa dengan pintu masuk gua yang akan membawa korang kepada cahaya syurga. Terjadinya cahaya syurga ini adalah dari atas permukaan gua yang terbuka, dan cahaya dari hutan yang ada pada bahagian atas gua ini, menjadikan biasan cahaya yang terjadi dalam gua ini benar-benar menakjubkan. Bayaran yang dikenakan untuk caving di sini sekitar RM150 lengkap dengan peralatan SRT dan seorang guide yang berpengalaman. Harga untuk memburu cahaya syurga pastinya berbaloi dengan gambar dan pengalaman yang korang akan bawa balik nanti.




Pasar Malam Perayaan Sekaten (PMPS)
Pada korang yang baru tahu mengenai PMPS ni, meh sini nak cerita. PMPS merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan pada tahun baru Hijrah. Maknanya perayaan ni akan dijalankan dalam bulan Oktober, November atau Disember. PMPS selalunya dinanti-nanti oleh semua pelancong, tidak kira dari dalam negara atau negeri, kerana pada hari ini terdapat banyak hiburan yang akan disajikan kepada pengunjung. Kalau di Malaysia PMPS boleh digambarkan sebagai funfair.  Tapi semestinya PMPS lebih gah jauh bezanya dari funfair. Nak tahu macam mana rasanya perayaan ini, pastikan korang tak lepaskan peluang merasai suasana di PMPS ini kalau ke Yogyakarta.

Pementasan Sendratari Sugriwa Subali
Pada peminat-peminat seni pementasan, karya Sendratari Sugriwa Subali ni merupakan salah satu masterpiece Ramayana yang akan menjadi salah satu pementasan contoh yang akan menarik minat semua yang menonton. Pementasan yang dijalankan di kawasan gua Kiskendo, mengambil masa 38kilometer dari bandar Yogyakarta. Pementasan ini berkisarkan tentang dua bersaudara yang ditugaskan untuk menyelamatkan seorang puteri yang ditangkap, dan akhirnya dua bersaudara ini bersengketa kerana salah faham. Dipercayai pementasan ini dijalankan di gua Kiskendo bertujuan untuk mengambil 'feel' dari kisah sebenarnya. Mesti rare ni! Pastikan korang tak terlepas peluang menonton pementasan ini. Bayaran masuk hanya RM1 sahaja.











Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.