Header Ads

Top 8 Tempat Shooting Drama Goblin Pilihan Kami



Macam tak percaya pula yang Kdrama Goblin sudah menutupkan tirainya minggu lepas! Kami pun rasa tak puas lagi nak tengok kebahagiaan antara Kim Shin & Eun Tak, Grim Reaper dengan adiknya Kim Shin haihh… okey, bagi korang yang tidak tahu menahu tentang cerita Goblin ini, ia mengisahkan tentang seorang Jeneral iaitu Kim Shin dari zaman Goryeo (sebelum zaman Joseon) yang mati dibunuh selepas pergi berperang kerana dituduh mengkhianati raja (iaitu Grim Reaper zaman moden).


Goblin


Selepas Kim Shin ni mati, orang-orang yang setia dengan Jeneral ni selalu berdoa akan kesejahteraan dia sampai doa-doa tu dimakbulkan oleh Tuhan. Lalu, Tuhan makbulkan doa-doa orang teraniaya tu dan hidupkan kembali Kim Shin dan dia pun menjadi Goblin. Satu cara untuk dia mati secara aman balik ialah mencari pengantin Goblin untuk dijadikan isteri yang mempunyai tanda lahir di belakang leher dan boleh nampak pedang yang terpacak di dada goblin tersebut. Begitulah al-kisahnya~

Tapi disebabkan mendapat permintaan yang ramai dari pembaca Backpackerz, kami terjah dan mencari lokasi-lokasi shooting drama Goblin ni. Actually memang banyak sebenarnya lokasi pengambaran. So, disebabkan banyak giler tempat. Kami keluarkan top 8 tempat shooting drama Goblin ini. Jom terjah gaiss~




Buckwheat Fields
Bagi korang yang cam dekat tempat ini, disinilah tempat dimana Goblin ‘kena tikam’ dan jasadnya kena campak kat situ dengan pedang yang kukuh terpacak di dadanya. Disini jugalah goblin hidup kembali kerana diperkenankan oleh Tuhan yang mendengar doa-doa yang selalu mendoakan si goblin ni. Dan tempat ini juga dimana Goblin dan isterinya berkahwin(episod last rasanya). Yang paling bestnya tempat ini kan korang, tanah yang dipenuhi dengan bunga putih ni memang sangat menarik di hati. Okeyy jom tengok alamat tempat ini~


Alamat : 119-1 Seondong-ri, Gongeum-myeon, Kochang, Jeollabuk-do, South Korea.

Jumunjin, Breakwaters di Gangneung
Lokasi ini pula dimana Goblin dan pengantin goblin pertama kali bersua muka. Goblin secara tak sengaja dipanggil oleh Eun Tak selepas dia meniup lilin hari jadi untuk buat permintaan. Masa tengok view yang ini pun rasa best giler sebab tengok ombak laut yang besar, lepastu ada pula breakwaters yang boleh kita berjalan kat atas tu. Chinchaa, memang nak terjah juga kalau ada rezeki, hehehe


Alamat : 81-32 Gyohang-ri, Jumunjin-eup, Gangneung, Gangwon-do, South Korea.

Hotel Chateau Frontenac di Quebec, Kanada
Yang ini pula lokasi di Kanada dimana goblin secara tak sengaja membawa Eun Tak menjelajah sekali selepas goblin keluar dari sebuah pintu bewarna merah. Actually goblin pun terkejut sebab Eun Tak boleh ikut kemana si goblin tu pergi. Hahaha, babak tu memang kelakar untuk flashback balik sebab mencuit hati betul. Tengok tempat-tempat di Quebec ni pun buat kami pun jatuh cinta dengan keindahan di Kanada.



Alamat : 1 Rue des Carrières, Ville de Québec, QC G1R 4P5, Canada.

Unhyeongung Yanggwan di Deoksung Women’s University
Ni pula lokasi di mana ia menunjukkan pintu depan rumah goblin. Untuk isi dalam rumah pula, team Backpackerz rasa diorang gunakan set di studio. Mungjin untuk pintu depan sahaja, drama ini menggunakan lokasi di Unhyeongung Yanggwan ni. Kami pun rasa bangunan ni pun menakjubkan sebab binaanya nampak antik dan klasik gitu. Jom tengok alamat tempat ni, kt-kot nanti korang terr lalu ker~



Alamat : 464 Samil-daero, Jongno-gu, Seoul, South Korea.

Hanmi Bookstore, Incheon
Banyak babak yang menggunakan kedai buku ini. Contohnya babak di mana Goblin berpura-pura mencari buku padahal intip Eun Tak. Ada juga babak di mana seorang perempuan memakai baju merah bertemu dengan Goblin untuk memberi amaran jika Goblin tersebut melanggar takdir yang telah dibuat. Team BP memang suka suasana buku-buku yang tersusun dalam kedai ini sebab nampak klasik dan rasa heaven betul kalau dapat masuk dalam kedai buku tu.






Alamat : 14-4 Geumchang-dong, Dong-gu, Incheon.

Fontaine De Tourny di Quebec, Kanada
Ini pula lokasi di mana babak Goblin mula jatuh cinta pada kali pertama selepas 900 tahun. Goblin jatuh cinta dengan pengantinnya sendiri. Tengok view di air pancut ini pun sangat cantik sampai berangan nak ke sana jugak.



Alamat : Fontaine de Tourny, Ville de Québec, QC, Canada.

Woljeongsa Temple
Ini pula babak di mana goblin mengekori Eun Tak selepas dia lari dari rumah goblin. Masa tengok babak ini, rasa amazing giler sebab jalan yang diselaputi dengan salji ni Dae-bak giler! Dikelilingi pula dengan pokok-pokok mati yang sudah ditutup dengan salji, cantik betul pemandangan dalam drama Goblin ini.





Alamat :  55-2 Dongsan-ri, Jinbu-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do, South Korea.

Grafitti Tunnel , Incheon
Terowong ini pula babak antara Grim Reaper dengan Goblin berjalan catwalk dengan acah-acah maskulin selepas beli barang dapur untuk di masak oleh Eun Tak. Yang kelakarnya, bila dah nak keluar berjalan dari terowong tu, tetiba potong line pula sebab ada motor lalu dekat diorang yang baru je nak jalan catwalk berdua. Hahahaha. Kat sini kalau ambil selfie pun havoc juga sebab macam-macam graffiti art di dinding terowong yang menjadikan terowong tu lagi nampak cantik untuk diambil gambar.



Alamat : 92-18 Sinchon-dong, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.