Header Ads

Top 5 Lokasi Pengambaran Drama Descendants Of The Sun


Walaupun drama Descendants Of The Sun sudah melabuhkan tirainya, namun drama ini banyak meninggalkan kesan kepada penonton setia yang paling banyak viewers di Malaysia ini. Salah satu perkara yang menjadi peminat drama ini ialah lokasi-lokasi yang memikat hati mereka untuk ke sana. Sangat cantik dan melankolik gitu!

Disebabkan banyak permintaan untuk pergi ke tempat-tempat lokasi tersebut. Pelancongan Korea akhirnya meluluskan beberapa tempat pengambaran DOTS ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang baru. Kami senaraikan 5 lokasi pengambaran di Korea serta Greece. Jom kita singkap lokasi drama DOTS yang semakin trending ini!


Taebaek Harbor Exhausted Mine

Kita refresh balik tempat kem askar yang konon-kononnya berada di Urk, Greece ini. Sebenarnya untuk pengetahuan korang, lokasi set ini sebenarnya telah di bina di sebuah lombong lama dalam Taebaek, Wilayah Gangwon sahaja. Means, hanya ada kat Korea uolls! Tapi selepas sahaja drama ini menutup tirainya November yang lalu, set lokasi tersebut telah dirobohkan.




Korang jangan sedih tau. Disebabkan mendapat permintaan tinggi dari semua peminat drama DOTS ini di seluruh dunia untuk buka balik set lokasi, Pelancongan Korea mula membina balik seperti asal. Kiranya, ia dijangka siap pada bulan Jun atau Julai ini. Jadi korang nanti jangan lupa untuk singgah di Taebaek ini untuk ambil feel drama DOTS itu yaa. Meh sini ceq share alamat.

Alamat: 140-8, Tong-dong, Taebaek, Gangwon, Korea.

Dal.komm Coffee

Kafe ini bermula di mana episod pertama, Song Joong Ki & Jin Goo sedang menikmati secawan kopi sebelum mereka menangkap pencuri. Manakala di episod kedua, Song Joong Ki & Song Hye Kyo sedang duduk berdua ketika sedang ‘date’ di situ. Ada beberapa lokasi kafe Dal.komm ini diambil tapi kami bagi alamat kedai yang betul-betul banyak digunakan dalam lokasi pengambaran.




Alamat:  108 dan 109, Membina 3D, Prugio, Bundang, Seongnam, Wilayah Gyeonggi, Korea.
Waktu Operasi: Hari Bekerja: 8 am – 11 pm
Hujung Minggu: 10 am – 11 pm

Samtan Art Mine

Korang ingat lagi tak episod dimana ada runtuhan bangunan akibat ada gempa bumi di Urk tu?  Hah untuk pengetahuan korang set pengambaran tersebut di lakukan di  Samtan Art Mine sahaja. Ia di buat di lombong arang batu terbiar yang terletak di kaki gunung Hambaeksan. Jadi bila morang datang ke Samtan Art Mine, korang dah boleh nampak set lokasi tersebut dan boleh berselfie dengan member-member korang untuk buat aksi di mana si hero mengetatkan tali kasut si heroin! Auch mesti berbunganya hati jadi heroin kejap hehehehe.




Alamat: 1445-44, Hambaeksan, Senapang Jeongseon, Gangwon, Korea.
Bayaran Masuk: 13,000 WON setiap individu
Waktu Operasi: Isnin Tutup, kecuali musim kemuncak dalam musim panas.

Shipwreck Cove or Smugglers Cove

Lokasi pengambaran di mana Song Joong Ki membawa Song Hye Gyo pergi ke sebuah pantai yang mempunyai kapal karam pada tahun 1980. Nama lokasi tersebut ialah Pantai Navagio, Pulau Zakynthos. Iaitu pulau orang Yunani di Laut Ionian. Untuk pengetahuan korang, pantai di Greece ini merupakan pantai paling popular di Greece dan boleh datang ke sana melalui bot sahaja. Kalau ada rezeki, korang boleh lah singgah di sana dan alami sendiri moment terindah korang sendiri.




Alamat: Pantai Navagio, Pulau Zakynthos, 29090, Greece.

Arachova

Korang selalu tengok pemandangan bandar yang cantik ketika Song Joong Ki & Song Hye Kyo ingin keluar dari tempat kem askar, Arachova telah menyediakan pemandangan yang cukup mengasyikkan mata penonton drama DOTS ini. Arachova ini terletak di satu pecan di gunung, iaitu di barat Boeotia, Greece. Kalau korang nak datang melawat, korang kena melawat time musim sejuk, sebab maa tu pemandangan di Arachova lagi best tau!



Alamat: Arachova, Boeotia, Greece.

Jika korang berminat untuk datang ke lokasi-lokasi pengambaran drama DOTS ini, korang tak perlu rushing sangat sebab ramai lagi peminat DOTS berduyun datang dari seluruh dunia semata-mata nak tengok lokasi-lokasi pengambaran tersebut. Take your time okay. Ada rezeki, jangan lupa singgah! - Farhana Azhar


Artikel ini ditaja oleh:

Korea Tourism Organization Malaysia

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.