Header Ads

Tips Terbaik Lihat Gunung Fuji Dari Kawaguchiko

“The Gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands” – Sir Richard Burton. Mengembara ke tempat baharu pastinya membuatkan saya terbayang-bayang akan keindahan yang bakal saya lihat. Kembali dari kembara pastinya membuatkan saya terkenang  setiap langkah yang saya tinggalkan. - Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Pakaian Samurai


RESEARCH, RESEARCH, RESEARCH!

Lumrah seorang backpacker, tentu belum puas meneroka bumi ciptaan Ilahi, saya sering tercari-cari destinasi untuk diterjah. Kali ini saya dan 2 orang lagi rakan, Syafuan dan Zikri merancang untuk ke Gunung Fuji.  Gunung Fuji merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian kira-kira 3000 meter. Gunung ini terletak kira-kira 134 km daripada kota Metropolitan Tokyo. Jauh dari kesibukan kota, suasana di Gunung Fuji pasti menenangkan.

Gunung Fuji daripada Stesen Bas Kawaguchiko


Untuk melihat panorama Gunung Fuji, terdapat beberapa tempat yang boleh dikatakan “cun” untuk melihat panorama Gunung Fuji. Berdasarkan maklumat dari laman web JapanGuide.com dan JapanTalk.com berikut merupakan tempat-tempat yang dikatakan "best spot" untuk melihat keindahan Gunung Fuji.

1. Tasik Kawaguchiko
2. Hakone
3. Kamakura
4. Fuji Shibazakura Festival
5. Enoshima
6. Iyashi no Sato
7. Gotemba
8. Fuji Q Highland
9. Tokyo Sky Tree

Kawaguchiko Sight Seeing Bus juga dikenali sebagai Retro Bus atau Omni Bus

KENAPA PILIH KAWAGUCHIKO?

Dari 9 tempat yang disenaraikan, saya dan rakan-rakan memilih untuk ke Kawaguchiko. Kawaguchiko ialah nama salah satu daripada lima Tasik yang berada di sekitar Gunung Fuji. Untuk pengetahuan pembaca, lokasi menarik berikut iaitu Tasik Kawaguchiko, Iyashi no Sato dan Fuji Q Highland terletak dalam satu laluan dan juga berhampiran dengan Pekan Kawaguchiko. Kawaguchiko mempunyai banyak “best spot” untuk melihat Gunung Fuji, oleh sebab itu kami memilih untuk ke sana.

K’s House Mount Fuji antara hostel yang terbaik saya pernah inap


Masa yang sesuai dan dikatakan sangat cantik untuk menikmati keindahan alam di kaki Gunung Fuji ialah pada musim bunga atau musim luruh. Ramai yang pernah berkunjung ke Gunung Fuji berpendapat musim bunga menyajikan pemandangan yang lebih cantik, kerana pada musim itu bunga sakura berkembang mekar. Bagi pengembara yang tidak mempunyai kekangan masa, anda wajib datang ke Gunung Fuji pada kemuncak musim tersebut. Untuk maklumat berkaitan ramalan musim bunga berkembang penuh serta musim luruh anda boleh dapatkan di laman web JapanGuide.com.

Hasil arca kami untuk dibawa pulang


PERJALANAN KE KAWAGUCHIKO (GUNUNG FUJI)

Untuk berjalan-jalan di Jepun, tidak ada masalah kerana sistem pengangkutannya sangat efisyen, menepati masa dan selesa. Untuk semua jenis pengangkutan anda boleh menyemak jadual perjalanan seperti di laman web Hyperadia. Dengan adanya jadual perjalanan kami dapat merancang perjalanan. Kami selamat tiba di Tokyo selepas 6 jam perjalanan dari Bangkok ke Narita. Untuk ke Kawaguchiko kami perlu ke Stesen Bas di Shijuku. Untuk ke Tokyo ada pelbagai jenis keretapi iaitu Access Express (keretapi yang kami gunakan) dan Skyliner. Kedua-dua keretapi ini menghubungkan antara Lapangan Terbang Narita dan Stesen Nippori serta Ueno, bezanya ialah dari segi harga dan masa perjalanan.

Berlepas
Tiba
JenisKeretapi
Harga
MasaPerjalanan
Narita International Airport
StesenNippori
Access Express
JPY 1,030
60 minit
Skyliner
JPY 2,470
30 minit
Masa perjalanan dan harga tiket tertakluk kepada sebarang perubahan.

Daripada Lapangan Terbang Narita ke Nippori kami menggunakan perkhidmatan Keisei Train dengan harga JPY 1030. Kemudian untuk ke stesen JR Shinjuku kami menggunakan perkhidmatan JR Train dengan harga JPY 200. Selepas itu kami berjalan kaki kira-kira 500 meter untuk ke Stesen Bas Expressway Shinjuku.

Untuk perjalanan ke Kawaguchiko kami menggunakan perkhidmatan Highway Bus. Laluan Shinjuku ke Kawaguchiko merupakan laluan yang sangat terkenal kerana ramai pengguna terutamanya pelancong tempatan dan pendaki ke sana. Oleh sebab itu kami membuat tempahan awal melalui laman web highway-buses.jp untuk mengelakkan kami terpaksa berjalan kaki ke sana.



KAWAGUCHIKO DESTINASI WAJIB 

  Terdapat banyak lokasi menarik disekitar Gunung Fuji antaranya ialah Muzium Fuji, View Point of Sakasa Fuji, Yasagi Park dan Natural Living Center. Tak semua destinasi kami lawati kerana kesuntukan masa. Untuk bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko ada pelbagai cara antaranya menyewa kereta, berbasikal ataupun menggunakan kemudahan awam seperti bas. Kami memilih Kawaguchiko Sight Seeing Bus yang dikenali sebagai Retro Bus atau Omni Bus kerana ia menjimatkan kos. Tiket bas boleh didapati dengan harga JPY 1200 dan boleh digunakan selama 2 hari. Terdapat 2 laluan bagi Kawaguchiko Sight Seeing Bus iaitu Line Kawaguchiko di sekitar Tasik Kawaguchiko dan laluan Saiko iaitu di sekitar Tasik Saiko.

 Pemandangan Tasik Kawaguchiko


IYASHI NO SATO

Memandangkan masa yang singkat di Kawaguchiko kami memilih untuk ke Iyashi No Sato yang terletak berhampiran Tasik Saiko.  Di sini terdapat 20 buah rumah tradisional Jepun dan ia merupakan perkampungan tradisional yang terbaik di Jepun. Kami menyewa pakaian Samurai dengan harga ¥ 500 dan bergambar sepuas-puasnya di Iyashi No Sato. Pelbagai aktiviti “hands on” yang kami lakukan antaranya mencuba permainan tradisional Jepun seperti Hagoita dan Uma Hori (Kuda Buluh). Tiket masuk ke sini ialah ¥ 500 tetapi kami hanya membayar ¥ 300, caranya dapatkan kupon diskaun di Tourist Information Office di Stesen Bas Kawaguchiko atau di hostel anda menginap.

Pintu Masuk Iyashi No Sato


Salah sebuah daripada 20 buah rumah tradisional Jepun di Iyashi No Sato

Aktiviti hands on di Iyashi No Sato, di sini pengunjung diajar membuat arca dari tanah liat


BERBASIKAL DI TASIK KAWAGUCHIKO

Saya dan rakan menginap di K’House Fuji dan saya boleh katakan ia antara hostel yang terbaik yang pernah saya bermalam. Hostel tersebut menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan percuma dari stesen bas ke hostel dan juga sewa basikal. Kadar yang dikenakan sebanyak ¥ 300.  Kami ingin menikmati pemandangan di sekitar tasik dengan cara yang berbeza iaitu dengan berbasikal. Di Jepun anda tidak boleh menunggang basikal sesuka hati. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan, kami dapat melihat keindahan sekitar, menyapa penduduk tempatan serta merasai kedinginan udara di sekitar Kawaguchiko.

Berbasikal di sekitar Tasik Kawaguchiko


NATURAL LIVING CENTER

Destinasi hari berikutnya kami ke Kawaguchiko Natural Living Center. Dikenali sebagai Kawaguchiko Shizen Seikatsu-Kan merupakan salah satu tempat yang wajib anda pergi untuk menyaksikan keindahan Gunung Fuji. Jika anda datang pada musim bunga, ia pasti menjanjikan pemandangan Gunung Fuji dihiasi dengan bunga-bunga Lavender. Tempat ini terletak di laluan Line Kawaguchiko dan masuk adalah percuma. Selepas kami menikmati pemandangan, peluang untuk melihat cenderamata tidak dilepaskan kerana situ juga terdapat kedai-kedai menjual cenderamata.

Nature Living Center


MEMBELI BELAH CENDERAMATA DI PEKAN KAWAGUCHIKO

Membeli belah satu pekara wajib, tetapi yang dicari hanya fridge magnet, keychain dan juga sekeping poskad sebagai kenang-kenangan. Saya sering menghantar poskad untuk diri sendiri jika bercuti ke mana-mana. Ia membuatkan kenangan percutian saya tidak terhenti selepas saya pulang dari bercuti. Antara tempat yang anda boleh dapatkan cenderamata ialah di sekitar perhentian bas Kachikachi-yama Ropeway dan juga berhadapan dengan Stesen Bas Kawaguchiko. Banyak deretan kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang berbeza. Walaupun tawar menawar bukan budaya di Jepun, tetapi jadi pengguna yang bijak.

Pakaian Samurai

PERBELANJAAN: BERAPA ¥ YANG SAYA BELANJAKAN?

PENGANGKUTAN
Tiket Kapal Terbang (AirAsia X)
RM785.41 (pergi balik)
Keretapi Keisei (Narita keNippori)
¥ 1,030 (sehala)
JR Shinjuku (Nipporike Shinjuku)
¥ 200
Expressway Bus (Shinjuku ke Stesen Bas Kawaguchiko)
¥ 3,500 (pergi balik)
TiketKawaguchiko Sight Seeing Bus
¥ 1,200 (2 hari)
SewaBasikal
¥ 300 (2 jam)
PENGINAPAN
Fuji K’s House
¥ 5,600 ( 2 malam)
TIKET & BAYARAN MASUK
Iyashi No Sato
¥ 300 (dengan kupon diskaun)
SewaBaju Samurai
¥ 500
CENDERAMATA
Fridge Magnet
¥ 513
MAKANAN (MASAK SENDIRI)
Bahan mentah dan Nasi Segera ( 3 hari 2 malam)
¥ 2,000 (kongsi 3 orang)

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.