Header Ads

Terpesona Dengan Nusa Penida, Ini Itinerari Lengkap Sebagai Panduan - Amey Bakri


TGG-KUL-BALI-NUSA PENIDA-BALI-KUL-TGG. 

5-10 NOV 2016 (6D5N).

5 Nov 2016 :
- 12:45 pm flight TGG to KUL.
- 10:00 pm flight KUL-DPS (3 Hours)

6 Nov 2016 :
- 01:00 am Sampai di Denpasar airport.
- 01:30 am makan kat mcd, kebanyakkan kedai tutup waktu ini. So makan je lah kat mcd.
- 03:00 am Check in homestay berdekatan dengan pantai sanur, tidur untuk beberapa jam.
- 07:30 am pergi ke pantai sanur, beli tiket untuk ke nusa penida dan bersiap sedia untuk menaiki bot.
semasa nak menaiki bot, semua selipar/kasut/sandal mesti cabut dan letak dalam bakul yang disediakan. Lepas tu terpaksa berkaki ayam semasa berada dalam bot itu.Hahaha
- Perjalanan untuk ke nusa penida mengambil masa satu jam.
- Tiba di jeti nusa penida , tour guide kami iaitu steve dah siap sedia tunggu, terus angkat beg semua and then ke homestay.
- Kami tinggal di homestay tenang, toyapakeh.Dikawasan ini ramai orang islam , kedai makan yang halal pun ade banyak kat sini so tak susah la kalau nak makan.Kedai makan pun bersebelahan dengan homestay.
- Lunch nasi goreng dengan air kopi di warung ibukk sebelah homestay, murah dan jimat hahahaha.
- First day explore nusa penida :
>Kelingking beach
>Pasih Uug / Broken beach
>Angel's Billabong 
>Crystal Bay Beach (Pergi time sunset)
-Waktu malam kat sini sama macam suasana kampung hahahahaha , takde nightlife.

7 Nov 2016 :
- 03:00 am Gigih bangun awal pagi untuk tengok sunrise di Atuh beach. Perjalanan dari Toyapakeh ke atuh beach mengambil masa dalam 1 jam lebih kurang macam tuh laa.
- 04:00 am Sampai di atuh beach, sempat breakfast kejap , itu pun makan roti yang dibeli semalam. Bekalan makanan dan air mesti bawak banyak sebab nak pergi ke atuh beach tu bukan la dekat, terpaksa naik turun tangga yang tinggi. Kawasan atuh beach ni sangat cantik dengan pasir putih bersih.
Disebelah kiri pantai terdapat sebuah tebing batu yang diberi nama Tanjung Juntil.Disebelah kanan pantai terdapat tebing batu Labuan Ampuak.
- Lokasi seterusnya ke pulau seribu,pulau seribu dengan atuh beach cuma beberapa kilometer je. Memang kena jalan kaki , view semasa nak ke pulau seribu memang cantik cuma cuaca je lah yang panas sikit. Untuk sampai ke pulau seribu tu , terpaksa turun curam bukit, boleh tahan jugak la curam dia tu.
- 10k kena bayar tiket untuk ke rumah pohon,pulau seribu.
- First time dapat tengok dolphin secara live.
- Lokasi seterusnya ke suwehan beach ataupun volcom beach. Jalan nak ke volcom beach ni lagi laa extreme dari jalan nak ke atuh beach.
- Jalan yang agak bahaya,kena lalu ikut curam bukit, terpaksa pijak air longkang hahahhahaha kalau tak pijak confirm tak sampai ke volcom beach. Boleh dikatakan , volcom beach ni baru 50% orang terokai.
- Dihujung jalan sebelum sampai ke volcom beach, wajib turun dengan tali baru boleh sampai ke bawah. 
- Bila sampai di volcom beach tu, cuma ada masa 30 minit sahaja sebelum pukul 12, bila pukul 12 ombak akan pasang dan tak dapat nak balik.
- Follow trek yang sama macam tadi masa mula-mula nak turun ke volcom beach.
- Jalan nak ke volcom beach ni memang extreme, kalau boleh sebelum pergi tubuh badan mesti good condition. Kalau tak mesti kecundang separuh jalan je. Bekalan makanan dengan air pun kena bawak skali. 
- Sepatutnya ada lagi satu lokasi selepas volcom beach ni, bukit teletubis. Disebabkan semua orang letih, satu badan kotor dari bawah sampai atas. So bukit teletubis cancel,tak jadi pergi.
- Makan di waroeng Mola-mola , makan chicken sweet sour, skali dengan nasi lepas tu air. 75k rupiah.
- Balik Homestay dan rehat.
- Malam , sewa motor 30k untuk 3 jam , roda-roda kawasan skali dengan dinner. Bar pun ada kat sana , lebih kurang 3-4 bar ada.

8 Nov 2016 :
- Last day di nusa penida , aktiviti harini cuma snorkeling je.
- Boleh pilih boat group ataupun private. So kami pilih yang private. 
- Pakej snorkeling ni cuma 4 point je sebab waktu yang ada untuk snorkeling cuma 4 jam sebelum balik ke pantai sanur.
- First point , manta point. Manta point ni tempat pari bermain so boleh la tengok pari secara live.
- kedua , buddha temple point. Didalam air tu ade patung buddha, lebih kurang dalam 7 meter kedalaman air.
- Gamat point , air yang sangat jernih cuma arus kuat.
- Last point, toyapakeh wall. Terdapat banyak ikan yang besar berada di bawah kapal.
- Semua macam nak mabuk semasa di manta point, sebab ombak yang terlalu besar hahahahaha.
- Balik homestay, lunch kat homestay. Ibu siti (owner homestay) masak sup ikan.
- Pergi kat jeti, stanby nak balik. Jam 3 petang boat terus bergerak ke pantai sanur.
- Sampai di pantai sanur, terus cari supir dan ke Uluwatu.
- Bila dah sampai ke uluwatu, kena bayar tiket Rp.120k (parking+kecak dance)
- kecak dance start dari pukul 6 petang sampai pukul 7 rasanya.
- Dinner nasi padang (RP.90K)
- cHeck in di fave hotel, seminyak.Bali.
- Cari uber, lepak di kuta sampai lewat malam hehehe.

9 Nov 2016 :
- Pergi ke tegenungan waterfall, lebih kurang dalam 1 jam dari seminyak ke tegenungan waterfall.
- Tegenungan waterfall entrance fee Rp.10k
- Pergi ke kuta semula, lepak sebelum balik malaysia.
- 10:00 pm DPS-KUL

10 Nov 2016 :
- 01:00 am Sampai malaysia.
- 06:25 am flight KUL-TGG.

Accomodation : Home stay tenang,Toyapakeh (Nusapenida).Fave hotel,seminyak (bali).
Jumlah kerugian : RM 1.6K. RM330-1J RP.
camera gear : canon 6d,canon 50mm 1.8, sigma 24mm 1.8, gopro hero4 silver & iphone 6s.
* Banyak lagi ada gambar cuma malas nak upload huhu.














Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.