Header Ads

Panduan Lengkap Untuk Ke 3 Lokasi Penggambaran K-Drama Guna Korea Train eXpress (KTX)!

Drama Korea (“K-Drama”)  menjadi fenomena seluruh dunia kerana bintang-bintangnya berbakat dan bergaya, penulisan skrip serta penerbitan yang bagus. Lokasi-lokasi penggambaran drama popular menjadi lokasi tarikan yang wajib dikunjungi pelancong saban tahun. Memandangkan lokasi penggambaran terletak di pelbagai kawasan dalam negara, cara paling mudah untuk ke sana adalah dengan menaiki kereta api. Ayuh ikut kami lawati lokasi-lokasi ini!

Taebaek Hanbo Coal Mine


Kisah Cinta Tentera

“Descendants of the Sun” meneroka kisah cinta yang menyaksikan bibit-bibit percintaan antara hero dan kapten tentera, Yoo Si-jin (Song Joong-ki) bersama heroin Dr Kang Mo-yeon (Song Hye-kyo) di negara yang sedang berperang, Uruk.

Taebaek Hanbo Coal Mine terletak di Taebaek-si, Gangwon-do menampilkan pangkalan tentera Uruk dan pusat perubatan yang dirakamkan dalam drama ini. Di sini, pengunjung dapat mencuba pakaian jururawat sukarelawan kor dan pakaian seragam askar selain mengambil gambar peralatan tentera yang dipamerkan seperti trak tentera, pakaian seragam untuk pertempuran dan senjata.

Descendants of the Sun

Panduan:
Naik A-Train dari Stesen Cheongnyangni – Turun di Stesen Mindungsan
*Anda boleh turun di stesen ini untuk melawat kedua-dua Taebaek Hanbo
Coal Mine dan Samtan Art Mine.

Di Gangwon-do, pengunjung harus singgah ke Samtan Art Mine di Jeongseon-gun kerana ini merupakan lokasi penggambaran adegan gempa bumi  Uruk. Lombong terbiar ini kini merupakan kompleks seni budaya yang menempatkan pusat seni, gua wain, restoran dan juga lokasi penggambaran yang popular untuk pelbagai drama dan program – jadi ia destinasi mesti dilawat! Dari Stesen Seoul, naik tren KTX Jungang Line dan tukar ke KTX Taebaek Line dan turun di Stesen Mindung-san.

Byeongbangchi Sky Walk


Pusat tarikan berdekatan termasuk Byeongbangchi Sky Walk, iaitu dek pemerhati berbentuk ‘U’ yang menawarkan pemandangan indah Bamseom Island dan Donggang River dengan ketinggian 583m dan laluan pejalan kaki diperbuat daripada tempered glass.

Camp Greaves DMZ Experience Center di Paju-si, Gyeonggi-do menampilkan Camp Greaves Program iaitu lawatan yang direka khas buat peminat setia drama termasuk lawatan ke pangkalan tentera Uruk dan cara pembuatan tag nombor bersiri tentera. Dari Seoul, naik kereta api bawah tanah ke Stesen Munsan. Setibanya di sana, ambil Exit 1 dan jalan kaki ke perhentian bas Munsan. Teruskan perjalanan anda dengan menaiki Village Bus no. 58 dan turun di perhentian bas Imjingak. Anda perlu berjalan sejauh 300m ke Paju Imjingak Tourist Information Center dan daftar untuk Course B kerana lokasinya tidak membenarkan lawatan individu atau peribadi tanpa kebenaran.

Camp Greaves DMZ Experience Center


Memandangkan lokasinya berdekatana dengan Demilitarized Zone (DMZ), tarikan berdekatan termasuk Dora Observatory yang mana perkampungan Korea Utara dan wayar berduri yang dipasang sepanjang DMZ dapat dilihat dengan mata kasar.



Cinta Melankolik

“Uncontrollably Fond” mengisahkan percintaan sedih antara idola kegemaran ramai Shin Joon-young (Kim Woo-bin) yang menderita penyakit maut dan penerbit dokumentari No Eul (Bae Suzy). Antara lokasi penggambaran drama adalah Expo Ocean Park di Yeosu-si, Jeollanam-do. Taman air ini menampilkan beberapa kemudahan hiburan termasuk balai cerap dikenali sebagai Sky Tower dan BIG-O, skrin persembahan besar berbentuk ‘O’ di tengah-tengah BIG-O Show, iaitu persembahan air pancut warna-warni yang bermula pada tengah malam.

Uncontrollably Fond


Panduan:
Naik kereta api bawah tanah dari Stesen Yongsan, Seoul Stesen
Yeosu-Expo. Lokasi ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari
stesen kereta api.

Drama ini juga dirakamkan di Daegu Dalseong Park yang menawan. Taman awam ini lokasi terkenal buat pasangan dan keluarga untuk aktiviti berkelah dan juga menempatkan sebuah zoo di mana pelawat boleh melihat singa, rusa sika dan llama.

Daegu Dalseong Park 


Directions
Naik tren KTX dari Stesen Seoul. Perjalanan mengambil masa lebih
kurang dua jam dan turun di Stesen Dongdaegu.

Drama Abadi

“Saimdang, Memoirs of Colors” dibintangi oleh Lee Young-ae sebagai tokoh sejarah Shin Saimdang serta sebagai artis, jurukhat serta ahli falsafah terkenal era Joeson yang hidup pada abad ke 16 dan Seo Ji-yoon, ahli sejarah moden yang mengajar seni Korea di sebuah universiti.

Saimdang, Memoirs of Colors


Filem ini dirakam di Gangneung, termasuk Ojukheon House, rumah pertama Shin Saimdang yang juga merupakan lokasi yang mana pelakon Lee Young-ae berdoa dengan harapan untuk mendapat zuriat. Tidak lama kemudian dia dikurniakan anak kembar!

Ojukheon House


Lokasi lain, Seongyeojang House ialah rumah bangsawan yang dibina oleh Lee Naebeon, keturunan diraja Dinasti Joseon. Pengunjung boleh bermalam di sini melalui program Seongyojang House’s Hanok Stay dan bersantai di halaman selepas waktu melawat biasa! Selain itu, lokasi menarik lain termasuk kolam teratai buatan manusia. Pengunjung dapat menghargai keindahan pemandangan daripada astaka yang dibina di atas kolam.

Seongyeojang House 


Tren Mugunghwa bermula dari Stesen Cheongnyangni ke Stesen Jeongdongjin di Gangneung. Anda boleh menaiki tren malam untuk melihat matahari terbit di Jeongdongjin di Gangneung. Dari Stesen Jeongdongjin, anda boleh menaiki Ocean Train, iaitu tren tema pelancongan yang mana setiap tempat duduk dikhaskan buat pengunjung agar dapat menikamti pemandangan laut sepanjang East Coast. Ia bertolak dari Stesen Cheongnyangini, Seoul dan juga melalui Gangneung.

Latar belakang menawan ini menjadi ilham kepada k-drama dan menjadi lokasi sempurna buat anda yang inginkan kisah romantis sendiri, jadi jangan lepaskan peluang anda hari ini!


Melancong dengan bebas ke seluruh Korea dengan menaiki Korea Train eXpress (KTX)!

Bermula dengan perkhidmatan pertamanya pada tahun 2004, KTX merupakan sistem kereta api berkelajuan tinggi (HRS) yang dioperasikan oleh KORAIL di Korea Selatan. Semua kereta api di Korea diklasifikasikan berdasarkan kelajuan dan kemudahan yang disediakan di dalam tren termasuklah KTX-Sancheon dan Saemaeul, dan beberapa jenis lagi. Dengan perkhidmatan yang cepat, selamat, selesa, dan menepati masa, anda boleh ke mana-mana sahaja ke seluruh Korea dalam masa kurang dari 3 jam!


Layari www.letskorail.com untuk maklumat lebih lanjut.



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.