Header Ads

Palau - A Hidden Paradise

Palau? Tak pernah dengar pun. Kat mana tu? Tak pernah dengar pun.. Pasti semua ni berlegar-legar di fikiran korang kan.. Meh nak cerita sikit. Republik Palau adalah salah satu negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik. 

sumber: www.reefrainforest.com


Negara ini mengandungi kira-kira 250 pulau lain, yang merupakan rantaian antara kepulauan Caroline dalam Micronesia. Kiranya 250 pulau, kalau negara-negara biasa, kira macam anak-anak negeri yang ada dibawah negara tu la. 

sumber: bucketlistjourney.net

Jadi jangan konfius naa.. Pulau ni mempunyai keluasan sebesar 466 kilometer persegi, kira-kira 180 batu persegi. Besarkan.. Dan pulau yang paling banyak penghuninya adalah Koror. Palau juga turut dikenali dengan  nama Belau. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di sini adalah Palauan dan bahasa Inggeris. Kebanyakkan warga emas di kepulauan ini pandai berbahasa Jepun. 

Milky Way Lagoon
Kalau korang nak tahu di pulau ini terdapat satu kawasan di mana siapa yang ambil tourist guide di sini, korang berpeluang untuk merasai 'berspa' secara semulajadi. Lumut-lumut di kawasan ini boleh dijadikan lulur, untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Akak-akak yang nak jelita gebu gebas, jangan lepaskan peluang untuk berlulur di milky way lagoon ni.. Pastikan satu badan korang sapu lumut ni, jangan malu-malu.. Malu rugi..



Palau Di Lensa Kamera

Bukan sahaja pulau ini akan mengindahkan telefon pintar dan kamera-kamera korang. Tapi pulau ini juga sebelum ini telah pun ditangkap oleh lensa kamera profesional untuk ditayangkan dikaca televisyen. Kalau korang perasan program realiti popular Servivor telah memaparkan keindahan pulau ini pada siri Servivor: Palau, dan pada tahun 1968 filem lakonan Lee Marvin bertajuk Hell in the Pacific turut dijalankan di pulau ini. Terbaru, kalau korang peminat tegar drama Korea, antara salah satu lokasi penggambaran dalam drama popular Legend Of The Blue Sea lakonan Jun Ji-hyun dan Lee Min-ho.

Legend Of The Blue Sea lakonan Jun Ji-hyun dan Lee Min-ho.




Istimewa Palau

Walaupun namanya agak unik dan jarang disebut-sebut, namun pulau Palau merupakan salah satu pulau yang mempunyai keunikan flora dan faunanya yang tersendiri. Kebiruan air dan keadaan sekitar pulau yang merupakan sebuah negara ini pasti membuatkan korang terpukau. Buaya air masin yang pertama dijumpai adalah di pulau ini. 

sumber: www.thewrongwayhome.com


Palau juga merupakan salah satu tempat di mana pelancong dapat melihat keindahan ribuan obor-obor yang selamat untuk dipegang dan laut di mana obor-obor ini dipelihara boleh diteroka. Tak ada masalah punya.. Sebab aktiviti melihat obor-obor ini merupakan salah satu aktiviti yang menarik ribuan pelancong untuk ke sini. Jadi.. Apa tunggu lagi. Jadikan Palau salah satu destinasi untuk korang terjah.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.