Header Ads

Menakluk Annapurna Base Camp - Hazlinda Isa


Hampir 30 tahun mendaki gunung di Malaysia. Siapa kata tidak ada impian nak mendaki ke luar negara seperti orang lain. Tetapi memandangkan umur yang telah meningkat dan komitmen bekerja juga suri rumah tangga yang mempunyai 4 orang anak kupendamkan sahaja hasrat itu.

Selepas suami menyatakan hasrat untuk membawaku ke ABC. Rasanya inilah masa yang di nanti-nantikan. Misi pertama mendaki gunung di luar negara. Kujadikan misi ini sebagai misi yang terindah dalam hidupku untuk anak – anak dan cucu cicitku nanti.

MISI MERENTANGKAN JALUR GEMILANG & BENDERA NEGERI SEMBILAN TERBESAR 21”X30”.

Meminjam Jalur Gemilang Gergasi Jahitan Tangan daripada Program Diploma Farmasi, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah.
Bersaiz 21”x30”.

Sumbangan Bendera terbesar Negeri Sembilan daripada Kerajaan Negeri Sembilan.
Bersaiz 21”x30”.

Perasaan gembira, excited, takut, risau semua ada. Barang – barang pun ada yang masih tak mencukupi. 03 Disember 2016, Syukur alhamdulillah dengan izinnya aku mengikuti trip pendakian ke ABC selama 13 hari yang diketuai oleh suami saya En Razainor Hisham ( Acham ) yang juga merupakan seorang juru gambar bebas. (AchamFoto Extreme)

Hari ke-2 kami menaiki Fokker dari Kathmandu ke Phokara. Rasa sungguh bermakna kerana dapat melihat sendiri banjaran Himalaya dari atas. Indah sungguh ciptaanNYA. Perasaan semakin teruja. Daripada lapangan terbang Pokhara kami menaiki bas ke Gandruk kira-kira 3 jam perjalanan. Sampai diperhentian agak lewat ketika itu. Akhirnya kami terpaksa memulakan pendakian jam 7 malam.

Hari ke-3, selesai sarapan dan warming up kami mula mendaki jam 9 pagi. Laluan mencabar dan sangat menguji mental. Laluan perkampungan, turun naik hutan dan anak tangga menjadi laluan semasa pendakian. Pendakian mengambil masa 7-8 jam ke destinasi seterusnya iaitu  ke Sinuwa.

Hari ke-4, kami meneruskan pendakian ke Deurali. Badan semakin lemah. Tetapi dengan semangat yang ada kami meneruskan pendakian.  Cuaca semakin sejuk dan suasana lebih mengerunkan kerana laluan ditepi tebing yang sangat curam.

Hari ke-5. Dengan  ketinggian 3700M langkah mulai perlahan. Nafas ditarik dalam - dalam  dan dihembus melalui mulut. Alhamdulillah aku praktikkan apa yang telah diajar. Minum air mineral dengan banyak juga adalah salah satu teknik mengelakkan daripada terkena AMS. Alhamdulillah berjaya sampai di MBC pada jam 12.30 tgh.

Setelah makan tengahhari kami meneruskan perjalanan. Kali ini lebih mencabar fizikal, mental dan emosi. Oksigen semakin kurang. Setelah hampir 2 jam perjalanan, pukul 5 petang sampailah aku ke ABC. Alhamdulillah sujud syukur padamu Ya Allah kerana memberi peluang kepada diri ini melihat keindahan ciptaanMU. Kami bermalam di ABC dengan suhu mencecah -1 darjah.

Tanggal 8 Disember 2016 jam 6.30 pagi TERCIPTALAH SEJARAH diriku dan kawan – kawan merentangkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan terbesar di ABC. Kami juga merupakan pasukan pertama yang telah merentangkan bendera terbesar di ABC.  Hanya ALLAH SWT sahaja mengetahui perasaanku ketika itu.

Jam 9 pagi selepas sarapan kami bergerak turun. Perjalanan turun tidaklah semudah yang disangka. Beribu anak tangga yang perlu ditempoh semula. Malam ke-5 kami bermalam di Dovan dan seterusnya di Chomrong. Hari ke-6 sampai sahaja di Siwai kami terus menaiki bas untuk ke Pokhara. Selama 2 hari di Phokara kami bertolak balik semula ke Kathmandu dengan menaiki bas. Perjalanan agak jauh iaitu selama 7 jam.

Pada 14 Disember 2016 sehari sebelum pulang ke Malaysia. Kami melawat Kedutaan Besar Malaysia di Nepal. Selepas penyerahan sijil kami berangkat ke Madrasatu Aaisha R. Libanat & Madrasatu Islamiah untuk memberi sedikit sumbangan baju sekolah, beg dan peralatan sekolah.

Hari ke 13 Alhamdulillah masa untuk pulang ke Malaysia. Sudah pasti akan merindui suasana di Kathmandu, Pokhara dan ABC. 2017 Semoga akan terus maju dan akan tercapai satu lagi hasrat untuk ke Everest Base Camp pula. In shaa allah ….
















Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.