Header Ads

Jom Intip Tempat Shooting Legends Of The Blue Sea (LOTBS)


Drama Legends Of The Blue Sea bakal menutup tirainya pada minggu ini. Jadi admin teringin nak share lokasi pengambaran drama LOTBS ini dekat korang. Manalah tahu kot-kot terlalu dekat Korea nanti, boleh fefeeling terjumpa Lee Min Ho di sana. -  Farhana Azhar

Kalau yang pernah menonton drama ini, ia mengisahkan tentang ikan duyung yang ditangkap oleh si hero yang hensem kerana menceroboh biliknya dan mencuri makanan kerana lapar pada zaman moden. Mereka juga pernah bertemu pada zaman Joseon tetapi tidak kesampaian untuk hidup bahagia akibat dibunuh oleh orang yang berdendam. Kiranya hero and heroin ni kelahiran semula lah dan kena betulkan balik kesilapan yang pernah dibuat.

Drama LOTBS ini juga mendapat hits dan trending setiap minggu. So, minggu ini kita reviu sikit tempat-tempat shooting diorang di Korea. So penulis ambil Top 6 yang memikat di hati. Jom survey~



Pocheon Art Valley
Lokasi ini adalah tempat di mana Lee Min Ho membuatkan beratus-ratus pelita langit untuk si ikan duyung. Sangat romantik tau! Rasa nak juga pergi ke sini. Kalau korang nak tahu, tempat ini juga sangat cantik untuk korang ambil selfie pada musim sejuk sebab boleh nampak tasik ini beku dan diselaputi ais. Macam hamparan karpet putih gitu. Meh ceq share alamat di sini.


Lokasi : 234, Artvalley-ro, Sinbuk-myeon, Pocheon-si, Gyeonggi-do
Waktu : Oktober Mac 9 pagi – 10 malam / Februari November 9 pagi – 9 malam
※ Tutup pada pukul 7 malam pada hari Isnin.
Harga Masuk : Dewasa 5,000 won / Remaja 3,000 won / Kanak-kanak 1,500 won
Cara ke sana : Dari Cheongnyangni Station Transit Center Bus Stop, ambil direct bas No. 3200 ke Pocheon-si Health Center Bus Stop → Melintas dan berjalan lebih kurang dalam 1 minit ke Cheonjusa Temple Bus Stop → Berjalan lebih kurang 5 minit ke Pocheon Art Valley.

Saenjaedo Island
Pulau di mana Sim Cheong si ikan duyung mencari Heo Joon Jae di Seoul. Sim Cheong frust lagi sebab Seoul jauh sangat. Masa ini penulis tengok scene ni rasa pecah perut sebab rasa kelakar sangat si heroin merantau jauh nak gi cari cinta hati dia. Masa tu lah juga jatuh cinta dengan suasana pulau ini sebab masa surut barulah pengunjung dapat ke seberang. Seolah-olah ada jambatan tersembunyi selepas surut. Ada rezeki jangan lupa singgah okay!


Lokasi : Seonjae-ri, Yeongheung-myeon, Ongjin-gun, Incheon.

Aqua Planet
Scene di mana Heo Joon Jae terjumpa Sim Cheong di aquarium. Saat tu, Heo Joon Jae pergi ke situ setiap tahun pada hari jadinya dengan harapan dapat berjumpa balik dengan emaknya tetapi takdir telah terjumpa kembali dengan Sim Cheong walaupun masa itu Heo Joon Jae tidak mengingati apa-apa kerana memorinya telah terpadam. Korang jangan tertipu okey sebab dalam drama, ia dimention yang akuarium ada kat Buidling 63 tetapi sebenarnya dishootingkan di Yeosu (Selatan Coast).


Alamat : 61-11, Odongdo-ro, Yeosu-si, Jeollanam-do

Boseong Green Tea Plantation
Di sini pula scene di mana si ikan duyung dikejar oleh pengawal dan diselamatkan oleh Min Ho pada zaman Joseon. Saspen betul rasanya bila yang si heroin terperangkap oleh kawanan pengawal. Oleh itu, untuk korang yang sukakan teh dan teringin nak merasa teh Korea, boleh lah singgah ke sini dengan orang-orang tersayang. Nak tangkap selfie kat sini pun lawa kot~


.
Lokasi : 763-67, Nokcha-ro, Boseong-gun, Jeollanam-do
Waktu : Mei-Ogos 9 pagi hingga 8 malam / September-April 9 pagi hingga 7 malam
Harga Masuk : Dewasa 4,000 won / Remaja & Kanak-kanak 3,000 won / Infants (Bawah 6 tahun) percuma.
Cara ke sana : Dari Terminal Bas Antara Bandar Boseong, ambil Nongeochon Bas (Boseong-Gunhak) ke Daehan Dawon Bus Stop → Berjalan lebih kurang. 6 minit ke Daehan Dawon.

National Palace Museum of Korea
Tempat ini pula dimana scene Heo Joon Jae di bawa oleh Cha Si Ah untuk melihat potret yang dikatakan miripnya pada zaman Joseon dulu. Untuk pengetahuan korang, scene ini dishooting di muzium inilah. Kalau korang masuk, memang banyak khazanah serta monument bersejarah di muzium tersebut.



Lokasi: 12, Hyoja-ro, Jongno-gu, Seoul.

Riverside Spa Land (Jjimjilbang)
Disini pula adalah dimana Shim Cheong melarikan diri dari rumah Heo Joon Jae setelah mengetahui yang si hero itu seorang penipu. Masa tengok scene ni, rasa best pulak kalau dapat menginap dekat situ and bersosial dengan orang-orang yang menginap di situ. Lelaki berseragam memakai tshirt colour oren manakala perempuan pula colour pink. Kalau korang rasa nak singgah, moh lah ke sini.


Alamat : 45, Guuigangbyeon-ro, Gwangjin-gu, Seoul.
Cara ke sana : Boleh menggunakan Gang Byeong MRT (Green Line) untuk ke Riverside Spa Land ini.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.