Header Ads

Fobia Bila Kapal Terbang? Ikut Tips Ini Untuk Kurangkan Rasa Takut

Semestinya bila sebut sahaja tentang kapal terbang, bukan sahaja kanak-kanak akan rasa teruja, orang dewasa juga pasti akan teruja melihat kapal terbang. Baru tengok sahaja, jika berpeluang untuk menaiki pesawat ke mana-mana tempat idaman pastinya rasa teruja itu akan menjadi lebih lebih dan lebih teruja. Jangan tipu! Sebab pertama kali naik kapal terbang penulis pun rasa macam tu.



Tapi, tak semua orang berani untuk menaiki kapal terbang. Sesiapa yang mempunyai rasa takut untuk menaiki kapal terbang, kemungkinan besar mereka mempunyai fobia kepada tempat tinggi atau fobia kepada sesuatu yang besar. Jadi, jangan salahkan sesiapa. Jom kita kongsi cara untuk mengelakkan rasa takut menaiki kapal terbang, supaya semua orang boleh terbang melihat keindahan dunia..

Jangan Fikir Bukan-Bukan
Sebenarnya, rasa takut tu akan menguasai diri korang, bila segala kemungkinan yang korang reka sendiri dalam diri ligat bermain dalam fikiran. Macam mana kalau kapal terbang ni terhempas? Macam mana kalau ada sesiapa rampas kapal terbang? Macam mana itu, macam mana ini.. Macam-macam ada.. Jadi! Buang semua kemungkinan yang korang reka sendiri tu jauh-jauh. Tenang, biarkan korang enjoy dengan penerbangan korang. Lihat apa yang korang boleh tengok semasa penerbangan. Sekali dah naik mesti nak naik lagi.




Be Possitive
Segala apa yang berlaku dan akan berlaku semua sudah ditentukan oleh penciptanya. Jadi, korang kene postif. Jangan sentiasa menjadi seorang yang negatif. Kalau sesuatu buruk nak berlaku, bukan semasa korang naik pesawat je.. Masa jalan kaki nak p makan kat kedai mamak pun boleh jadi macam-macam. Jadi! Positif..

Jangan Panik
Sesungguhnya, diri kita sendiri yang mengenali diri kita.. Tak akan ada orang lain yang akan tahu apa-apa pasal korang melainkan family sendiri. Tapi, kadang-kadang family sendiri pun susah nak ramal sikap korang.. Betul tak? Kawan baik korang adalah diri korang sendiri. Kalau rasa panik ketika pesawat nak belepas, tenangkan fikiran dan hati korang. Jangan pula korang menjerit histeria.. Mahu satu pesawat kecam korang. Yakinkan diri semuanya akan baik-baik saja. Bila yakin tu ada, tak akan ada masalah dah.. Letak tangan kat dada dan cakap 'all is well' macam cerita 3 Idiots gituuu..



Ubah Fokus
Kalau agak-agak korang dah mula nak fikir yang bukan-bukan atau rasa ketaq lutut semakin menjadi-jadi, ubah perhatian korang pada sesuatu yang lain. Cuba cari sesuatu yang boleh ubah fokus korang. Contohnya, boleh senyum-senyum dengan peramugari atau peramugara yang ada.. Boleh borak dengan orang sebelah kalau orang sebelah korang suka berborak.. Kalau tak, bacalah risalah yang ada.. Tak pun tengok movie. Seronok juga movie yang ada dalam pesawat tau.. Tengok sampai korang tertidur pun tak ada siapa nak marah.. Asal korang boleh hilangkan rasa takut tu sehingga pesawat landing...






Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.