Header Ads

Buaian Ala 'Pantai Lombok' Tarikan Terbaru Pantai Batu Burok


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah bilangan buaian sedia ada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kepada 10 buaian tidak lama lagi.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, empat buaian sedia ada yang dibina secara bergotong-royong sesama kakitangan MBKT tiga minggu lalu hanya melibatkan kos RM200 kerana menggunakan barangan terbuang.

“Tiang buaian yang dibuat daripada batang nibong diperoleh daripada penduduk kampung, manakala bangku buaian dan  sepuluh tempat duduk awam, hasil daripada kayu cengal terbuang.
“Kos RM200 yang diguna pakai itu untuk pembelian tali buaian selain tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor luar,”katanya ketika dihubungi Teganukita.


Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang bertinggian 10 hingga 12  kaki persegi itu dibina dengan kedalaman 15 kaki persegi, dijamin tidak terbalik walaupun dipukul ombak.
“Bukan saja sesuai untuk kanak-kanak malah selamat untuk golongan orang dewasa.

“MBKT akan turut menambah bilangan lampu limpah di kawasan berkenaan untuk mengelak pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sumbang,” katanya.

Menurutnya, apa yang diusahakan itu kini menjadi tarikan terbaru kepada pelancong luar dan pengunjung tempatan, malah kebanyakan mereka mencadangkan menambah beberapa buaian lagi.

“Kemudahan sama  akan dibina di Pantai Teluk Ketapang, sebagai usaha menggamit kedatangan pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu,” katanya.



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.