Header Ads

4 Spot Ni Tempat Wajib Kalau Korang Nak Tengok View Sunset Cantik Kat Bali

Ada satu suasana yang kalau korang amati lebih indah dari waktu-waktu lain. Semua tempat ada.. Waktu ketika matahari tenggelam merupakan salah satu waktu singkat yang cantik kalau korang betul-betul amatinya. 

Walaupun orang tua-tua selalu cakap waktu senja duduk dalam rumah, sesekali cuba la try senyap-senyap keluar rumah.. Masa tunggu matahari masuk untuk 'beradu' sekejap je.. Lepas dah terbenam, laju-laju masuk dalam rumah sebelum kena pekik.. Dah masuk dalam rumah boleh usha entri kali ni tentang tempat view sunset rare kat Bali..

Jimbaran Beach


Jimbaran Beach
Kalau ke Bali mesti korang akan singgah ke kawasan pantai-pantai yang ada. Tapi, ada satu pantai yang tidak semua orang tahu mengenainya. Pantai ini terletak di pulau Dewata yang semestinya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Jimbaran beach yang terletak berhampiran dengan pantai Tegal Wangi merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk korang tengok matahari terbenam. Kawasan pantai yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan masih lagi belum ramai pengunjung pasti membuatkan mata korang terpana melihat keindahan alam..



Bukit Asah
Kalau korang singgah di Bali Timur, jangan lupa ke Desa Bugbug, Karangasem Bali. Kenapa? Sebab.. Kawasan pergunungan ni merupakan salah satu kawasan yang cun kalau korang nak tengok matahari terbenam. Kalau korang sampai awal di puncak, boleh pasang khemah, lepak-lepak dulu sementar tunggu matahari masuk.. Seronoknya nak ke bukit ni, korang boleh naik basikal atau kenderaan beroda dua yang lain. Untuk sapa-sapa yang nak fit lebih, jalan kaki sambil menikmati keindahan alam lagi rare kan..

The Lawn 

The Lawn, Canggu
Pada yang lebih inginkan suasana santai sambil-sambil boleh mengisi perut yang kosong.. Korang boleh try ke restoran The Lawn yang terletak di Kuta, Bali. Restoran yang terletak di pantai Batu Bolong ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin bersantai bersama orang-orang tersayang. Korang boleh bawa tikar, kusyen angin, atau apa-apa sahaja yang korang suka dan selesa.. Sambil lepak-lepak main buaian boleh tengok matahari terbenam. Feeling sangat.. Peestttt~ Tempat ni selalu penuh tau. Datang awal boleh cop tempat korang yang strategik..

Pantai Kelan

Pantai Kelan

Jenis kaki travel yang betul-betul tegar dan sentiasa bersama kamera mereka, pastinya pantai Kelan yang terletak bersebelahan dengan lapangan terbang Ngurah Rai, menjadi tempat yang korang tuju. Kawasan pantai dengan lapangan terbang yang sangat hampir membolehkan korang mengambil gambar matahari terbenam, pakej dengan kapal terbang yang nak mendarat.. Mana taw rezeki ada kapal terbang nak landing masa korang tengah ambil gambar matahari terbenam. Kan ke cantik tu.. Mahal weyh!



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.