Header Ads

15 Fakta Mengenai Hokkaido. Korang Dah Jejak Belum?

Ada di antara kita datang ke Hokkaido hanya ingin menghayati keindahan alam. Pada pendapat aku , ladang lavender Hokkaido adalah antara yang tercantik di dunia.

sumber: http://www.placestoseeinyourlifetime.com/
  • Hokkaido terletak di bahagian paling utara Jepun yang berhampiran dengan Rusia.
  • Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun.  Secara puratanya, 5 peratus  populasi penduduk Jepun tinggal di pulau itu. Di sini, jalan rayanya lurus dan lebar. Tiada bangunan-bangunan yang sesak seperti tempat lain di Jepun.
  • Ia mempunyai kawasan perairan yang dikenali sebagai Laut Jepun, Laut Okhotsk dan Lautan Pasifik.
  • Di tengah-tengah pulau Hokkaido, terdapat beberapa gunung serta gunung berapi di atas dataran tanah tinggi yang dikelilingi beberapa kawasan pantai.
  • Bandar-bandar utama di Hokkaido termasuklah Sappora dan Asashikawa di kawasan tengah dan pelabuhan Hakodate yang bertentangan dengan Honshu.
  • Pada musim sejuk, Hokkaido menjadi tumpuan peminat-peminat ski dan juga papan luncur ais. Alasannya amat mudah. Hanya kawasan ini yang mempunyai salji paling tebal di Jepun.
sumber: http://www.japanvisitor.com/

  • Lavender telah ditanam di Hokkaido selama lebih setengah abad. Pada tahun 1960an dan 1970an, lavendar yang ditanam secara komersial mula beralih menjadi satu tarikan utama pelancongan Hokkaido. Lavender turut dijadikan pelega sengatan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai krim anti-kelecuran.
  • Peminat lavender tentunya tidak akan melepaskan peluang bertandang ke Furano dan Biei. Bandar yang terletak di tengah-tengah Hokkaido ini terkenal dengan landskap taman yang dipenuhi bunga-bunga segar.
  • Furano merupakan pusat bandar Hokkaido yang popular. Sebagai tarikan utama lavendar, Furano dibanjiri kafe dan kedai-kedai yang menjual seribu satu produk berasaskan bunga berwarna violet itu. Selain itu, Furano dikunjungi disebabkan perayaan lavendar yang diraikan masyarakat tempatan.
  • Ladang Tomita - Terkenal dengan nama jolokan ‘Ladang  Pelangi, ikon utama bandar Furano ini hanya dibuka pada musim panas. Selain lavender , ladang ini turut dihiasi deretan bunga popi dan marigolds Perancis.
sumber: tripadvisor
  • Hinode Park - Taman Hinode ini terletak berhampiran Bukit Furano. Ia merupakan tempat pertama di Jepun yang mempunyai platform tontonan 360 darjah di atas bukit. Di sini, pengunjung dapat melihat pemandangan penuh lavender yang menghiasi banjaran Gunung Tokachi-Dake. Taman Hinode turut menyediakan kemudahan camping.
  • Ladang-ladang lavender di Furano menarik sebilangan besar pelawat ke rantau ini setiap musim panas. Lavender biasanya mula berkembang pada lewat Jun. Bunga ini akan kekal mekar bermula pertengahan Julai hingga awal Ogos.
  • Selain lavender, Hokkaido terkenal dengan ‘Tembikai Yubari’. Rupa tembikai ini sama seperti tembikai lain. Isinya berwarna oren kemerahan. Ia terkenal kerana rasanya manis dan  sering dijadikan sebagai buah tangan –hadiah terbaik musim panas di Jepun. Jika anda sedang mencari hadiah untuk bos anda atau rakan sekerja, tembikai ini adalah ole-ole terbaik untuk dibawa pulang.
  • Petani tempatan menyatakan bahawa kandungan sulfur tinggi tanah gunung berapi yang menjadikan tembikai ini unik. Selain itu, tembikai ini turut mempunyai gred yang tersendiri sama ada gred A, B, C dan D.
  • Petani tembikai tidak akan menjual buah-buahan mereka pembeli secara langsung oleh kerana kawalan gred yang ketat Persatuan Pertanian Jepun bagi menjaga kualitinya.
sumber: http://jpninfo.com/


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.