Header Ads

10 Makanan Wajib Coba Di Korea!


Sangat teruja sebenarnya bila hendak ke luar negara, ke Korea pula tu! Dae-bak! Tapi… ada ke makanan halal di sana. Kena juga ke bawak pek kering untuk alas perut di sana? Argh runsingnya. Korang jangan risau, team BackPackerz sudah senaraikan makanan-makanan tempatan Korea yang muslim friendly dan marvellous untuk korang nikmati bila di sana nanti. - Farhana Azhar.

Bibimbap

Bibimbap
Datang ke Korea tapi korang tidak mencuba makanan tempatan di sana sudah tentu tidak lengkap rasanya. So, korang bolehlah merasa bibimbap ini. Bibimbap adalah makanan yang berisi campuran daging dan sayuran. Sayuran yang digunakan untuk menu bibimbap ini juga korang biasa makan. Seperti timun, tauge, carrot dan juga sengkuang. Bagi korang yang ingin mendapatkan bibimbap dengan label halal, korang boleh datang ke Restoran Hanok di Mokmyeoksanbang. Di restoran itu juga menyediakan pelbagai masakan tempatan Korea yang halal untuk kaum muslim yang tinggal disana mahupun pelancong yang datang.

Saengseon Gui

Saengseon Gui
Saengseon Gui adalah makanan tempatan Korea yang berasaskan ikan, selalunya menggunakan ikan Mackarel. Selalunya kita akan familiar jumpa ikan sebegini dalam tin sardin je kan. Tapi ikan yang digunakan adalah segar dan mavelous. Dalam bahasa Melayu, Saengseon Gui ini bermaksud ikan bakar, tapi cara masakannya bukan dibakar tetapi bergoreng. Korang memang wajib coba! Selain halal, rasanya juga sangat sedap. Ikan yang digunakan pun segar, kerana hasil tangkapan nelayan yang express dari pasar. Oleh sebab itulah ikan yang dibakar ini tidak akan mengeluarkan bau hanyir.

Maeuntang

Maeuntang
Maeuntang ini juga adalah salah satu makanan tradisional Korea yang sangat di rekemen untuk pelancong muslim. Maeuntang ini adalah makanan yang berasaskan isi ikan yang direbus dengan serbuk cili dan memiliki rasa yang pedas. Makanan ini sangat sesuai di makan pada musim sejuk kerana ianya dihidangkan dalam Hotplate yang dapat terus memanaskan makanan. Maeutang menjadi makanan peveret masyarakat Korea disebabkan rasa sup yang segar dan juga isi ikan yang kenyal membuatkan nafsu makan bertambah di saat tubuh terasa beku karena cuaca sejuk. Yummy!


Sundubu Jjgae

Sundubu Jjgae
Sundubu jjgae merupakan makanan diperbuat daripada tauhu dan kuah serta serbuk cili yang cukup pedas. Rasa dari Sundubu Jjgae mungkin akan mudah terasa pekat pada lidah korang. Dan rasanya pun tidak kalah sedapnya dengan makanan – makanan halal Korea yang lain. Selain itu, bahan asasnya yang tidak menggunakan daging ini sangat di rekemen untuk korang yang mencari makanan halal. Dan sesuai juga buat korang yang sedang melakukan diet untuk protein dan elak dari daging. Sundubu jjgae ini sangat sesuai untuk dinikmati di musim sejuk, rasanya yang pedas dan kuahnya yang panas membuat sundubu jjgae menjadikan pilihan yang tepat.

Doenjang Jjgae

Doenjang Jjgae
Doenjang Jjgae ini termasuk makanan berkuah yang berasaskan rebusan sayur serta makanan laut. Sayuran yang digunakan pun sangat sedap dan boleh juga dijadikan sebagai lauk yang sihat untuk korang. So, korang masih fening lalat lagi nak makan apa di Korea? Makanan yang ini memang dijamin halal. Sangat sesuai juga untuk dinikmati pada musim sejuk serta menghangatkan lagi tubuh yang kesejukan saat salji turun.




Kimbab

Kimbab
Kimbab ini adalah makanan yang sama konsep dengan sushi yang berasal dari Jepun. Bentuknya juga sama seperti sushi. Inti yang digulung dengan sushi ini boleh dijadikan sebagai hidangan utama makan tengahari korang. Rasanya? Jangan ditanya soal rasa, mostly ramai orang sudah buat kimbab ini sebagai makanan peveret tau. Korang nak try? Silalah datang ke Korea merasai keaslian kimbab yang halal lagi delicious tu.

Haemul Pajeon

Haemul Pajeon
Haemul Pajeon juga adalah makanan tempatan Korea yang wajib korang try bila datang ke sana. Makanan ini seolah-olah macam pancake juga. Adunannya dicampur dengan seafood dan dibentuk seperti pancake. Sesuai juga untuk pelancong muslim yang datang ke Korea. Konsep dia sama seperti murtabak lah kat Malaysia ini. Makanan yang berisi inti sotong kurita ini menjadi makanan yang patut untuk di rasa.

Jjampong

Jjampong
Jjampong ini sejenis mee dengan seafood seperti sotong, kepah dan udang. Rasa kuahnya pedas dan kaya dengan rempah. Dan rasa keseluruhan dari si mee kuah pedas seafood ini sangat menggugah selera. Korang jangan risau sebab Jjampong ni takde bahan yang berasaskan daging babi pun. Disebabkan masyarakat Korea yang gemar makan makanan yang pedas, so Jjampong ini rasanya seperti pedas masam manis, sesuai dengan citarasa makanan seafood. Tapi kalau korang yang tak suka makan makanan pedas, korang boleh suggest dekat tukang masak jangan buat pedas huhuhu…

Tteokbokki

Tteokbokki
Tteokbokki ini seperti kuih beras di Malaysia. Ia dibentukkan menjadi potongan persegi panjang dan direbus dengan kuah special tteobokki dengan rasa yang pedas. Sangat sesuai dijadikan makanan kudapan di waktu petang. Dan yang terpenting, tteokbokki ini termasuk dalam makanan yang halal. Selain mudah untuk dibuat, makanan ini adalah makanan peveret remaja di Korea, bahkan telah menjadi kudap-kudap ketika bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Hobakjuk

Hobakjuk
Nak try makan korea yang halal dan lain daripada yang lain? Maybe Hobakjuk sangat sesuai memenuhi selera makanan Korea korang. Hobakjuk ini adalah sejenis bubur yang diperbuatkan daripada labu sebagai bahan asasnya. Kiranya, macam bubur labu lah kalau orang kita panggil. Sedap juga kalau teringin nak makan bubur labu tapi versi Korea punya.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.