Header Ads

Itinerari 4 Hari 4 Malam 6 Sepupu Ke Suratthani Thailand - ZulFadzli Mohd Tahir


Selalu kita nampak rakan-rakan facebook buat Final Call (Air Asia) pada setiap awal bulan kan? Selalu sangat route perjalan KUL - URT sangat murah. Tetapi tak tahu apa yang menarik di Surat Thani Thailand ni? Bagi peminat nature ini adalah peluang anda untuk teroka disini!
.
Route kami berenam buat selama 4H3M | 18 - 21 NOV 2016  : KUL - URT - KHOA SOK - KOH SAMUI - URT - KUL.Memang cukup padat dengan pelbagai aktiviti boleh buat selama 4 hari tu. Dan yang paling best All-in budjet tak sampai pun RM1000 (tidak termasuk shopping)

.
18 NOV 2016
--------------------
12PM : KLIA 2
1230PM : URT (SURAT THANI)
3PM : Taman Negara (Khoa Sok)
5PM : Check in Krai Son
6PM : Kayyak
7PM : Dinner
9PM : Tidur
..............................................................................
-Tiket flight return kami ambik Final Call last minute.
-Deal pakej di taman negara thru email info@khaosoklake.com ) attn : Mr Nick
-Depo bayar pakai paypal (boleh guna debit)
-Pakej kami ambil Transport & Accomodation (semua dapat private services) 
- Mintak depa bawak pi beli sim kad thai luar airport sebab murah dan berbaloi. kami dapat unlimited internet 7 hari semurah 150B sahaja! kongsi 6 orang still laju habaq mai! (jenama AIS)
-Tiket masuk ke taman negara tidak termasuk dalam pakej. Perlu dibayar (300B) di pintu masuk sebelum menaiki speed boat untuk ke Floating Resort
-Kami terus dibawa ke tempat2 menarik sekitar dalam empangan sebelum check-in
-Untuk maklumat, 100% line telipon tidak ada setelah berada di tengah2 tasik. Kemudahan seperti TV dan plug untuk cas alat eletronik juga tidak disedia kan didalam bilik (jadi kene jimat bateri / makesure powerbank anda penuh untuk tampung 2hari). Tandas juga tidak berada didalam bilik, perlu berjalan ke satu tempat yang disediakan tandas. Sepanjang 2 hari kami hanya mandi air tasik sahaja (tidak ada shower disediakan) dan kami bilas guna air mineral sahaja.
-Makanan dah termasuk dalam pakej (4x untuk 2 hari). Dan paling best lauk adalah free flow! boleh topup kalau tak cukup. Lauk semua tiptop sedap weh!















19 NOV 2016
--------------------
6AM : XTVT (KAYAK + HIKING)
11AM : Brunch
12PM : Check- Out
1PM : Khoa Sok - Donsak Pier
3PM : Donsak - Koh Samui
7PM : Koh Samui - Hotel
745PM : Check - in Chaweng Palace Hotel
10PM : Tidur
..............................................................................
-Awal2 pagi dah buat xtvt bagai. Untuk hiking jangan risau, orang yang xpernah buat pon boleh buat. Sebab tak tinggi mana pon. Rugi tak cuba, sebab setiap minit akan jumpa air terjun (mini). Tak perlu pakai kasut pun xper, kami pakai selipar je! hahaha.
-Settel xtvt, tiba masa untuk check out. Tapi mereka bagi makan dulu sebelum balik! apalagi sebabkan free flow dia kasi topup makan kaukau punya sebab perjalanan dari taman negara ke koh samui akan ambil masa 7 jam! 
-Untuk fery, kami walk in terus untuk beli tiket ke koh samui (disarankan untuk ambil pakej fery + transfer hotel) under syarikat Seatrans. Waktu perjalanan ke koh samui ada setiap jam sehingga pukul 7PM. Free seat semua. boleh duduk dalam ataupun luar.
-Sangat rakemen kan hotel Chaweng Palace ni. Dah lah besar, murah pula tu! Dan paling best bersebelahan dengan sewa moto dan family mart! kami booking pakai agoda.com sahaja.
-Jika anda sampai pada belah malam di Koh Samui, better terus sewa moto. Supaya senang untuk bergerak cari kedai halal. sewaan moto selama 24Jam (200B).














20 NOV 2016
--------------------
8AM : Brunch + Siteseing
-View Point
-Wat Khunaram
-Big Buddha
-Wat Plai
-Hinta Hinyai
10PM : Tidur
..............................................................................
-Memandangkan budjet yang rendah dan masa tidak mencukupi, jadi kami tidak buat island hoping di Samui. Sebaliknya hanya pergi ke tempat2 menarik untuk melawat sahaja untuk seharian suntuk.
-Boleh tenguk pada map, route senang saja untuk keliling satu Koh Samui dengan moto (kami pakai google maps).
-Time ni lah mencuba makanan mereka seperti coconut ice cream, pancake, gula2 buatan tangan, dan sebagainya. Setiap tempat melawat, lain makanan yang dijual sekitar situ. Dan ada juga tempat berbayar untuk masuk dan ada juga yang percuma.











21 NOV 2016​
--------------------
4AM : Check - out
6AM : Check - in Seatrans fery to Donsak Pier
1130AM : URT Airport
1PM : URT - KUL
3PM : KLIA 2
..............................................................................
-Ha ini paling mencabar! memandangkan flight tengah hari, dan perjalanan dari Koh Samui ke Airport makan masa 5 jam, jadi kami ambil keputusan untuk gerak seawal mungkin supaya tidak ketinggalan flight
-Teksi kami deal dengan hotel untuk pickup dan dibawa ke jeti samui seawal yang mungkin.
-Tiket fery juga tidak perlu risau, kami beli secara walk-in dengan syarikat SeatransDan juga diingatkan untuk beli pakej transfer ke Airport bersama mereka. Tak perlu lagi nak pening kepala nak cari teksi lain.
-Maka dengan itu kami ber-6 selamat sampai ke KL dengan lancarnya. 




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.