Header Ads

Gadis Ini Kongsi Itinerari 4 Hari 3 Malam Di Khao Yai Bhg. Utara Thailand - Lala Velouette


Hi. Maafkan saya sebab lambat post pasal trip aritu. Baru ada masa nak tulis panjang lebar  - Lala Velouette😝

Trip kali ni bawa kami ke Khao Yai iaitu sebuah tempat yang terletak di Utara Thailand. Bagi yang belum berkemampuan seperti kami untuk ke Venice, Italy ataupun nak tengok farm dekat New Zealand, bolehlah try pegi sini. Dekat sikit tapi view pun boleh tahan jugak πŸ˜ Dalam posting ni ada sedikit perkongsian dari saya untuk mereka yang ingin ke Khao Yai.

KHAO YAI - BANGKOK 
By: Lala Velouette (FB) / lalavelouette (Instagram)

Photo Crdt to:
Mohd Ahlong (FB) / ahlongphotography (Instagram)
Fathur Razi (FB) / by.fathurrazi (Instagram)
Jie Velouette (FB) / norzieabdthani (Instagram)

DAY 1: BANGKOK - PAK CHONG
* 8.40pm Arrive at Don Mueang International Airport
* DTAC Tourist Simcard = THB299
* 9.30pm Taxi to Hua Lamphong Station THB260/4 = THB65 
* 10.45pm Rapid Train No 141 to Pak Chong, 4hrs30mins = THB86 
* 03.30am Arrive at Pak Chong
* Overnight at Pak Chong Train Station

Notes:
*Khao Yai terletak di antara Bangkok dan Nakhon Ratchasima (Korat). Kalau nak pegi sini, saya sarankan amik train or minivan dan turun dekat Pak Chong. Dekat sikit kalau nak pergi Khao Yai ☺️
*Kalau taknak naik train, boleh naik minivan dari Mo Chit BTS Station, 3hrs20mins. Kami naik train sebab nak pengalaman baru naik train lama² tapi sakit pulak punggung sbb time tu express train & special train dah takda so kami naik ja rapid train. Gigih tidur duduk 4 jam hahaha πŸ˜‚
*Make sure sewa motor dekat kedai besar Yamaha dekat Pak Chong yang tu trusted sebab diorang minta passport sebagai cagaran. So kalau taknak bagi passport boleh deposit THB5000 sebagai ganti.

DAY 2: PAK CHONG - KHAO YAI
* 6.30am Taxi to Juldis Khao Yai J2 Hotel = THB400/4
* 7am Early Check In = THB500/4 for 2 rooms
* Get Ready!
* 9.30am Palio City 
* 11am Taxi to Yamaha Rent Motorcycle Pak Chong = THB350/4
* Motorcycle Rent = THB300/day
* 11.30am Khonyok Sheep Farm, 1hr50mins = THB50 (entrance fee)
* 3pm Khao Yai National Park = THB400, +THB30 for bike.
* Fuel = THB140 (full tank)
* 7pm Dinner Nasi Ayam at Pak Chong Night Bazaar
* 8.30pm Back to Juldis Khao Yai J2 Hotel

Notes:
*Public transport dekat Khao Yai agak susah sedikit dan tempat cantik semua jauh² belaka. So, sarankan sewa la motorcycle pastu explore sendiri. Jalan dekat Khao Yai agak mudah untuk diakses & jangan risau tak sesat pun πŸ˜
*Kami tersilap percaturan sedikit πŸ˜ŒLebih baik ke Jim Thompson Farm berbanding ke Khonyok Sheep Farm. Sebab apa? Khonyok Sheep Farm tak best hahaha πŸ˜‚ Rugi kalau ke Khao Yai tapi tak ke Jim Thompson Farm sebab Jim Thompson ni salah satu tempat yang wajib pergi bila ke Khao Yai dan kami memang rugi sebab tak sempat nak pergi sebab agak jauh sedikit dari pekan Pak Chong dan masa memang tidak mencukupi πŸ˜­Takpa ada rezeki pergi lagi haha πŸ™Š
*Waktu yang paling sesuai kalau nak ke Khao Yai adalah pada bulan Nov-Jan sebab time ni semua bunga tengah bloom. Seeloknya pergi pada bulan January kerana ada Festival Bunga Tahunan dekat Jim Thompson Farm. Jangan salah timing pulak k πŸ˜

DAY 3: KHAO YAI
* 7.30am Breakfast
* 8.30am Outlet Village (Singgah ambil gambar ja πŸ˜)
* 9am Premium Outlet Pak Chong 
* 11am Farm Chokchai (10am & 2pm Only)
* Fuel = THB60
* 2.30pm Factory Chocolate
* 4pm Primo Piazzo = THB100 (Entrance Fee)
* 7pm Back to Hotel
* 7.30pm Dinner Nasi Kosong & Ikan Sardin

Notes:
*Kalau ke Farm Chokchai, make sure pergi sebelum pukul 10pagi dan 2petang. Farm hanya dibuka untuk 2 waktu ini sahaja. Kitorang sampai sana 11 pagi so tak sempat nak masuk dalam tengok show. Dekat dalam banyak view cantik macam dekat New Zealand tapi xda rezeki. Nak pergi pukul 2 petang tapi tiket dah sold out sebab dah kena book awal oleh group tour dari China. Akhirnya kami pergi dengan hati yang sedih dan pergi ke tempat lain pulak haahaha πŸ˜ŒπŸ˜Œ
*Agak susah nak cari makanan halal dekat Khao Yai. Makanan kami beli dekat 7e. Nasi kosong dan ikan sardin. Cari yang ada logo halal k. Lupa dah apa brand πŸ˜Š 

DAY 4: KHAO YAI - BANGKOK
* 7.30am Check Out
* Drop bag at the lobby
* 7.45am Breakfast
* 8.30am The Bloom by Tv Pool, 35mins from Khao Yai
* 11am The Birders Lodge
* Coke = THB50
* 2pm Lunch at Juldis Khao Yai J2 Hotel
* Fuel = THB80 (full tank)
* 4pm Return the Motorcycle
* 4.30pm Minivan to Bangkok = THB140
* 8pm Arrive at Mo Chit BTS Station
* 8.30pm Check in at The Cozy Inn Hotel Bangkok

Notes: 
*Masa agak suntuk dan kami tak sempat pergi ke tempat lain memandangkan motorcycle kena return sebelum pukul 5 petang. So kami singgah memana tepi jalan untuk ambil gambar. Dekat Khao Yai banyak port cantik yg terletak tepi jalan so boleh berhenti kejap dan ambil gambar.
*Sebaris kedai sewa motor tu ada bus station. So kalau nak ke Bangkok boleh naik bas daripada situ. Cuma perlu jalan kaki sikit ja ☺️
*Banyak jugak tempat yang tak sempat pergi sebab agak jauh dan kami taknak ambil risiko sebab penalti akan dikenakan jika lambat pulangkan motorsikal. 

EXCHANGE RATE THB100 = MYR12.09

Kami pergi berempat. So kebanyakan kos perbelanjaan dan pengangkutan kami bahagi 4. Nak jimat, sewa motorsikal dan explore sendiri. Makanan bawak siap² dari Malaysia. Nak jimat masa pula, boleh ambil midnight train so malam boleh tidur dalam train jimat sikit kos hotel πŸ˜ Kami berpeluang menghabiskan masa 4 hari di Khao Yai dan 2 hari di Bangkok. Ini bukanlah full itinerary memandangkan kebanyakan aktiviti di Bangkok adalah private activities πŸ™Š 

Berkenaan gambar di sepanjang trip ini, kesemua gambar diambil menggunakan camera Canon 5D Mark III, Canon 5D Mark II, Fujifilm X100, Sony A5000, GoPro Hero 3+, Iphone 6 dan Iphone 6s sahaja. Edit guna vsco ja πŸ˜ 

Sekian perkongsian dari saya. Yang mana terkurang saya mohon maaf. Info selanjutnya boleh baca dekat caption gambar okay ☺️
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk mereka yang ingin ke Khao Yai. Sebarang pertanyaan boleh pm saya jangan malu malu ok? πŸ˜˜

Gambar saya upload slow² k sebab ada banyak so kena pilih satu² hehe 

Terima kasih!
#lalawanderlust #travelwhileyoucan #sharingiscaring #lalatraveltips
















Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.