Header Ads

8 Perkara Kena Tahu Tentang Glamping

Korang mesti tertanya-tanya, apa benda lah glamping ni kan? Glamping ini adalah singkatan bagi nama Glamor Camping sebenarnya. Glamping juga sudah lama bertapak di Malaysia dan telah menjadi trend backpackers yang inginkan aktiviti lasak tetapi masih lagi boleh kekal bergaya. Ala-ala hipster gitu. Ramai yang tidak tahu lagi akan kewujudan glamor camping ini. Jadi penulis ingin senaraikan 8 perkara mengenai glamping ini khas untuk pembaca.

Penginapan Yang Havoc
Bagi korang yang teringin nak mencuba aktiviti outdoor tetapi takutkan risiko yang akan dihadapi, glamping adalah pilihan yang terbaik dan diiktiraf sendiri oleh team Backpackerz. Ini kerana, glamping juga menawarkan penginapan yang selesa dan kurang risiko yang leceh dan berbahaya seperti ‘khemah banjir’ ataupun haiwan liar ada di dalam khemah. Kebanyakan glamping di Malaysia menyediakan khemah yang mempunyai katil dan kipas dan kadangkala aircond di dalamnya. Jadi memang tersangat selesa dan tidak perlu risau akan kepanasan di siang hari, walaupun korang nak melepak dalam khemah sahaja!

Tak Perlu Bawa Peralatan Memasak
Selalunya jika kita bercamping, mesti lecehkan nak bawa peralatan memasak? Tapi glamping tak perlu bawa tau. Korang just bawa pakaian dan sleeping bag sahaja ke sana. Ini kerana kebanyakan glamping menyediakan makanan seperti hotel dan konfirm punyalah korang rasa macam nak duduk lama dekat glamping ni. Nama pun glamor camping kan, makanan pun mewah juga lah. Tak gitu?

Tempat Mandi yang Selesa
Bila bercamping, memang perihal tandas ni boleh dijadikan isu. Nak kena korek tanah buat lubang untuk tandas lah, nak mandi pun kena cari sungai or air terjun yang sememangnya sejuk bila di pagi hari, sampai menggigil hingga ke tulanglah.. Tapi glamping ni berbeza, kebanyakkannya glamping di Malaysia memang menyediakan tandas yang selesa. Siap ada water-heater lagi tau kalau korang nak mandi air panas. Bergantung kepada tempat-tempat glamping yang korang pergilah. Tapi yang penting, confirm havoc punya!

Aktiviti yang Best
Glamping juga menyediakan aktiviti dan facilities yang menyeronokkan. Antaranya ialah, berkayak, memanah, memancing, ATV (All-Terrain Vehicle), karaoke, Jungle Trekking, Bola Tampar, Paintball, Treasure Hunt dan lain-lain. Bergantung pada aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti glamping sangat sesuai untuk percutian keluarga dan juga aktiviti kem bina diri bagi korang yang inginkan suasana tenang dan 'have fun' bersama orang tersayang.

Jenis jenis Glamping
Glamping ini ada beberapa jenis tau! Pastinya untuk memberikan korang pengalaman dan kenangan yang berbeza jika berada di sesuatu tempat glamping tu. Antara jenis Glamping yang popular di Malaysia ialah :
  • Khemah
  • Treehouses
  • Cabin
  • Eco Lodges
  • Villas
  • Huts & Cottages
  • Unik & Luarbiasa
Tempat-tempat Glamping Hot di Malaysia
Disini penulis senarai tempat-tempat glamping yang paling hot di Malaysia:
  • UbiPadi Leisure Resort, Hulu Langat, Selangor
  • Caravan Serai Exclusive Private Villas, Bentong, Pahang
  • Suku Canopy, Johor.
  • Sailor Rest Resort, Janda Baik, Pahang.
  • Japamala Resorts, Pulau Tioman.
  • Tanah Aina Fahad di Ulu Dong, Raub, Pahang
  • Walai Penyu Resort, Sabah.
  • Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor.


Negara yang menyediakan Glamping
Selain Malaysia, ada juga negara-negara yang sudah memulakan dunia glamping ini. Antara negara yang menarik perhatian pelancong untuk berglamping ialah:
  • Afrika
  • Eropah
  • Amerika Utara & Selatan
  • United Kingdom
  • Oceania
  • Amerika Tengah & Carribean

Glamping Paling Rare Bulan ini – UbiPadi Leisure Resort
Bagi korang yang pening kepala cuti ini tidak tahu hendak kemana, korang boleh lah singgah ke UbiPadi Leisure Resort ni. Mereka menyediakan percutian hujung minggu yang best untuk korang tau! Korang boleh sertai Glamping Weekend Getaway yang dilancarkan oleh Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL), iaitu pengedar eksklusif jenama Igloo Malaysia. Antara yang ditawarkan dalam aktiviti pada hujung minggu ini, iaitu pada 17hb & 18hb Disember adalah :
  • 2 Hari 1 Malam Penginapan (khemah yang luas untuk dua orang / 2 x katil lipat dan kipas khemah)
  • Makanan & Minuman (Termasuk BBQ)
  • Limited Edition Igloo T-Shirt + Goodie Bag Worth RM100
  • Voucher Diskaun Outlet UFL  yang boleh ditebus di UFL (Bangsar SAHAJA)
  • Aktiviti Outdoor Keluarga
  • Sijil Penyertaan
  • Cabutan Bertuah (Peluang memenangi produk eksklusif dari UFL.)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web yang tertera.
Website: www.ufl.com.my 
FB: www.facebook.com/UFL.page




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.