Header Ads

Pemuda Ini Kongsi Trip Ke Sabah RM274 Seorang (4H3M) Dari Kuching


Artikel ini dikongsikan oleh Encik Najmuddin untuk pembaca BackPackerz. Kami share sikit pengalaman kami sabah baru-baru ni. Boleh jugak jadi tips untuk korang yg nk melancong ke sabah 4 hari 3 malam dengan harga yg murah! 😎😎😎
Backpackerzs Sabah 2016!
Bajet seorang (8 orang)
Tiket flight : Kuch-Kk-Kuch = Rm128/seorang (boleh juga booking melalui ejen juga dgn harga rm110 seorang
Hotel : Promanade service apartment (2 bilik) : Rm70/seorang (3 malam) boleh cari kat booking.com
Kenderaan : 2 buah kereta:
Rm66/seorang (boleh cari kt group facebook kereta sewa KK bnyk murah2)
Minyak : Rm80/ 2 kereta : Rm10/seorang

Total = Rm 274 / seorang (4 hari 3 malam) 😊😊😊
*kami pergi 8 orang. Bajet ni boleh juga pkai untuk 4 orang.


Hari 1 (Ahad 23 Oct 2016)

Flight Kuch-Kk (ambil flight yg awal pagi sbb boleh dpt murah. flight kami 6.10am dri kuching)
Sampai airport KK. Ambil kereta sewa
>hari pertama ni kami pusing2 bndar KK je.
-Pasar filipines
(boleh pusing2 kt sini bnyk kedai jual mcm2 barang termasuk lh cnderahati. tapi cop! Jgn beli dulu.. usha2 je dulu k. 😄)
-Mohideen Restaurant (dh penat jalan kami singgah mkn dulu. Kt kdai ni jgn lupa pekena kari dia. Memg pehhh! Tak jauh pun dri pasar filipines.)
-dh hbis mkn kami terus check in kt promanade hotel.
-Pantai Tanjung Aru (sbenarnya nk tgk view ptg masa sunset tp kecewa xdpt sbb hritu hujan 😞 huhuhu.)
kt T.Aru ni kmi mkn dulu. ikan bakar dia memg merecik hawauu 😍. kt sini lah boleh try ABC gunung kinabalu yg tinggi tu. wahh!
-Observation Hill. (perut dh kenyang ni nk ler rileks2 ye idak. lps mkn kami ke Observation Hill kt tgh2 bndar KK. kt atas ni boleh tengok view waktu mlm bndar KK. Memg cantik! 😍
-lps tu blik tdo lerrr. 💤💤💤

Hari 2 (Isnin 24 Oct 2016)
Destinasi-Ranau(Kundasang).(Kena bertolak awal ye) sini sy listkan tmpat yg korang blh pegi kt ranau ni.
-Rumah Terbalik Tamparuli (dh otw ke ranau ni boleh singgah kt rumah terbalik dulu kt tamparuli. yuran masuk rm10.60 je seorang)
-Desa Dairy Farm (lps tu kami terus ke Dairy Farm. 3 jam mcm tu pjalanan dri bndar KK)
*make sure condition knderaan okay ye terutama brek. Sbb nk pegi kundasang ni jalan dia naik bukit tinggi gituu)
-kt dairy farm ni cuaca dia boleh tahan sejuk jugak lah dengan view yg sangattt cantik. Ala-ala australia gituu..boleh beli susu dia memg sedap 😋. fresh! (Yuran masuk rm4/seorang. Student price)
-Kundasang War Memorial Park (tmpat ni xjauh pun dri dairy farm. turun dri dairy farm boleh singgah terus sini terus ok. ad sejarah tmpt ni sbenarnya boleh baca kt sini. (yuran msuk rm3/seorang)
-Tagal Luanti Fish Spa (time kami smpai dia ttp sbb air sungai besar so xde ikan. Kt sini la yg ad fish spa tu 😄) (yuran msuk rm5/seorang)
-Poring Hot Spring (dh kecewa xdpt fish spa kami singgah kt poring ni. boleh rileks2 berendam dalam air panas dulu) (yuran rm3/seorang)
-Tmpat2 ni smua ditutup pd pkul 5 ptg ye 😊
-lps tu kami bertolak balik ke KK. (kalau boleh bertolak sbelum cuaca gelap ye sbb nk turun bukit)
-smpai hotel. dh siap2 salin perut pun dh lapar. Kami ke waterfront. Bnyk kedai kt tepi2 ni boleh pilih2.. Mlm ni kami mkn seafood udang, sotong, ikan dan segala lah . Memg fresh!
-perut dh kenyang! Balik tido! 😂

Hari 3 (Selasa 25 Oct 2016)
destinasi (hari ketiga kami decide utk aktiviti air je) *dlm pukul 9-10 pgi mcm tu dh boleh gerak. Jangan lupa sarapan dulu yee!
-Jesselton point (Utk island hoping kita akan naik dri jeti jesselton ni. Jeti ni kt tgh2 bndar tu je tak jauh pun. Hehe. Tiket island hoping boleh beli direct kt sini xperlu booking awal. bnyk syrikt bulih pilih2 juga bah! Hehe.
(*sebelum naik bot beli mknan kt jeti dulu. sbb kt pulau mknan dh mahal2. Biasaa la. Huhu)
Kadar yuran dia (kami pergi 2 pulau :Pulau Sapi & Pulau manukan)
*Rm30 (tambang bot include cukai)
*Rm10 (life jacket & alat snorkeling)
:Rm40/seorang
Kalau nk main aktiviti lain pun boleh ad-on
*parasailing : rm60/seorang
*banana boat :rm25/seorang
*flying fox : rm40/seorang
-dh petang pkul 6 kami balik ke jeti.
-pasar malam KK (sbelah mlm kmi ke pasar mlm Kk. Ramai org jual2 kt sini. Masa ni la nk borong souvenir pun. Haha! . Mutiara bnyk dijual kt sini mcm2 jenis.


Day 4 ( 26 Oct 2016) Last day
-hari ke-4 ni kami dh relaks2 sikit. Kami check out hotel. Kami terus gerak ke
-1borneo Mall. (1 borneo mall ni berdekatan dgn UMS. memg besar mall ni. kami pun tersesat! hahaha!
-Aquarium & Marine museum (lps tu kami masuk ke Ums nk tgk akuarium besar. (Yuran rm5/seorang. *jgn lupa tunjuk kad pelajar ye)
-dh kluar akuarium boleh pegi pantai kt belakang tu. memg cantik. Nk mandi pun boleh. 😍😍😍.
-sbelum balik ni skali lg kami ke pasar filipine. beli buah tgn dari sabah bah.. Mknan yg popular dri sabah ni mcm Amplang, kuih cincin, pisang hijau dan mcm2 lg lah!
-dh setel2 semua kami gerak ke airport. dh nk bye2 dh sabah 😢. huhu.
-Flight KK-Kch (kami ambil last flight jam 10.30 malam dari airport KK)

*ni je sedikit perkongsian percutian kami ke sabah. moga2 jd tips yg baik untuk korang yang belum pernah ke sabah! Travel lah ye! Ke sabah kita? insyaallahhhhh.... bye2.










Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.