Header Ads

12 Alternatif Makanan Halal Ketika Backpack




1.      Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet.
2.      Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian.
3.      Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.
4.      Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel.
5.      Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan (buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan madu.
6.      Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan.
7.      Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam.
8.      Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengeyangkan.
9.      Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi babi yang digunakan dalam menu makanan Jepun, Italy, Mexico dan French misalnya. 
10.  Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol.
11.  Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu.
12.  Beri sedikit ‘guide’ kepada pelayan/pengusaha hostel mengenai diet halal agar mereka peka terhadap konsep 'muslim friendly'.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.