Header Ads

Nak Honeymoon Tapi Bajet Terhad?



 


Sudah menjadi kebiasaaan buat pasangan yang baru baru berkahwin atau pasangan yang ingin pergi berbulan madu tetapi mempunyai bajet yang terhad. Justeru itu, apa solusinya?

Honeymoon Secara Backpacking? Mengapa Tidak..
Apa lagi, paling mudah,  ambil pendekatan honeymoon secara backpacking? Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tapi ia akan memberikan kenangan terindah di saat bulan madu.

1. Lakukan Persediaan Awal
Itinerari dan perancangan penting dalam percutian. Apatah lagi jika anda tidak membocorkan poket anda dengan 'overspend'.

“Kesalahan yang besar yang orang sering lakukan ialah tidak mengetahui ke mana destinasi atau hotel yang mereka akan pergi,” kata Knipp dalam siri buku kembaranya.

Setelah mengetahui ke mana destinasi yang anda ingin tuju, buatlah sedikit kajian dengan  malayari laman sesawang seperti TripAdvisor.com atau Concierge.com untuk mengetahui apa yang dikatakan  oleh pengembara yang pernah bertandang ke sana. Dengan ini, anda mungkin menemui inapan dan destinasi yang seiring dengan bajet.

2. Semak Semula Pakej Yang Ditempah
Sebelum menekan butang transaksi atau pengesahan, sila rujuk semula pakej yang ditawarkan oleh hotel atau pun agen pelancongan. Jika anda merasa ragu-ragu atau inginkan maklumat lanjut, ringan-ringankan tangan untuk menghubungi mereka.

Kebanyakkan resort ada menawarkan promosi yang mungkin anda tidak ketahui. Inapan mungkin didatangkan dengan sarapan percuma atau diskaun hebat untuk merehatkan diri di spa atau pun tarikan-tarikan yang ada di sekelilingnya.
3. Selalu Melayari Portal Diskaun
Portal seperti Grupon dan MyDeal.com sering memberikan diskaun-diskaun hebat di mana pakej yang ditawarkan lebih murah daripada harga asal. Selalunya, pakej yang didatangkan lengkap bersama penerbangan dan tawaran-tawaran istimewa yang lain.

Namun, jika ada laman sesawang yang baru seumpamanya, sentiasa berwaspada kerana kita tidak mengetahui kredibiliti laman sesawang tersebut. Sentiasa lakukan penyelidikan untuk menghindarkan anda daripada terkena penipuan sindiket atau ‘scam’.

4. Berbincang Bersama Pasangan
Pakar yang selalu harus dirujuk tentulah pasangan anda sama ada si suami atau isteri. Sungguhpun anda mempunyai bajet terhad, ini tidak bermakna ianya tidak boleh menghadirkan sebuah percutian yang indah.

Selalu berbincang bersama pasangan supaya kedua-duanya gembira dengan destinasi yang anda pilih. Sentiasa peka dengan apa kemahuan anda dan pasangan dan mengetahui objektif sebenar untuk pergi berbulan madu. Sentiasa buat keputusan bersama dan mengelakkan orang ketiga dari memberi pendapat.

5. Ringan-ringankan Mulut
Tidak rugi pun kalau nak beri tahu pihak hotel atau agen pelancongan bahawa anda adalah pasangan yang baru berkahwin dan ingin berbulan madu. Ini kerana kebanyakan hotel ada menyediakan pakej atau hiasan istimewa buat pengantin baru.  

Katil anda mungkin akan dihiasi dengan kuntuman bungan ros dan banyak lagi kejutan istimewa. Meskipun ia adalah kejutan yang kecil, namun perkara yang kecil inilah yang selalunya memberi 'effect' istimewa terhadap percutian bulan madu.

6. Pengangkutan Harus Fleksibel
Ketika backpacking, perkara yang paling banyak kamu perlu berjimat dalam berbelanja ialah pengangkutan. Kelas kedua untuk penerbangan mungkin sedikit tidak selesa, namun banyak wang dapat dijimatkan untuk disalurkan untuk penginapan dan percutian anda. Semasa di tempat percutian pula, menyewa basikal atau motosikal juga dapat memberi extra keseronokan dan sedikit sentuhan romantik berbanding menyewa kereta. Justeru itu, sentiasa fleksibel dalam memilih kenderaan anda.

7. Bercuti Di Tempat Berhampiran
Kadangkala, anda tidak perlu pergi jauh untuk mengecapi percutian indah. Mungkin, pasangan anda tidak pernah bercuti di tempat tersebut. Inilah masa untuk menjadi seorang ‘travel guide’ yang baik untuk pasangan anda. Si dia pasti berbangga dengan pasangannya yang sedikit sebanyak mengetahui selok-belok di destinasi percutian tersebut dan sentiasa berasa selamat untuk berada di sisi anda.

8. Ambil Kesempatan Ketika ‘Low Season’
Rancang awal bulan madu anda di luar musim percutian dan hari minggu. Selalunya, resort-resort dan destinasi yang anda ingin tuju tidak sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin pergi bercuti, Harga inapan dan penerbangan yang ditawarkan juga selalunya lebih murah dari kebiasaannya. Malah, percutian anda secara automatik menjadi sesuatu yang lebih privasi dan menyenangkan.

9. Keluarlah Dari Zon Selesa
Inapan yang bukan hotel kadangkala menjanjikan tidur yang lebih selesa di dalam persekitaran semula jadi. Menempah kotej atau chalet yang berlatarkan suasana hutan pastinya menjadikan percutian anda lebih tenang dan sunyi.

Jika anda dan si dia gemarkan pantai, banyak resort-resort yang menawarkan inapan yang murah yang berhadapan dengan pantai. Pastinya, banyak perkara yang boleh dilakukan andai bijak merancang dan berbelanja.

10. Bercuti Dalam Negara
Banyak tawaran-tawaran istimewa yang ditawarkan oleh operator tempatan dengan pakej yang menarik terutamanya ketika travel fair. Justeru itu, tidak salah untuk merancang bulan madu anda di dalam negara yang kaya dengan destinasi tanah tinggi, pulau-pulau yang menakjubkan dan pantai yang indah. Sentiasa rujuk majalah percutian dan melayari laman internet untuk mendapatkan idea-idea untuk percutian bulan madu yang bakal tiba nanti.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.