Header Ads

Mengembara Dengan Bijak, Bukannya Bajet!

 

1.      Backpacker adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang mengembara dengan bajet yang minima untuk menjelajah ke tempat-tempat eksotik di seluruh dunia.
2.      Mereka yang digelar sebagai backpacker ini biasanya mencari kemudahan yang serba murah sambil menikmati dan memanfaatkan perjalanan mereka secara 'detail'. Cukup mudah untuk mengenali backpackers, satu beg galas dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dengan bajet yang terhad.
3.      Namun, sering kita jumudkan bahawa backpacker adalah golongan yang mahukan serba-serbi murah, jika boleh semurah yang boleh. Hinggakan backpacker ini dikaitkan dengan orang yang tak ada duit bila mengembara, busuk dan selekeh.
4.      Bahkan, istilah bajet sering digunapakai apabila dikaitkan dengan backpacking.
5.      Persoalannya,  murah atau bajetkah bila menjadi seorang backpacker?
6.      Bagaimana pula jika orang kaya mahu jadi backpacker? Adakah dia perlu 'down-grade'kan dirinya untuk menjadi 'gelandangan' hanya kerana minatnya mahu ber'backpack'?
7.      Bajet dalam backpacking adalah bijak untuk mengawal perbelanjaan, memilih, biarpun duduk di hotel bajet, ia perlu berbaloi. Anda ada sejumlah bajet, jika anda berjaya mengawal bajet dan memanfaatkan bajet anda, trip anda boleh dikira berjaya.
8.      Tapi, semua ini tidak akan berlaku tanpa ilmu, tanpa persediaan rapi dan pengetahuan yang luas. Percayalah, tanpa ilmu, apa yang anda ingin 'bajet'kan pada mulanya akan menjadi serba-serbi mahal.
9.      Tidak murah untuk berbelanja untuk ke luar negara. Tiket flight, kereta api dan perbelanjaan di sana. Tak semua orang boleh pusing ke Europe, naik Trans-Siberian atau tengok Aurora di Sweden jika tak ada duit.
10.  Malah, tak semua orang boleh pergi travel jika tak ada duit.
11.  Jika anda berjimat untuk makan dan inapan sekalipun, perbelanjaan untuk anda spend secara keseluruhannya bukannya murah. Maka, persoalannya? Apa sebenarnya definisi bajet buat si backpacker?
12.  Keseronokan dalam backpacking ialah anda mempunyai pilihan untuk mengawal perbelanjaan anda. Mendapatkan tiket pada harga promosi, diskaun hotel, redeem tiket guna brochurem, kopi percuma, semua ini tak akan berlaku tanpa ilmu, latihan dan pengalaman.
13.  Backpacker tahu bagaimana untuk memanfaaatkan duitnya secara 'minima' untuk menikmati perjalanannya secara 'maksima'.
14.  Kebebasan untuk memilih adalah kuasa yang menjadikan seorang backpacker itu 'special'. Jika rasa ingin selesa, pilih inapan yang selesa, jika ingin jimat, pilih yang paling murah. Backpacker adalah golongan yang fleksibel.
15.  Perlu jadi bijak dahulu, bajet akan datang kemudian bila anda bijak.



 

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.