Header Ads

8 Tip Ini Untuk Backpacker Solo Wanita



Mengembara bersendirian adakalanya memberi kepuasan tersendiri, namun ia boleh mengundang bahaya terutama buat golongan wanita. Pun begitu, bukanlah satu alasan untuk tidak keluar ‘solo’. Apa yang penting, keyakinan, ilmu dan selebihnya tawakal dan serahkan keselamatan diri anda pada Yang Maha Esa.
Banyak perkara perlu dititikberatkan sebelum mengambil keputusan seorang diri terutama di luar negara. Persediaan awal sudah semestinya menjanjikan pengembaraan terbaik buat si cantik manis.
1.     Pilih Destinasi Yang Terbaik
Jika ini pengembaraan solo anda yang pertama, pastikan anda tidak memilih destinasi yang agak mencabar dari segi keselamatan, bahasa dan pengangkutan. Negara di benua Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand,Vietnam dan Indonesia sering menjadi pilihan desitinasi kerana penduduk yang mesra, kekayaan budaya serta sejarah dan kos sara diri yang rendahkerana mata wangnya yang rendah berbanding negara-negara lain di benua Eropah.

2.      Mengkaji Tentang Destinasi Yang Dituju & Pastikan Bersedia!
Baca buku panduan tentang destinasi yang dituju, peta dan pilih kawasan penginapan yang selamat. Pastikan anda belajar serba sedikit bahasa yang digunakan di kawasan tersebut, dan pastikan anda membawa gadget yang dilengkapi dengan ‘travel apps’ membantu anda seperti yang amat membantu ketika mengembara.

3.     Bawa Barang yang Penting Sahaja
Lupakan tentang barang make-up, aksesori dan pakaian yang berlebihan. Ringankan backpack anda supaya mudah dibawa. Pastikan anda tidak lupa membawa dokumen pengenalan diri dan membuat salinan sebagai langkah berjaga jika berlaku kehilangan.

4.     Simpan Barang Berharga
Simpan barang berharga ditempat yang selamat dan bahagikan wang anda supaya anda tidak membawa terlalu banyak wang ketika melakukan aktiviti. Tanpa kita sedar banyak mata yang memerhati . Elakkan kes kecurian dan ragut.

5.     Sentiasa Yakin
Pandang kehadapan, berani bertanya dan tidak kelihatan takut merupakan kunci kepada keselamatan anda. Kelihatan sentiasa yakin membuatkan anda tidak terdorong sebagai target untuk perkara yang tidak diingini. Lawan perasaan malu dan bertanya kepada penduduk tempatan jika anda hilang arah tuju.

6.     Guna Teksi/Pengangkutan Yang Berdaftar
Walaupun anda sering melancong ke kawasan tersebut, tidak bererti ianya selamat. Hanya guna teksi yang berdaftar untuk elak perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes rompakan dan rogol terhadap pelancong . Tambahan pula, kini sudah terdapat kenderaan awam yang dikhaskan untuk wanita seperti yang terdapat di Japan, Malaysia, Egypt, Brazil, Indonesia dan Filipina. Tentunya ia lebih menjamin keselamatan para wanita.

7.     Mesra Tetapi Berwaspada Dengan Lelaki Tempatan 
Tidak salah untuk berkawan dengan lelaki tempatan, tetapi ada batasnya. Elak memberi alamat tempat anda menginap dan menerima pelawaan untuk keluar berdua dengan lelaki yang baru anda kenali. Apa yang anda praktiskan di rumah harus dilakukan ketika mengembara. Anda boleh menambah kenalan dan melakukan aktiviti bersama namun anda harus saling menghormati, dan sentiasa berwaspada.

8.     Elak Berseorangan Ketika Aktiviti Malam
Pastikan anda pulang ke hotel sebelum hari gelap jika berseorangan. Ada beberapa kawasan ‘black area’ yang mungkin anda tidak ketahui berhampiran anda. Jika hendak keluar pada waktu malam pastikan anda tidak berseorangan dan mempunyai teman.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.