Header Ads

8 Tip Terjemahkan Catatan Pengembaraan Kepada Travel Blog


1 - Belajar Teknik Asas Blogging
Mencipta blog sendiri sebenarnya sangat mudah. Setiap perkara harus bermula dengan sedikit usaha dan minat. Mana tahu, suatu hari nanti anda bakal menjadi seorang penulis blog kembara yang terkenal. Tambahan pula, tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk anda memiliki domain blog peribadi dengan identiti unik anda yang tersendiri.

2 - Guna Platform Blog Yang Mudah
Pilihlah medium blog yang memudahkan anda menulis walau di mana jua anda berada. Laman web yang paling biasa digunakan ialah WordPress, Blogspot, Joomla, TypePad, dan banyak lagi. Biasakan diri anda dengan fungsi platform blog yang disediakan. Pemilihan tema juga penting untuk menguatkan paparan blog anda sebagai travel blog.

3 - Ikuti Travel Blog Sedia Ada
Pelajari elemen penting dalam menyampaikan maklumat anda secara menarik dan informatif dalam penulis travel blog. Buat permulaan, anda boleh meniru mana-mana gaya penulisan travel blog atau majalah pelancongan yang anda gemari. Apa yang penting, pastikan apa dimuatkan ke dalam blog anda  bukanlah dicedok daripada mana-mana blog yang sedia ada.

4 - Pilih Topik Yang Anda Suka
Walaupun ‘libur’ secara amnya merangkumi topik yang sangat meluas, anda harus menfokuskan topik yang ingin anda ceritakan. Penceritaan secara terperinci mengenai sesuatu perkara pastinya akan menarik minat para pembaca untuk terus mengikuti dan melayari blog anda. Pilih topik yang kena dengan jiwa anda seperti lokasi tempat makan menarik mahupun pengalaman percutian.

5 - Update Blog Anda Setiap Minggu
Perkara sukar yang dihadapi oleh semua penulis di dunia adalah untuk mengemas kini blog secara konsisten. Posting secara mingguan menjadikan anda sebagai penulis blog aktif di kalangan orang ramai. Elakkan jurang yang terlalu besar hanya membuatkan anda kehilangan pengikut setia. Justeru itu, kendalikan blog anda sebaik mungkin.

6 – Kemahiran Mencatat Dan Berkarya
Jangan lupa untuk membawa pen dan kertas untuk mencatatkan butiran-butiran penting yang sukar untuk diingati seperti nama jalan, makanan, tempat, budaya dan apa jua yang anda temui di sepanjang perjalanan. Catatan nota perjalanan ini akan banyak membantu bila anda menulis blog.

7 – Asas Dan Teknik Fotografi Penting
Sekiranya ada sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, di sinilah gambar memainkan peranan yang penting. Foto turut dapat membantu menguatkan penceritaan anda. Sedikit asas pengetahuan tentang fotografi pastinya membantu anda mencoret travel blog anda dengan mudah.

8 – Sentiasa Positif Ketika Berblog
Ketika mengembara, pasti akan terselit kejadian yang kurang enak seperti kehilangan dompet atau berjumpa dengan orang yang tidak mesra, blog bukanlah tempat untuk menghamburkan perasaan marah anda atau komen-komen yang negatif. Mungkin, pengalaman anda ini dapat dijadikan sebagai info yang berguna untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Elakkan penggunaan Hiperbola Dalam Penulisan

Perkataan pertama yang akan datang ke fikiran penulis apabila melihat matahari yang terbenam atau indah atau perjalanan ke Tembok Besar Cina mungkin – hebat, luar biasa, mengkagumkan dan unik. Namun, perkataan seperti ini bersifat tidak deskriptif, yakni tidak menggambarkan sesuatu secara mendalam serta terperinci.

Untuk memudahkan anda menulis travel blog, teknik yang paling mudah adalah menggunakan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Seperti contoh, anda mungkin boleh berkata, “Kuih serimuka yang berwarna hijau ini rasanya manis dan berlemak, terasa aura santannya yang segar. Tatkala kuih disuap ke dalam mulut, bau aroma daun pandan yang harum wangi menusuk hidung, lantas membangkitkan selera makan saya.”

Pasti sesiapa sahaja yang mebacanya turut dapat membayangkan kelazatan kuih tersebut. Lantas, ia bakal membuatkan mereka mengidamkan apa yang anda makan. Andai boleh, masukkan sekali resipi sebagai info tambahan.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.