Header Ads

KAMBING KEBULI & SUP PERIUK TARIKAN NIKMAT IFTAR SACC


Dalam menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan ini, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bufet Ramadan 2015 dengan tema “Nikmat Iftar” bermula 19 Jun 2015 hingga 14 Julai 2015.

Bufet Ramadan kali ini akan mempersembahkan lebih daripada 120 hidangan Cita Rasa Selera Nusantara termasuk hidangan tradisi SACC setiap kali Ramadan iaitu “Nasi Kambing Kebuli”.

Istimewanya, sajian yang dinantikan saban tahun ini menggunakan 15 rempah-ratus rahsia yang menjadi keistimewaan hidangan yang tidak boleh didapati di tempat lain tatkala Ramadan menjelma.



“Nikmat Iftar” kali ini bukan sahaja menampilkan Nasi Kambing Kebuli, bahkan Shah Alam Convention Centre turut memperkenalkan “Sup Periuk” dalam menu utama hidangan. Sup periuk merupakan gandingan sup campur yang enak untuk dinikmati bersama roti.

Di samping dua hidangan utama ini, Nikmat Iftar SACC turut menawarkan lebih 120 hidangan masakan Nusantara untuk dinikmati buat seisi keluarga.

Harga Bufet Ramadan Nikmat SACC bermula dari RM88 seorang bagi dewasa dan RM44 seorang bagi kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Bagi pelanggan korporat pula, Pakej Korporat bermula dengan harga RM75 (minima 80 orang).




Kuiz Nikmat Iftar SACC & Bloggermedia

1. LIKE Facebook SACC ( https://www.facebook.com/SACCofficialnew ) dan menang.

2. LIKE Facebook Bloggermedia.

3. Komen pada ruangan Komen FB Bloggermedia. ‘Saya ingin berbuka bersama Bloggermedia di Nikmat Iftar SACC’.

4. Empat orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher Nikmat Iftar SACC bernilai RM88 x 2 orang (RM176).

5. Peraduan tamat pada  3 Julai 2015.

Update:

Senarai Pemenang Nikmat Iftar SACC Bersama Bloggermedia.

Semua pemenang memenangi 2 x voucher ‘Nikmat Iftar SACC’ bernilai RM176 dan telah dihubungi oleh admin di FB. Pemenang ditentukan melalui kaedah cabutan. Terima kasih kepada SACC kerana sudi untuk menjadi penaja dan kepada semua yang turut serta dalam peraduan ini.

1. Siti Husnah Bt. Husin
2. Noorshahleza Binti Mohamed Rezaki
3. Nuraimi Rahidah Binti Rosdin
4. Shafidatul Imah Binti Abd Wahab


Tahniah diucapkan kepada para pemenang...
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.