Header Ads

EVOLUSI SALOMON X-SCREAM 3D UNTUK LARIAN CITYTRAIL


Salomon kini tampil dengan X-Scream 3D yang direka buat mereka yang ingin memulakan larian bermula dari pintu rumah dan melewati landskap yang ada di sekitarnya. Berkonsepkan CITYTRAIL, X-Scream 3D mempunyai tapak yang berkusyen yang bakal memberikan larian yang selesa pada permukaan jalan yang berbeza-beza.

Kini, berjalan di laluan sukar dan permukaan licin, basah dan berbatu bukan lagi menjadi masalah kerana kasut ini bakal memberikan ‘grip’ yang terbaik. X-Scream 3D dilengkapi teknologi Sensifit untuk memberikan keselesaan dan rasa ‘fit’ buat si pemakai. Sistem Quicklace pada tapak kasut juga menjamin keselesaan berpanjangan sewaktu larian. 

Salomon X-Scream 3D direka di atas idea bahawa Citytrail akan membawa pelari untuk berlari di atas variasi kondisi dan permukaan landskap. Tentunya, ia menjadi cabaran dan keseronokan yang tidak dapat dikecapi pada trek biasa. Kasut ini bakal memberikan kebebasan kepada pelari untuk lari daripada trek yang biasa mereka jejaki.

X-Scream 3D memberikan rasa yang ringan pada kaki. Ia juga amat selesa dipakai, walaupun ketika mencubanya saya tidak memakai sebarang stoking. Selalunya, kasut larian yang dipakai tanpa menggunakan stoking akan membuatkan kaki cepat berasa ‘panas’.

Kasut ini amat sesuai buat mereka yang gemarkan untuk berlari pada setiap hari atau ketika hujung minggu. Sama ada larian pendek atau panjang, saya pasti kasut ini akan memberikan rasa perbezaan yang besar, tidak seperti kasut larian yang anda miliki sebelum ini. Apatah lagi Salomon X-Scream 3D direka untuk anda menikmati larian pada sudut dan landskap yang berbeza-beza.

Terdapat 5 variasi warna yang berbeza yang diperkenalkan untuk Salomon X-Scream 3D. Kasut ini dijual pada harga RM489 dan boleh didapati di Salomon Pavilion, World of Sports dan World of Outdoors.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.