Header Ads

MEDIA APPRECIATION NIGHT 2015 & “K-20” AWARD


KUALA LUMPUR, Rabu, 22 April 2015 – Malam Media Red Box Karaoke, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan Red Box Karaoke diadakan dalam suasana yang cukup sederhana bertempat di salah sebuah cawangannya di Tingkat 3, Red Box Karaoke, pusat membeli-belah IOI, Puchong. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapi dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2014, yang terdiri daripada 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2014.

Persembahan istimewa oleh Deasy Natalina dan Lawa Nie Geng.

Michael Yong, selaku Ketua Pegawai Operasi Red Box Karaoke, sewaktu ucapannya memberitahu, “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang tahun 2014. Setiap lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah ditentukan melalui pemilihan para pelanggan yang mengunjungi cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS bermula awal Januari hingga akhir Disember 2014." 

Wakil syarikat rakaman yang bergambar dengan anugerah yang diterima.

"Tidak keterlaluan jika kami katakan anugerah ini turut merupakan satu bentuk penghargaan kepada penggiat seni tempatan termasuk komposer atau penulis lirik. Semoga ia dapat memberi satu suntikan semangat kepada mereka untuk terus menghasilkan karya yang yang bukan sahaja bermutu, malah ‘karaoke friendly’. Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya”.

Berebut belon yang mengandungi hadiah-hadiah misteri.

Michael Yong turut berkongsi rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan pengamal media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Ujar beliau “Sepanjang berada 15 tahun di dalam industri, media telah banyak membantu mempromosikan sekaligus melonjakkan jenama Red Box sebagai sebuah pusat karaoke keluarga terkemuka. 

Sempat bermain game yang disediakan penganjur.

Di samping itu, kerjasama yang dijalinkan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis, sama ada tempatan mahupun antarabangsa turut membantu menaikkan nama Red Box hingga kami mampu menonjolkan kelainan, seperti penganjuran acara Anugerah Lagu Karaoke Popular”. Beliau turut menzahirkan harapan agar kolaborasi serta hubungan baik antara pihak pengurusan Red Box bersama rakan-rakan media, syarikat rakaman dan rakan niaga kekal berterusan.

Krew media yang bertuah yang memenangi hadiah.

Dalam usaha mengukuhkan lagi jenama Red Box agar terus relevan dengan kehendak semasa pengguna, Red Box hari ini gigih memastikan semua informasi sama ada berkaitan artis atau promosi boleh dicapai melalui Saluran Media Baru (New Media Network). Secara amnya, Red Box mempunyai Laman Web rasmi sebagai saluran informasi, YouTube sebagai saluran TV/Video, Twitter & Instagram sebagai saluran komunikasi.

Deasy Natalina dan Lawa Nie Geng.

Menariknya, semua saluran ini berhubung terus ke Facebook rasmi Red Box iaitu www.facebook/redboxfans sebagai saluran utama. Semoga sokongan dari pengguna media sosial dapat terus membantu #iluvredbox mempromosikan satu-satunya bentuk hiburan karaoke yang sihat, berkonsepkan keluarga di Malaysia.

Alyah

Malam Penghargaan Media ini turut mendapat tajaan daripada Seri Juicy yang bermurah hati menaja aneka jus campuran ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran segar yang dirumus khas dengan pelbagai bakteria baik yang bagus untuk kesihatan. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti berkaraoke, acara makan malam, permainan interaktif bersama para jemputan serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah seperti TV LCD, telefon pintar, barangan kosmetik berjenama, baucar tunai dan lain-lain.

MOST REQUESTED KARAOKE “K-20” AWARD 2014 
INTERNATIONAL

MALAY
1. LET IT GO

IDINA MENZEL, UNIVERSAL MUSIC
1. ROMANCINTA

MOJO, KRU MUSIC
2. HAPPY

PHARRELL WILLIAMS, SONY MUSIC
2. SETELAH KAU TIADA

CAKRA KHAN, RUSA MUSIC MARKETING
3. ANIMALS

MAROON 5, UNIVERSAL MUSIC
3. MALAIKAT

HAZAMA, MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS S/B
4. RUDE

MAGIC!, SONY MUSIC
4. TEPI SIKIT

SLEEQ & JOE FLIZZOW, WARNER MUSIC
5. THINKING OUT LOUD

ED SHEERAN, WARNER MUSIC
5. DI PINTU SYURGA

DAYANG NURFAIZAH, INDIGITAL S/B
6. ALL OF ME

JOHN LEGEND, SONY MUSIC
6. SESAL SEPARUH NYAWA

ALYAH, SONY MUSIC
7. HUMAN

CHRISTINA PERRI, WARNER MUSIC
7. SALAHKAH

DATUK ROSSA & HAFIZ,
SURIA RECORDS S/B
8. STAY WITH ME

SAM SMITH, UNIVERSAL MUSIC
8. MASIH AKU CINTA

SHILA AMZAH, WARNER MUSIC
9. CHANDELIER

SIA, SONY MUSIC
9. JAGA DIA UNTUKKU

DATO’ SITI NURHALIZA, UNIVERSAL MUSIC, SITI NURHALIZA PRODUCTIONS
10. SHAKE IT OFF

TAYLOR SWIFT, UNIVERSAL MUSIC
10. AKHIRI PENANTIANKU

ALIF SATAR, SONY MUSIC



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.