Header Ads

LIFESTRAW - JAMINAN AIR BERSIH DI MANA JUA

Foto: Terima Kasih Universal Fitness Leisure (UFL)

Air bersih sememangnya penting buat pengembara dan juga mereka yang gemarkan aktiviti outdoor. Kini, mendapatkan air bersih untuk diminum tanpa keraguan bukan lagi menjadi masalah dengan adanya inovasi terbaharu penapis air peribadi Lifetraw oleh Vestergaad.

LifeStraw

LifeStraw menggunakan teknologi gentian hollow fiber yang terkini. Ia merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menapis air tanpa melibatkan sebarang bahan kimia. Penapis air LifeStraw menukarkan air yang tercemar dengan bakteria dan protozoa agar selamat untuk diminum.

Pembersih air LifeStraw juga  berfungi untuk membuang virus yang tidak baik untuk tubuh badan. Produk LifeStraw juga direka agar tahan lama, ringan dan tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri untuk beroperasi.

LifeStraw Go

LifeStraw Go menggabungkan teknologi LifeStraw dan botol air yang boleh diisi semula. Botol air ini juga direka untuk diisi dan diambil di mana sahaja. Dengan ini, anda boleh membawa air minuman yang selamat dengan anda di mana sahaja.

Hanya cedok air dari sungai atau kolam, anda kini boleh menikmati air yang datang dari sumber semula jadi dengan lebih selamat dan bersih. Bentuk botol air juga direka agar bersesuaian untuk aktiviti mengembara, hiking, backpacking, berlari, berbasikal dan aktiviti lain.




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.