Header Ads

Review: Keen Uneek - Sandal Terbaik Yang Unik, Praktikal & Tahan Lama



KEEN UNEEK SANDALS

Keen Uneek memberikan suatu pengalaman dan dimensi yang baharu yang berbeza buat penggemar sports sandal.  Rekaan menggunakan dua tali parachute yang ditenun dengan rupa seakan sarang labah-labah atau spiderweb pastinya memberikan identiti yang tersendiri pada sports sandal ini. Ia juga memberikan pengudaraan yang baik pada kaki dan keselasaan maksima meskipun berjalanan di permukaan yang basah. 

Uniknya, tali pada sandal ini akan bertindak sebagai acuan yang mengikut bentuk dan kontur pada tapak kaki si pemakai selepas beberapa jam dipakai. Ini adalah disebabkan inovasi genius free-moving cord junctions yang unik pada tali sandal. Ia meregang dan mengikut alur pada tapak kaki anda, lantas memberikan suatu sokongan yang lembut tanpa meninggalkan rasa 'kosong' pada tapak kaki. 

Sandal ini memegang erat tapak kaki anda serta menawarkan cengkaman terhadap permukaan basah. Justeru itu, ia menjadikan sandal ini sesuai untuk aktiviti-aktiviti outdoor seperti light hiking, berbasikal dan jungle trekking. Dengan ciri-ciri polyurethane midsole berkusyen dan razor-siped rubber outsole, ia memberikan kelebihan pada Keen Uneek untuk beraksi pada permukaan batu yang licin.

Cengkaman yang baik pada sandal memberi kelebihan pada si pemakai meskipun pada permukaan basah, berlumpur atau ketika waktu hujan. Si pemakai pastinya dapat bergerak dengan selesa meskipun tatkala menjalani aktiviti yang lasak ketika mengembara, melancong atau bersantai pada permukaan yang berpasir seperti di hutan dan pantai. 

Bukan sahaja selesa ketika aktiviti luar, bahkan ia pastinya sangat bergaya untuk dikenakan ketika melangkah di kaki-kaki lima kawasan, ketika berkebun dan ketika di bandar. 

Sememangnya, Keen Uneek bukan sahaja sekadar sandal berteknologi yang berprestasi tinggi, bahkan ia adalah state-of-the-art. Ia juga merupakan suatu langkah yang berani bagi pengeluar sandal untuk melangkah setapak ke hadapan dengan rekaan yang unik dan tersendiri. 



Setiap sandal pastinya mudah kotor selepas digunakan di pelbagai permukaan yang kotor dan berdebu. Uniknya, sandal Keen Uneek boleh dibasuh dengan menggunakan air sejuk dan sabun. Kebolehannya untuk dibasuh menggunakan air pasti menjadikannya sangat praktikal untuk digunakan oleh pengguna outdoor kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tahan lama.

Untuk mengeluarkan kotoran yang berlebihan dan lumpur yang melekat, gunakan berus atau kain lembut dan elakkan proses pencucian menggunakan mesin basuh. Kemudian, biarkan kering pada suhu sederhana yang jauh dari terik matahari. 

Harga
Sandal Keen Uneek boleh didapati di Urban Adventure dan World of Sports (The Gardens dan eCurve). Sandal Keen Uneek bagi lelaki berharga RM479 sepasang dan wanita berharga RM459 sepasang. Keen Uneek juga boleh didapati dalam tiga variasi warna.


World of Sports 
Website: www.worldofsports.com 
Keen Uneek Website: www.keenfootwear.com


Outlet World Of Sports: Subang Parade, Paradigm Mall, Bangsar Village 2, Tropicana City Mall, E@curve Damansara, IOI Mall, Puchong, Gurney Plaza, Mahkota Parade & City Mall, Kota Kinabalu.   
Outlet World Of Outdoors: The Gardens Mall & E@Curve Damansara.


“There’s unique, and then there’s UNEEK – the new sandal from KEEN. Using innovative two cord construction, KEEN UNEEK molds to your feet for the perfect fit. The two cords and a simple, free-moving cord junction design allow the upper to move and adapt to the shape of foot. This construction provides freedom of movement while providing security and structure. The lightweight PU midsole delivers durability and comfort while the high traction rubber outsole with razor siping ensures secure footing.”













Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.