Header Ads

UDANG GORENG BERSALUT KUNING TELUR MASIN CHINESE-STYLE


Udang goreng adalah hidangan masakan cina yang paling saya gemari tatkala menikmati chinese course. Keenakannya semestinya sehingga menjilat jari. Dengan erti kata yang lain, kalau guna sudu, garpu atau chopsticks, kepuasannya tidak sama berbanding meratah udang rangup ini menggunakan jari.

Bahan-bahan:
500 gram udang segar.
1 sudu besar tepung jagung.
1 ½ mentega.
500ml minyak masak.
10 helai daun kari.
5 biji cili padi.
4 biji telur masin(diambil kuningnya sahaja).
1/3 sudu teh garam.
1 sudu teh gula.
¼ serbuk ayam.
1 sudu besar susu Ideal.



Cara Memasak
(1) Kukus telur masin selama 10 minit. (2) Bersihkan udang dan gaulkan bersama tepung jagung. (3) Panaskan minyak masak dan goreng sehingga udang berwarna coklat keemasan dan rangup. (4) Panaskan kuali, masukkan mentega bersama bahan-bahan lain dan kacau. (5) Akhir sekali, masukkan udang dan gaulkan sehingga rata.

Petua Menggoreng
Semasa menggoreng udang, pastikan minyak dalam keadaan panas sebelum mencelup udang. udang hendaklah ditoskan sekejap dipertengahan proses menggoreng, kemudian dicelup ke dalam minyak kembali. Rahsianya, untuk memastikan minyak tidak melekat pada udang. Paling penting, jangan menggoreng terlalu lama kerana udang cepat masak.

Nak menang hadiah? Jom sertai Mini Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman (Klik di sini :) 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.